~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Thursday, June 30, 2011

TOPUP pun kena CUKAI ke?

tak tau nak cakap apa dah....

Monday, June 27, 2011

Rumah Aku

okay....di bawah ini...gambar dapur rumah aku...sejak makcik aku berkahwin...aku mengambil keputusan untuk tinggal berasingan...

makanya...proses utama...menambah kabinet dapur...

taraaa....sudah siap....ini gambar sebelum...gambar selepas lupa mahu ambil...
gambar selepas ruang untuk dapur...sudah diletakkan dapur...
sinki juga sudah di pasang...

semua atas usaha si dia...terima kasih....banyak salah beli barang...
*gelak*
membazir tahu... :p




selepas ini...aktiviti mengecat....yeayyy...suka suka suka...

bila ya kamu???

dalam kadar secepat mungkin...kalau boleh... :P

terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya...



nanti cat rumah pula ya?


Sent from Nursha's BlackBerry®

Kawan Baik Menjadi Tunangan Orang

kawan baik aku...tengok di sini ya...


semalam hari ahad...hari bersejarah untuk kawan baik aku ini...dia yang aku kenali sejak kami berumur 7tahun...kekal berkawan hingga kini...alhamdulillah...perangainya...sedikit tidak berubah...muka kami juga ramai orang katakan seperti KEMBAR...seorang putih...seorang gelap...(aku la tu) ...*ketawa* 

aku bangga ada kawan seperti dia...walau kadangkala kami ada juga bertelagah...tapi rajuk tak lama...sebab masing-masing tahu...saling memerlukan...

aku sampai di rumah dia semalam pada jam 9 pagi..membantu apa yang perlu...ini gambarnya..




















muka aku yang agak tak comel itu..abaikan...serabai...peluh..panas...aku kurang suka keadaan begitu...huhuhuh....

tahniah untuk kamu kawan...kamu sangat comel...

aku minta maaf..sebab tak dapat tunggu sehingga majlis tamat...aku terpaksa beransur ke Seremban..nenek aku tak sihat...maaf ya...

aku harap semuanya berjalan lancar...






kita bila?

Friday, June 24, 2011

Cotton Island







akhirnya...aku berjaya juga menyelesaikan masalah gambar tak boleh untuk dimuat naik...hampeh betul la...

itu gambar cuti hujung minggu yang lepas..pergi ke Pulau Kapas...

kat sini aku nak promot sikit lah kan...

penginapan memang tip top...aku suka....

ini nama penginapannya...


korang semua boleh tengok...harga memang sangat2 berpatutan...



jom kamu?

Monday, June 13, 2011

Syukur Alhamdulillah...Jika Betul...












kalau betul untuk kamu...Alhamdulillah...



saya suka...


Sent from Nursha's BlackBerry®

Wednesday, June 8, 2011

Tak Suka Bergambar


okay...

meh nak cerita..

sejak 2 menjak ni...aku sangat-sangat tidak suka untuk bergambar...

kenapa?

mengapa?

aku sendiri kurang pasti...

mungkin sebab faktor badan aku dah gemuk balik...

jadi aku segan untuk bergambar...

pipi juga sudah membulat...

lengan sudah membesar...

hish! aku tak suka lah...

makan apa entah sampai jadi macam ini...

kalau dapat makan memang tak tengok kiri kanan dah...

telan aja apa yang depan mata...

mana la badan tak mengembangkan !

cuba tengok gambar kat bawah ni...

sebelum...


akibat daripada aku tak berapa sihat hari itu...

aku baham segala apa yang ada depan mata...

sudahnya jadi begini...

selepas



ye...saya tahu...saya gemok.>!

Kenduri

ermmm...


malas mahu ulas panjang lebar...
banyak hati terluka disebalik semuanya...


yang sebelah sana dengan asyik melaramnya...
yang sebelah sini tak habis-habis dengan orang kampungnya...


mangsa keadaan...aku dan keluarga...
aku memang benci...menyampah...


tapi perlu diamkan sahaja...
tidak perlu di perbesarkan...


simpan dalam hati..
telan sendiri...
itu dah mesti...


baru semua puas hati...
walau kami sekeluarga sakit hati...


lihat sahaja gambar-gambar di bawah...







banyak goody bag kamu dapatkan?

Tegur Orang

tengok


baca


faham kan..


pandai tegur orang...jangan buat itu..jangan buat ini...
jangan buat begitu...jangan buat begini...


alkisahnya..engkau pun sama juga...
aku betul-betul terasa...


sudah aku bilang...
kita ini manusia...


tak kisah umur kau berapa...
walaupun aku jauh lebih muda...
tapi kita tetap manusia...


yang tua selayaknya menegur...
aku faham itu...aku terima adanya...






kamu pula bagaimana?

Wednesday, June 1, 2011

Kamu Gila ke?

Hahahha...ini perbualan BBM aku dengan si dia...

puncanya :

aku pening-pening kepala...sebab tak x makan...si dia suruh aku diet...aku cakap..yang aku sedang berdiet...dan-dan je la kan..si dia ajak makan ayam penyet...aku dengan bangga nya jawab tak ada hal..jom...tapi saya makan ayam 2 dengan kepak ayam...hahahah...

selepas itu...di bawah ini la sambungannya...







err...kamu tak marahkan...hahaha...


Sent from Nursha's BlackBerry®

Kung Fu Panda 2

alahaiiii...gila lawak betul...

sakit perut...macam nak pecah...

lawak memang terbaik...

dalam lawak-lawak pun...ada motifnya...

memang terbaik...

daripada 5 bintang aku bagi 5.5...ok???

sangat berkualiti cerita ini...dalam kita sibuk gelakkan si panda ni..ada bahagian-bahagian yang menyentuh perasaan...

kalau siapa tengok kung fu panda 1..tak perlu cerita lebih-lebih...sebab mesti sudah kenal dengan semua kawan-kawan panda ni...

sinopsis:

mengisahkan ada seekor pahlawan merak sangat sombong angkuh...beliau akan mengambil alih takhta ayah dia...apa nama kota entah...sudahnya...dia di buang negeri...kerana terlalu sombong dan berjanji akan membuat seluruh rakyat China akan sujud pada kaki dia...mengambil masa berpuluh tahun lamanya...
dalam masa itu...dia ada membuat 1 senjata yang akan memusnahkan kung fu..(meriam)...untuk membuat meriam tu...dia menggunakan segala besi dan logam yang ada...sehingga kan ke setiap pelusuk kampung...dia cuba juga dapatkan logam...dengan apa cara sekalipun....(jahat dia ni)
merak jahat

ada satu kampung di serang...dan pada itu Po and The Gang datang untuk menyelamatkan keadaan...hampir berjaya menewaskan mereka...tiba-tiba Po melepaskan musuh dengan begitu mudah...ada sesuatu yang mengganggu fikiran Po..

rakan lain pelik dengan sikap Po...tetapi mereka diamkan sahaja...

Po di panggil oleh Mahaguru Sifu...membawa berita Kota (lupa nama) tersebut akan diserang...masa itu...Mahaguru Sifu sedang berlatih kungfu Keharmonian Dalaman...maka Po and The Gang diarahkan membantu rakyat di sana...
semasa dalam perjalanan...Po tidak mampu untuk melelapkan mata...membebel sorang-sorang dia...sedangkan rakan lain sedang tidur...akhirnya Tigger bangun dan bersembang dengan Po..dan bertanyakan kepada Po...mengapa begitu mudah dia melepaskan musuh semalam...Po tiada jawapan...

Po sebenarnya bermain dengan perasaan sendiri...apabila dia sedar bahawa dia bukan anak kandung kepada bapa dia sekarang (angsa)...Po keliru dengan identiti diri sendiri...disebabkan itu dia boleh melepaskan musuh dengan mudahnya selepas ternampak satu lambang merah yang pernah di lihat semasa di kecil dahulu...

akhirnya mereka sampai...Po juga dengan mudah melepaskan Lord Shen tu...rakan-rakan lain musykil sangat...akhirnya Tigger buat keputusan...Po tak perlu serta dalam misi kali ini...dan dia tinggal di penjara bersama pahlawan Lembu dan juga Buaya...dalam waktu yang sama rakan-rakan lain sedang memburu Lord Shen tu...
pengikut Lord Shen

Po..akhirnya bergerak sendiri..tanpa rakan-rakan...lawan punya lawan...dalam masa yang sama mendesak Lord Shen supaya beritahu perkara sebenar..malangnya...Po kalah...dan dihanyutkan arus sungai...tetapi diselamatkan oleh tukang tilik yang sebelum ni...di paksa menjadi pengikut Lord Shen...tukang tilik di lepaskan oleh Lord Shen...
Po menenangkan diri...dalam masa yang sama tukang tilik mengubati Po...Po tercedera semasa berlawan dengan Lord Shen...dalam pada itu juga...Po telah menjumpai identiti dirinya...dia berjaya...dan dapat menerima hakikat...

dengan segera Po pergi mencari Lord Shen untuk menghentikan keganasan itu...Po nampak rakan-rakan yang lain telah menjadi tawanan Lord Shen...lawan lawan lawan....rakan-rakan Po telah dibebaskan dengan kecekapan masing-masing...

mereka berlawanan....Po dengan yakin menewaskan Lord Shen itu...Lord Shen pelik...kenapa Po boleh menjadi sekuat itu dan tidak takut seperti sebelumnya...akhirnya Po memberitahu...perkara silam mengenai dirinya telah diketahui...dan dia boleh menerima hakikat...

mereka berjaya menewaskan Lord Shen...YES!!...


*gambar pakcik google bagi*


tapi masa ending...ayah Po hidup lagi la...mesti ada Kung Fu Panda 3...yeaaayeehhh...best best best..


dapat cawan besar dengan bayaran rm15...huh! mahal! tapi nak juga...comel!...*ketawa*








pirates of carribean bila?