sepanjang aku berblog...tajuk tampalan yang sering menjadi tumpuan ialah yang ini...MAEPS RESTAURANT...ramai yang ingin mencari tentang stimbot...tapi tampalan aku menceritakan jamuan berselerak (buffet) berbuka puasa...
mengapa ya?
popular juga restoran ini...walaupun ianya terletak di tempat yang tersorok...tidak ramai yang mengetahui kewujudannya...sedang aku yang orang Kajang ini pun..baru sahaja mengetahui tentang restoran ini...itupun setelah diberitahu oleh sahabat baik aku...
semasa aku datang tempoh hari...tidak ingat hari apa...keadaan di restoran ini sedang di ubahsuai...agak bising juga suasana di situ...dek kerana kerja-kerja pertukangan yang sedang dijalankan...


keadaan masa itu...sudah tidak tenang...hingar bingar dengan bunyi suara sana sini...aku tidak gemarkan situasi begini...siapa yang sudah lama mengenali aku...tahu bagaimana adanya aku...oohh ya...sebelum aku terlupa..surau disediakan...kalian boleh bersolat di sana...
tentang makanan pula...aku boleh berikan 5 bintang daripada enam...*ketawa sopan*...sebabnya..memang sedap..tambahan pula ada juga makanan sampingan seperti ayam goreng...kueyteow...nasi goreng...dan lain-lain...




pencuci mulut juga sedap..ada buah-buahan tempatan...buah-buahan dari luar negara...aiskrim juga ada...sangat sedap...



jika nombor yang aku berikan itu salah...maklumkan pada aku ya..~!
setelah puas makan...inilah hasilnya...


TINGGALKAN KOMEN ANDA..
JIKA BERMINAT DENGAN TAMPALAN INI...DAN JUGA SEKIRANYA ANDA ADA MENGAMBIL NOMBOR TELEFON YANG TERTERA...
JIKA BERMINAT DENGAN TAMPALAN INI...DAN JUGA SEKIRANYA ANDA ADA MENGAMBIL NOMBOR TELEFON YANG TERTERA...
bila hendak pergi?
No comments:
Post a Comment