~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Tuesday, November 30, 2010

ini yang POPULAR lah!

sudah tengok?

sepanjang aku berblog....tampalan yang sering menjadi tumpuan ialah berkenaan MAEPS RESTORAN dan juga STIMBOT....

dari sehari ke sehari...bilangan semakin meningkat...memang aku menanti saat tampalan itu mencecah 100..akhirnya....semalam....telah pun menjadi kenyataan....*senyum*





maafkan saya...awak itu...benda senang pun susah mahu lakukan...

inspira

gambar ini sudah lama tersimpan di dalam komputer aku ini..cuma perisian untuk menyunting gambar...tidak boleh digunakan...jadinya hari ini baru dapat aku kongsikan cerita ini...

tengok dahulu gambar ya....

memang aku berkenan dengan kereta ini pada awalnya...tetapi apabila sudah bertentang mata...tidak pula jatuh ke hati ya...aku juga hairan...mengapa begitu? sedang di dalam gambar dan televisyen...aku begitu teruja untuk memilikinya...

bentuknya yang terlalu besar...membuatkan minat aku hilang serta merta...jadinya..ambil gambar sahaja...buat kenangan...

gambar syahmi...minat sungguh dia dengan kereta ini...

syamimi..muka menjadi sedemikian rupa..setelah di marahi oleh aku..abang ingin bergambar..dia juga teringin sama...haissshhhh adik ku...terasa kasihan pula bila melihatkan senyuman yang mahu di ukirkan itu semacam mahu dan tidak sahaja...

maafkan kaklong ya adik....




tidak minat lah kereta ini...

Mengapa?

aku sering memandu untuk perjalanan jarak jauh...yang aku sering perhatikan...

jika pemandu muda memandu kereta mewah =
sombong + laju + tidak sopan + bahaya

jka pemandu berumur memandu kereta mewah =
tidak laju + sangat sopan + hormat orang lain

aku paling tidak gemar bagi pemandu muda yang memandu kereta mewah...memang itu harta kamu..memang kamu orang yang berharta...tidak seperti kami-kami ini yang hanya mampu bersyukur dengan apa yang kami ada...

jangan lah kamu berlagak sombong di atas jalanraya...jalanraya itu adalah hak milik semua...bersopanlah sedikit...hormati orang lain...




boleh tersenyum tenang...

sedih atau Gembira

aku sendiri tidak tahu sama ada...berita yang aku terima malam tadi dari mama adalah berita sedih atau berita gembira...

kita imbas kembali ya...baca pautan ini...di sini...

iya...kalau ikutkan..hati siapa yang tidak akan mengamuk...perasaan siapa yang tidak akan tergugat...maruah siapa yang tidak akan tercabar...hendak lagi aku dan adik-adik yang masih berdarah muda remaja...mungkin bagi mama dan ayah...mereka boleh menerima dugaan tersebut dengan cara yang lebih matang...

begini, mendapat panggilan telefon dari mama,

mama : assalamualaikum kaklong...sudah tidur ke?
aku : wslm mama, belum lagi...baru sahaja hendak melelapkan mata...
(mama bercerita mengenai dek wan yang sedang berperang demi masa depan dia....hal berkaitan nenek di kampung....dan hal yang ini)
mama : kawan-kawan ayah yang duduk di perlis, kelantan dan lain-lain tempat...semua pergi KL..tetapi ayah tidak pergi pun...
aku : kenapa pula....?
mama : ayah cakap...bos besar dia...masuk wad..ICU...denggi...
aku : haaaaaahhh???? masuk ICU....denggi.....haaa...tu la...ati &*%$*%$*^%&&^%&^^&&
[baiklah...itu sumpah seranah dan maki hamun aku untuk manusia yang sakit itu...mahu berjoget juga ada....]

mama : mama sudah beritahu ayah...kalau anak dara ini tahu akan hal tersebut...mulut dia macam bertih jagung....
aku : hahahah..tahu tidak mengapa....ayah tidak mahu pergi melawat?
mama : ayah cakap...biarkan dahulu...
aku : memang elok pun...biar hendak mati nanti...sibuk-sibuk panggil nama ayah...hendak memohon maaf...seperti yang terjadi kepada si polan terdahulu...yang sudah meninggal itu...huh...
mama : amboi..geram betul tu...
aku : *ketawa jahat* memang pn...
[anak beranak ini berbual mengenai banyak perkara...]
akhirnya
mama : ok lah..pergi tidur...sudah jam berapa ini...?
aku : ok..assalam
mama : wslm...

iya...tidak di nafikan..aku sangat gembira dengan perkara yang terjadi kepada manusia yang tidak selayaknya di gelar manusia itu...haishhh...jahat betul aku...tapi memang itu yang ada dalam hati aku...

tidak ada secebis perasaan kasihan pun untuk makhluk tersebut dan keluarga....setelah apa yang dia lakukan terhadap kami sekeluarga...lebih-lebih lagi ayah...

Ya Allah...cepat sungguh kau tunjukkan kepada kami...siapakah manusia yang busuk hati terhadap ayah aku...aku bersyukur Ya Allah..terima kasih aku ucapkan...




tersangat gembira...terima kasih..

Monday, November 29, 2010

ASSALAMUALAIKUM

gunakan....ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum”dan…Jawab salam- “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM

dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM"

salah

(ini juga yang aku selalu dengar)

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sekian, semoga ada manfaatnya.



cakap hendak masukkan duit...*ketawa*

Saturday, November 27, 2010

Entah laaaaa......

kalau mahu cakap..

aku rasa....penat boleh?
aku rasa....sakit hati boleh?
aku rasa....bengang boleh?
aku rasa....macam-macam lagi...

bercelaru gila lah....




--------------------------

Friday, November 26, 2010

Mengikut Arus || bercuti

Sejak dua menjak ini..aku menjadi malas untuk memikirkan masalah yang berat...yang menyesakkan otak aku...apatah lagi perkara remeh..sudah mesti aku ketepikan...

aku menggembirakan diri aku dengan rakan-rakan...memenatkan badan (supaya cepat tidur) dan hanya memikirkan...percutian yang akan datang...iya..walaupun kali ini tidak jauh...tetapi aku rasa sangat gembira...
sekali sekala begini...seronok juga ya?

tahun hadapan merancang mahu pergi bercuti ke utara tanah air...Kedah itu tidak mungkin...Perlis juga..tersangat jauh..cuti 3 hari 2 malam..tidak mencukupi untuk bercuti di sana...paling kurang memerlukan masa 5 hari...iyalah..pergi sudah mengambil masa 1 hari..begitu juga balik....makanya mengambil keputusan untuk bercuti di tempat yang dekat sahaja...jimat masa...oohh...terkeluar tajuk pula...

sambung lagi...

aku mempunyai seorang rakan baik..yang sentiasa ada tatkala aku sedih, gembira...apa jua keadaan yang terjadi kepada aku....cuma aku...yang jarang berada di samping beliau...oohh..maafkan aku kawan...

tiba-tiba di MukaBuku :

rakan baik : beb..macam mana sudah selesai semua?
aku : belum
rakan baik : kenapa?

aku
: malas untuk berfikir...tidak mahu serabutkan otak...

rakan baik : bila mahu selesaikan?

aku
: nanti...tunggu masa yang sesuai

rakan baik : mama ada tanya apa-apa?

aku
: ada

rakan baik : jawab apa?

aku
: nanti lah cerita...tidak mahu fikir buat masa ini...

rakan baik : ok..tetapi...ermm..si dia sudah tahu bukan?
aku : ya..sudah tahu...sedikit sebanyak...tetapi tidak secara keseluruhan...
rakan baik : reaksi?
aku : terima dengan redha...
rakan baik : aku doakan yang terbaik buat kalian
aku : terima kasih...
rakan baik : sama-sama
aku sayang kamu sepenuh hati, kawan.
sumber gambar....pakcik google

kepada rakan baik..terima kasih...doakan terbaik buat kami...terima kasih lagi sebab sentiasa berada di samping aku...aku sayang kamu...




sentiasa mahukan kamu berada di sisi...

Thursday, November 25, 2010

sejak sudah pandai ini

*ketawa* aku menjadi ralit...melayan MukaBuku..dari pagi sampai ke petang...waktu pejabat...sampai sahaja di rumah..belum pun sempat menyalin baju...atau mandi...aku sudah menerpa ke arah komputer riba...

*senyum*....aiiii..parah lah kalau macam ini...biasa lah kan benda baru...

pssstt..aku sibuk membela ikan di RuangSaya (myspace)...*senyummm*




semalam badan lesu...sebab itu tidur awal...

Wednesday, November 24, 2010

membersihkan sayangku

hari apa ya? aku juga sudah lupa....sayangku dibersihkan..kali ini...bagi lebih sedikit....cuci enjin...*senyum*..

selama ini aku ingatkan hanya perlu membasuh badan dan mengemas bahagian dalam sahaja...bahagian enjin tidak perlu...

mengapa aku berfikir sedemikian rupa?

iyalah...bukankah sudah ada penutup....mengapa perlu basuh di situ...mesti ianya bersih...ternyata andaian aku selama ini...SALAH...*ketawa*

makanya...sekarang...setiap 2 atau 3 bulan sekali..enjin juga akan aku cuci...itupun kalau punya masa....(bergantung kepada tahap rajin)....*senyum*




tidak mahu fikir lagi

Raya Haji

oooppsss...rasa macam sudah lambat untuk bercerita mengenai RayaHaji yang lepas...aduhaii..kerja banyak..sehinggakan tiada masa untuk menyunting gambar...di kamera juga...sudah terlalu banyak gambar yang di rakamkan...*senyum kelat*

makanya...hari ini aku berkesempatan untuk mengemaskini blog dan disertakan gambar juga..huhuhuh....

di pagi raya...keadaan sebelum pergi ke masjid....aduhaiii..lihat sahaja..


1) kancing seluar tiada..makcu aku yang menjadi tukang jahit ekspress untuk anak buahnya..
2)butang baju melayu tiada...makcu juga yang menjadi penyelamat...*senyum* terbaik la makcu...


1) selesai solat...berkumpul di meja makan...
2) pakcu sibuk mengambil juadah..lapar agaknya..


1) sibuk menjamu selera
2) tengok sahaja aksi itu....makcu (adik perempuan mama yang bongsu) dan suaminya..


1) ini pula..hati saya... *senyum*
2) pak chu Har(adik lelaki mama yang bongsu...abang kepada mak cu) dan isteri...


juadah yang terhidang...


1) nenek ku sayang...*mmuuaahhh*
2) makan lagi siti? (budak kecil ini mendapat 5A di dalam UPSR yang lepas)

itu sahaja yang dapat aku kongsikan...seronok raya haji kali ini..terasa kemeriahannya..walau hanya ada 3 keluarga berkumpul..lagi 10 tidak tahu ke mana...aku tetap bersyukur..terasa nikmatnya...





teruskan mencari diri...

Tuesday, November 23, 2010

Lakukan Yang Terbaik Adikku

Kaklong mendoakan semuanya berjalan dengan lancar...moga kamu tenang di dalam dewan peperiksaan....segala kemahuan kamu telah kaklong turutkan...

kini tiba pula masa untuk kamu menghadiahkan kami (mama, ayah, adik2 dan kaklong) dengan kejayaan dari hasil titik peluh kamu sendiri...

ingatlah pesanan-pesanan yang telah diberikan...buatlah sehabis baik yang kamu boleh...

jangan sekali-kali kamu merasa gentar untuk melangkah masuk ke dewan peperiksaan...

semoga kejayaan milik kamu....di dalam SPM 2010 ini...

masa depan kamu di tentukan di sini....





masih perlu mencari diri...

Monday, November 22, 2010

ini yang perlu || ini yang terbaik... lakukanlah...

secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)





kita buat sama2..lihat apa hasilnya...ya?

jika ini takdirnya....

aku redha setelah berusaha semahunya untuk memperoleh apa yang aku mahu...aku tidak akan mengaku kalah terlebih dahulu...

oleh sebab itu...aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya...perlu menerima pandangan orang di sekeliling aku...perkara yang boleh di ubah....akan aku ubah...mana yang tidak boleh di ubah...aku akan cuba memperbaikinya supaya menjadi lebih baik dari sekarang...

aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar...biar apa pun yang berlaku..aku tetap dengan dirinya...mengharungi badai yang ada...

tegur la kami jika ada perkara yang tidak senang di pandang mata...bantulah kami mengubah apa yang perlu..agar kebahagiaan itu milik kami...




tolong lah berkelakuan seperti biasa...jangan ungkapkan kata-kata yang bisa menumpahkan lagi airmata aku ini...

Friday, November 19, 2010

hubungan kita

hati aku pernah terluka 4 tahun yang lalu...sejak itu..hati aku kosong dan sepi...tiada seorang pun yang mampu membuka pintu hati ini...

hingga pada satu hari...hampir setahun yang lepas...muncul si dia...


setelah perkenalan kami hampir menjangkau usia setahun...telah aku temukan si dia dan kedua ibu bapa aku...

ternyata aku kecewa dengan sikap kedua orang tua ku...mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku...aku terpaksa akur dengan keadaan itu....aku perlu...

setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya...

kepada si dia;
-banyak perkara yang perlu dilakukan untuk meneruskan hubungan ini...
-perlu sama-sama menghadapi segala rintangan yang bakal tiba...
-hati kamu perlu lah lebih teguh daripada aku...
-buktikan kepada kedua orang tua ku...yang kamu mampu menjaga aku di masa akan datang...
-berdoalah agar...ada jodoh di antara kita...
-perlu akur dengan segala apa keputusan...

kepada aku;
-perlu memainkan peranan apabila berdepan dengan kedua orang tua ku..
-perlu tabah di atas apa yang berlaku..
-perlu memberi dorongan kepada si dia...supaya berjaya mengambil hati orang tua ku..
-berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang...
-berdoalah agar...ada jodoh di antara kita...
-perlu akur dengan segala apa keputusan...




perlu kuat hadapi segalanya....

jangan lukai lagi

ya Allah...

aku mohon kepadamu...kurniakan aku kebahagian..berikanlah aku petunjuk...


hati aku jangan dilukai..
perasaan aku jangan dihiris...
kasih sayang aku terhadap dirinya...jangan dipudarkan...


KAU berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya....berikanlah aku kebahagian di hujung jalan kelak...

tunjukkanlah aku jalan sekiranya dia adalah pilihan untuk aku....




apa jua terjadi...orang tetap sayang dia...

kembali bekerja

aduhhh....dua hari ini..aku asyik sahaja dengan makanan...badan juga semakin menjadi-jadi naiknya...perlu diet semula seperti 3 4 bulan yang lepas...mama juga mengatakan aku semakin gemuk......alaahhhaaiii...(iyalah..baju raya puasa aku sudah tidak boleh di pakai....)

raya haji kali ini...agak meriah..kerana aku beraya di Negeri Sembilan...pakcu ada...makcu juga ada...seronok juga lah...

oohh ya...si dia juga sudah berjumpa dengan keluarga aku...alhamdulillah..semuanya berjalan lancar...akan aku ceritakan dalam tampalan selepas ini...

pada hari ini..aku ingin menyiapkan kerja terlebih dahulu...




terima kasih.....

Tuesday, November 16, 2010

Selamat HariRaya AidilAdha

aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua...

hendaknya semua berjalan dengan lancar...rancang perjalanan supaya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas..lebih-lebih lagi lebuhraya yang menghala ke pantai timur...

kepada rakan yang mungkin sudah sampai dengan selamat di Kedah...alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar...tiada perkara yang tidak ingini berlaku...

mama ayah dan adik-adik yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kajang...aku doakan semuanya selamat...hati-hati memandu ya ayah...berhenti jika terasa mengantuk...(jangan jadi seperti saya...tetap memandu walaupun mengantuk...bahaya...)

pada malam ini aku akan berangkat pulang ke kampung mama di N9...beraya bersama wan...si dia juga berhajat mahu berjumpa dengan mama dan ayah...begitu juga sebaliknya...harapkan semuanya berjalan dengan lancar...

aku?

masih di sini..juga telah memohon untuk bercuti pada hari Khamis..itupun jika aku mahu bercuti..jika tidak..aku kerja sahaja...berulang dari N9 ke Serdang...bukan jauh pun...

sekali lagi..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...




terasa lain macam sangat hari ini...mengapa ya?

Sepi

ermmm...pejabat mulai sepi..tinggal aku sahaja di sini...yang lain sudah mula bercuti...terasa juga ya apabila semuanya memohon tarikh cuti yang sama...

jika bersesak-sesak di pejabat ini...boleh jadi gaduh juga...bila tiada seorang...kekosongan itu terasa...

tapi tidak mengapa lah...esok kan hari raya...semestinya mereka mahu bercuti..

aku?

ohh..tidak perlu untuk mengambil cuti...kerana mama ayah dan adik-adikku akan datang ke sini...jadi aku menanti sahaja ketibaan mereka...semoga semuanya selamat....




nanti jumpa ya?

Monday, November 15, 2010

Nursha sudah bertunang?? belum la...sudah...belum la...

aduhhaii...aku tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan ini....berkali-kali aku menidakkan...tapi di paksa juga untuk memberi jawapan ya...

situasinya begini...:
din : wani, kau sudah bertunang ya?
aku : ha? belum la...
din : tipu la...
aku : iya belum...
din : beritahu sahaja orang mana...

aku
: belum la din

din : tengok jari...itu sudah ada cincin...

aku
: mama aku beri lah...jadi aku pakai..

din : tak percayalah

aku
: >>>>>...............

tiba di dewan..sementara menunggu pengantin bersiap untuk bersanding...Din..buat perangai lagi...bertemu rakan lama Lynn...dia buka cerita yang sama...

din : Lynn...wani sudah bertunang...selepas ini giliran dia...kita kosongkan jadual ya?
lynn : waahh..betul kah ni wani ?

aku
: mana ada..jangan dengar cakap din itu..pandai dia sahaja...

din : mengaku la wani..orang mana tunang kau...
lynn : aah..orang mana?

aku
: Banting...(sudah malas mahu layan..jadi aku jawab sahaja...)

azi : oohh..betul lah wani sudah bertunang ni...

aku
: aduhaii..belum la azi...(berbisik dengan azi)

din : haa...tengok...aku sudah cakap dari awal tadi...

lynn : wani, boleh la geng dengan din..orang jawa...nanti kalau mak mertua kau marah cakap jawa...boleh rujuk din...

aku
: hahahaha *ketawa jahat* iya lah tu...

din : aah wani..nanti aku tolong terjemahkan ke dalam BM biasa...

aku : iyalah kawan...

sudahnya..status aku bagi mereka...SUDAH BERTUNANG...sejak bila ya...cincin sebagai hadiah juga tiada dari si dia...apatah lagi cincin tunang...

ohh kawan...tunggu lah..sampai masa nanti..ada juga....sabar...




*senyum* bila ya?

Nur Atikah & Mohamad Nor

pada tanggal 12.10.11....

pasangan nama di atas telah diijabkabulkan...alhamdulillah..semuanya telah selesai...lihat sahaja gambar di bawah...

hadiah yang kami beli..kongsi bertiga...


sudah siap di balut ya..


azi, zack dan aku


banner...


din, wawa, aku, azi, paan dan rizal


berdiri di pintu gerbang..


duduk di pelaminan yang indah


gambar pelamin dan tempat pengantin bersantap


goody bag


hooyehhh...kami dapat bergambar dengan pengantin...



akhir sekali...1 1 gambar pengantin memandang kamera aku..jadi aku besarkan sedikit ya...*senyum*

di sini aku ingin mengucapkan tahniah kepada kalian berdua kerana telah selamat di satukan..harapan kami sebagai rakan...tercapai juga...untuk melihat kalian berdua bersanding di pelamin yang indah...

di doakan juga kalian bahgia sehingga hujung nyawa...dan dikurniakan cahaya mata yang comel, cantik, segak dan sebagainya....aminnnn...

ada cerita seronok menanti...

tunggu ya...




sudah diceritakan kepada dia...

nak nangis || mahu marah juga!

aku rasa macam hendak menangis...

suruh bagi kerjasama susah...

suruh bagi jawapan secepat mungkin...pun tidak mahu...

sudahnya..aku la yang serabut kepala...

terasa ingin sangat-sangat mencarut di sini...

boleh kah?




saya hampir menjadi bosan menguruskan hal ini..

AGAK SIBUK

aku agak sibuk untuk hari ini...

semua kerja perlu di selesaikan sebelum esok petang....

aku penat...

harap tiada yang menggangu...

oohh ya...aku lapar juga...



macammana mahu pergi PD...tiada hotel kosong...

Saturday, November 13, 2010

Nadi KU

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

CHORUS
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

ambil dari sini..

aku sangat suka dengan cerita tari tirana....kalau mahu tahu...episod akhir cerita tersebut mampu mengeluarkan airmata aku...aduhhhhai....mengapa ya...ianya cukup menyentuh hati aku...

ermmm....tiada kena mengena dengan kehidupan aku pun...tapi aku begitu terasa...sampai sekarang aku tidak jemu mendengar ulang lagu ini...

Jika dahulu ada telefon bimbit yang boleh di masukkan lagu...tapi sekarang tiada lagi...tiada juga lagu-lagu sebegini menemani tidur aku....*huhuhuhu*



pergi mana?

Yang Sempurnakan KU




aku sangat suka dengan lagu ini..acap kali aku ulang mendengarnya di pejabat...

ohh..ya..baru balik dari kenduri kahwin seorang sahabat baik di Seremban...nanti akan aku letakkan gambar ya...sudah tentu di pejabat akan aku jalankan kerja tersebut...*ngeeeee*...





tadi nampak kamu atas talian...sekarang sudah tiada....mengapa?

Friday, November 12, 2010

MukaBuku || Aku Sedih

sejak ada MukaBuku ini.....aku hampir menjadi leka...sedang sibuk berbual dengan seorang rakan...tiba-tiba dia cakap...

rakan : sha...sudah ada MukaBuku kan?
aku : iya...
rakan : cuba cari MukaBuku kak Ida...
aku : baiklah..nama?
rakan : nama kak ida lah..jumpa?
aku : iya..jumpa...

aku tinggalkan rakan aku untuk beberapa minit...dan aku kembali berbual dengannya...

aku : saya mahu menangis...cantik gambar kak Ida dan arwah...saya suka...tapi saya sedih sangat-sangat...
rakan : sabar sha..saya tahu perasaan awak
aku : baiklah..walaupun saya tidak rapat dengan arwah..tetapi saya tahu...dia seorang yang sangat baik..
rakan : iya sha..semua cakap arwah baik...
aku : *menangis lagi*

ermmm...aku sangat kesiankan kak Ida..memang mulut berkata-kata senang...kuatkan semangat...tabahkan hati..ada dugaan...tapi kak Ida yang menanggung..berat tidak terkata...kalau lah...derita itu dapat di tanggung bersama...aku rela menjadi sebahagian daripadanya.....AKU RELA...

kuatkan semangat kakak aku ya Allah...



sedih sangat....

Akhirnya || MukaBuku

akhirnya...Nursyazwani mengaku kalah juga...hurmmm

atas desakan sekeliling...aku akur...dan membuat laman MukaBuku aku...itupun atas desakan si dia..dan si dia yang rajin untuk mewujudkan laman MukaBuku untuk aku...(rajin atau terpaksa aku tidak tahu....) *senyum*

hurmmm...aku tidak berapa betah lagi untuk menggunakan MukaBuku itu..masih banyak yang perlu aku pelajari...tujuan utama aku mewujudkan MukaBuku aku...adalah untuk memudahkan rakan-rakan yang lain menghubungi aku....

jadi jangan tanya aku yang selebihnya...memang aku tidak pandai...




terima kasih...

Thursday, November 11, 2010

MukaBuku @ Facebook




baiklah...aku mengaku di sini...

saya nursyazwani binti murizan mengaku bahawasanya saya tidak mempunyai MukaBuku...!

kelakar? huh..!

sudah mesti...iya...aku tidak mempunyai FaceBook @ FB...@ MukaBuku...acap kali aku berkira-kira...mahu atau tidak membuat MukaBuku ini...adakah ianya keperluan semasa...

rakan 1 : eh sha...ada MukaBuku? boleh aku tambah kau sebagai kenalan....
aku : tiada
rakan 1 : kolot..dunia sudah maju la..

aku : iya..

sepupu : Long...ada MukaBuku...nanti tambah angah sebagai kenalan ya...?
aku
: tiada...

sepupu : wah..gadis macam kaklong tiada MukaBuku..mustahil lah..

aku
: iya lah..tiada...

sepupu : hey...kamu itu gila teknologi baru..mana mungkin tiada MukaBuku...

aku
: mahu cakap berapa kali ya?

sepupu : ok ok...

rakan 2 : sha..kenapa tidak mahu membuat laman MukaBuku....?
aku
: malas

rakan 2 : tak kan lah...?

aku
: ya

rakan 2 : tapi kan sha..ramai rakan kita ada MukaBuku ini...senang untuk menghantar berita terkini...
aku
: telefon bimbitkan ada...hantar sahaja pesanan ringkas..lagi mudah aku rasa...
rakan 2 : macam tu pula
aku : iya ...
rakan 2 : >>>>.......

rakan 3 : sha, mahu tanya sedikit...boleh?
aku
: ya

rakan 3 : kenapa tiada MukaBuku...?

aku : saja
rakan 3 : mana boleh saja

aku
: suka hati aku lah...

rakan 3 : buat lah sha..mudah...rakan-rakan lain semua sudah ada..hanya kamu...tiada dalam senarai tanda (tag) kami...

aku
: tidak mengapa...

rakan 3 : memang tidak mahu la ni?

aku
: iya...

rakan 3 : keras betul hati kamu ya..mesti ada sesuatu ni..kalau tidak mana mungkin kamu mengelak untuk mewujudkan laman MukaBuku kamu..

aku
: tiada apa..sengaja tidak mahu..

rakan 3 : ok..

oohh...mengapa ya? ramai benar yang sudah bertanyakan hal ini kepada aku...tetapi jawapan aku tetap sama...
cuma.....

kebelakangan ini...seperti ada sesuatu yang mendesak aku supaya mewujudkan laman MukaBuku ini...macam diperlukan sangat-sangat untuk aku membuatnya..tetapi apakah ia? hurmmm..masih tidak tahu..mahu atau tidak...





dia sudah ada MukaBuku...

Nuffnang || Baru Belajar

aku sebenarnya...sebelum membuat blog ini lagi..sudah tertanya-tanya...apa itu nuffnang...aku tidak faham satu pun...memang kosong...setelah hampir 5 bulan...selepas aku membuat sedikit kajian apa itu nuffnang...aku faham sedikit demi sedikit...

2 hari yang lepas aku meletakkan iklan nuffnang ini...adakah betul cara aku itu...jika salah..tolong perbetulkan aku ya...? maklumlah baru belajar...

aku meletakkan iklan nuffnang bukan lah untuk mendapatkan wang semata-mata...tetapi aku ingin mencuba sesuatu yang baru....setelah asyik melihat kejayaan orang lain..aku pun mahu juga..jadi aku berusaha untuk memahami apa itu nuffnang...

sebabnya...aku tidak akan sekali-kali melakukan perkara yang aku tidah faham...setelah betul-betul faham..yakin...baru aku berani melangkah ke anak tangga yang satu lagi...

makanya..terhasillah iklan nuffnang di sebelah kanan itu...hasilnya? belum ada lagi..mungkin belum masanya..iyalah dalam proses pembelajaran kan...jadi jangan di fikirkan sangat tentang itu...

ok...gambar di ambil daripada pakcik google...


bantu lah saya....