dapat mencuitkan hati aku walaupun.....hurmmmmm...
cerita ini mengisahkan :
Eava Eliana...lakonan Nora Danish...seorang anak hartawan...anak kepada Tan Sri (lakonan Zaibo) dan Puan Sri (Azizah Mahzan)....juga sudah bertunang dengan Remy lakonan (Zed Zaidi)..
satu hari Eava pergi ke pejabat Remy...kira-kira macam melakukan pemeriksaan mengejut...waktu Remy sedang bermesra dengan seorang wanita...kaki perempuan Remy ni...Eava nampak..kecewa lalu membawa diri ke Morib....
Dia tinggal di hotel Morib selama beberapa hari..tanpa memaklumkan kepada siapa pun...tibanya di bilik hotel..ada sahaja yang tidak kena...di panggilnya Pengurus Hotel, Mahmood lakonan cat Farish)....lalu En.Mahmood menyuruh pekerjanya mengemas bilik Eava...tetapi tetap juga tidak berpuas hati...iyalah...hati sedang marah bukan? orang lain menjadi mangsa....
begini kot ejaannya...Pous....dan Malik...sudah puas mengemas bilik tersebut...tapi tetap juga Eava tidak berpuas hati...En.Mahmood terserempak dengan Omar Rudy...lakonan Farid Kamil...mohon bantuan bantuan Omar...untuk melayan pelanggan cerewet itu...
iya...dalam cerita ini..aku mahu sahaja menampar muka Eava...menyampah aku...mengada sangat...tahu lah anak orang kaya...tapi jangan buat orang sesuka hati...huh...yang jadi mangsa...Omar...
Mahu pergi ke laut di waktu cuaca tidak elok...Omar sudah menghalang..mahu juga pergi...sudahnya terkandas di pulau...di tuduhnya pula Omar sengaja mahu berdua-duaan dengannya..perasan tak sudah....
sewaktu terkandas..mereka mengenali hati budi masing-masing...akhirnya jatuh cinta...tetapi masing-masing menafikan...keluarga Eava mula risau..dan pergi mencari Eava...mereka pergi ke rumah Omar...Remy turut serta...ikut hati..mahu sahaja aku sepak muka Remy...huh...
akhirnya mereka diselamatkan oleh Malik, Pous dan Kriss...rakan Omar di hotel...Pous ada hati pada Omar..tetapi Omar menolak cara baik....En.Mahmood pula ada hati dengan Kriss..akhirnya mereka bercinta juga...
Remy dan Eava agak-agaknya jadi kahwin atau tidak ya?
Apa kesudahan bibit-bibit cinta Eava dan Omar...bersatukah mereka...?
tonton sendiri jika mahu tahu...
ini tiket wayang..bukti aku menonton cerita ini...
sengaja mahu menonton wayang...
No comments:
Post a Comment