pada hari bila ya...sudah tidak aku ingat...
aku dan rakan pergi menonton cerita ini di panggung...iya..cerita ini berjaya mencuit hati aku dengan lawak jenaka dari para pelakon ternama suatu tika dahulu...
cerita ini mengisahkan :
seorang budak bernama Malik...bagi aku dia seorang yang murung setelah kehilangan ibunya..menjadi seorang yang agresif...
pada suatu hari...Malik tidak berpuas hati dengan kakaknya..dan melarikan diri ke dalam hutan...di pendekkan cerita...terjatuh ke dalam perigi buta...akhirnya Malik timbul sebatang sungai...kelilingnya dipenuhi dengan wanita cantik yang muka mereka semua sama...orang bunian itu..di lakonkan oleh Maya Karin...
sambil itu dia diperhatikan oleh Pak Pandir lakonan Aznil...langsung Malik di bawa ke rumah Nenek Kebayan...lakonan Ziana Zian (mmuuaaahh sayang dia)...Nenek Kebayan ada pembantu...apa namanya ya...hurmmm...*berfikir* Awang Kerdil mungkin...sebab pelakonnya rendah sahaja...
Si kakak mencari adik...lokanan Diana Danielle...dia juga terjatuh ke perigi yang sama berjumpa dengan Pak Pandir....*ketawa* aku seronok dengan cerita ini...pelbagai watak ada...usaha menyelamatkan Malik...dilakukan si kakak dan Badang@Bad...lakonan Mawi...
pelbagai lagi watak akan dijumpai..antaranya...
Mahsuri(Vanida Imran)..
Lembing Awang Pulang ke ......(apa ya..., aku lupa)[Norman Hamkim],
Bawang Merah.(Leya HotFm)..Bawang Putih...(Amani),
Hang Tuah dan rakan-rakannya...(Senario),
Mak Andeh....(Raja Azura),
Puteri Gunung Ledang...(Ning Baizura),
Orang Minyak..(Nabil),
Penunggu Tasek Chini....(M Nasir).....
sumber gambar semua aku perlolehi dari sini...
semua menyanyi...seronok...ada perkara mesej tersirat yang ingin disampaikan..mesej cinta juga ada...pemandangan sangat cantik...banyak rintangan yang perlu mereka lalui untuk keluar dari dunia bunian itu..
bahagian yang kelakar juga ada....*ketawa*
akhirnya..mereka semua selamat...cuma Si Kakak@ayu...rindu pada Bad....*senyum*
tidak rajin untuk mengulas panjang...kerana cerita ini telah lama...jadi kepada yang tidak menyaksikan cerita...amatlah rugi... *senyum*
nantikan pula..jangan pandang belakang congkak 2 dan cuti-cuti cinta...
kenapa cerita yang dipilih oleh orang tidak seronok...*masam*
No comments:
Post a Comment