~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Thursday, October 21, 2010

Imbas Kembali

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju minum susu,
salam ayah dan ibu..

Zaman kanak-kanak...
Mak ayah kejut, terus bangun sebab takut kena rotan, kena renjis air kat muka.. bangun solat subuh. lepas solat tu kalau rajin baca alQuran.. lepas baca alQuran, pakai kasut sekolah, pergi sekolah. kalau yang xsekolah, sambung tido xpun buat kerja rumah atau kerja sekolah..

zaman kanak-kanak...kalau mama ayah dah kejut banyak kali...tak bangun juga...akan sampai la hujan buatan mama...*senyum* (terkenang zaman kanak-kanak dulu) cukup payah aku hendak membuka mata apabila pagi menjelang tiba....tetapi hasilnya seperti sekarang...sekali panggil sahaja nama panggilan aku...aku sudah boleh membuka mata dengan mudahnya...

Zaman meningkat remaja...
Masa ni ramai yang dah pergi sekolah asrama.. xdehal la nak bangun sebab warden, abang2 dan kakak2 senior gegar bilik, ketuk pintu kuat2, sepak2 katil soh bangun pergi solat berjemaah kat surau.. kalau yang sekolah harian, sila baca zaman budak.. kalau jenis yang punctual, memang akan bangun sendiri, set alarm subuh pukul berapa, then bangun macam biasa.

zaman meningkat remaja...masa ini pula..berada di asrama..aku juga mudah untuk bangun awal...tiada siapa yang akan bangunkan aku..kecuali peneman setia..iaitu JAM LOCENG...masih aku ingat..berwarna biru..kecil sahaja...

Zaman remaja kaw2...
Dah start masuk belajar kat university. menyewa di rumah sewa atau duduk dalam kolej. zaman paling liat aku rasa.. tido lewat giler. alasan nak siapkan assignment. ok xpe, yang penting leh bangun pagi sebab niat dah baik.. ni yang tido lewat sebab ada meeting malam2 buta dengan kawan katil sebelah menyebelah. xpun main daun terup. confirm esok pagi terbabas subuh, qada' la jawabnya. itupun kalau ingat.

zaman remaja kaw2...zaman ini pula memang aku tak nafikan...masa tidur..memang tidak menentu..ada kalanya..sehingga ke subuh..masih belum melelapkan mata..hanya kerana ingin menyiapkan tugasan...tetapi...bangun awal pagi...itu dah mesti...lagi bagus jika tiada kelas seawal 8 pagi...dapat juga melengahkan mata dan menikmati tidur...tapi jika jam 8pagi ada kelas....makanya...terus sahaja mandi..dan bersiap...tiada masa untuk fikirkan tidur...selesai kelas...jam 5 petang sudah berada di rumah...terus qada sahaja tidur...(tidur berbaju kurung...) *senyum*

Zaman berkerjaya...
Masing2 dah ada komitmen sendiri.. nak cari duit, nak kumpul duit untuk masa depan. masa ni ramai yang dah sedar apa itu erti kehidupan. bibir sentiasa mengucapkan kata2 syukur kepada Allah terhadap rezeki yang diterima. nak x nak, bangun pagi itu satu kemestian sebab x bangun pagi, maknanya rezeki dan pahala untuk hari tu kurang.

zaman berkerjaya...bangun awal pagi..masih belum boleh sendiri..acap kali aku dikejutkan oleh makcik...mungkin sebab aku tinggal bersama makcik..jadi rutin harian makcik mengejutkan aku bangun tidur setiap pagi adalah MESTI baginya....*ketawa* iya...aku tidak nafikan..selagi aku tidak mendengar suara makcik..selagi itu lah aku akan tidur...*gelak kuat* mengada sungguh kan...sudah di biasakan begitu...harap nanti aku boleh ubah...

Zaman berumahtangga...
Setiap pasangan ada tugas dan tanggungjawab masing2.. bila si suami x bangun pagi, si isteri yang kejutkan dan sebaliknya. 'abang, bangun pagi solat subuh. ok sayang, jom solat berjemaah. panggil anak2 sekali.'.. anak2 masa ni melalui zaman budak. kalau x bangun, kena renjis air di muka.

Zaman di hari tua...
Rumah kata pergi, kubur kata mari.. masa tidur semakin berkurangan. dulu 8 jam sehari, sekarang 4 jam. kadang2 tidur x lena disebabkan masalah kesihatan. bangun awal pagi tu dah menjadi kebiasaan. ambil wuduk dan terus menghala ke masjid, berjemaah dan meminta keampunan dariNya di atas dosa2 kita yang lampau.

dua zaman ini aku belum lalui...harap-harap nanti...bakal suami (siapa ya) aku juga begitu..boleh mengimamkan aku dan anak-anak pada setiap waktu solat...ini tentu membahagiakan...aku menanti saat itu..

sumber tampalan ini aku perolehi dari sini...

tulisan berwarna ungu itu adalah pandangan peribadi aku...

boleh mejadi suami seperti yang orang mahukan itu?

No comments: