~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Saturday, October 23, 2010

patah hati~~~ tabah kan hatimu kawan...

hurmmm...aku rasa terpanggil untuk bercerita mengenai ini setelah berjalan di blog (rakan baik)...kalau mahu bercakap hal ini..sampai bila juga tidak akan habis..biar aku kongsikan dengan kalian...

pada umur aku 17tahun...selepas habis SPM..aku baru kenal apa itu cinta...sungguh bahagia apabila ada insan yang menyayangi kita...bagai terasa di dunia ini hanya ada dia dan aku...iya...nasihat orang tua juga aku pernah endahkan tika dalam lamunan ini...

hampir 3tahun menjalin cinta...kami berpisah...atas kemahuan aku...sewaktu itu aku sedang menempuh peperiksaan akhir di politeknik...tidak tahu mengapa aku terlalu inginkan perpisahan...bukan kerana bosan...aku sendiri tidak mengerti...

sepanjang tempoh 'edah'.....aku seperti orang hilang arah tujuan...depan keluarga aku berlagak gembira seperti biasa...tetapi apabila berhadapan dengan rakan-rakan...aku gagal menahan SEDIH...RINDU...SEBAK...terhadap bekas kekasih...

sehinggakan jika aku berjalan-jalan di bandar kuantan...setiap tempat yang pernah kami pergi...aku tidak mampu untuk menjejakkan kaki di situ seorang diri...aku akan menangis semahunya di situ..kerana teringatkan kenangan lalu....aku tidak kuat pada waktu itu..aku terlalu lemah...

hidup aku jadi tidak menentu...serba tidak kena...sering menangis...sering merasa rindu yang teramat sangat...sehingga rasa tidak mahu hidup lagi di dunia ini....pernah juga mahu menutup pintu hati untuk lelaki..kerana terlalu kecewa dengan perpisahan itu...

makan pakai aku..tidak lagi aku ambil peduli...mujur ada kawan yang mengambil berat...bimbing aku..bina semula semangat aku...terima kasih kawan...NOOR AZLINA...jika tiada dia..aku tidak tahu bagaimana mahu mencari jalan keluar dari kekecewaan ini...

jemput jengah ke blog (rakan baik) aku ini...berikan semangat kepada dia...


lama kelamaan...aku terbiasa dengan keadaan itu.....niat untuk menutup pintu hati untuk lelaki..aku abaikan...kerana aku tahu...itu semua di luar kuasa aku...aku pulihkan diri aku dengan berkawan...membaca ayat-ayat motivasi...dan muhasabah diri kembali..kembali kepada yang ESA...mohon di kuatkan semula kekuatan yang ada...ada hikmah segala ini berlaku...

-nasihat orang tua jangan di abaikan...
-jangan terlalu yakin dengan pasangan yang belum menjadi milik kita..
-berkasih kerana sayangkan Allah...bukan berkasih kerana sayangkan manusia...
-muhasabah diri sepanjang berkawan...
-mohon petunjuk dariNYA..adakah dia orangnya yang akan menjadi peneman sepanjang hayat...

oohhh...terlalu banyak yang aku pelajari...

akhirnya....kini...aku lebih bahagia...

yang membuatkan aku lebih kuat setelah membaca ayat ini...

"Allah menemukan kita dengan orang yang salah terlebih sebelum menemukan kita dengan orang yang betul adalah kerana mahu kita menghargai apa itu kehidupan berkasih sayang dan mengajar kita supaya lebih menghargai diri sendiri, segala yang berlaku ada hikmah di baliknya"

kawan...aku harap luka kau cepat sembuh...makan masa itu dah mesti ...aku juga mengambil masa hampir 4tahun hidup sendirian sebelum menjalin ikatan yang baru....tabahlah kawan..aku sentiasa mendoakan kamu...aku sentiasa berada di sampingmu....cari lah aku jika perlu...

ceriakan hidup kamu demi keluarga bukan orang lain...



terima kasih kerana sudi menjadi pengubat luka di hati ini...

No comments: