~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Thursday, November 11, 2010

MukaBuku @ Facebook




baiklah...aku mengaku di sini...

saya nursyazwani binti murizan mengaku bahawasanya saya tidak mempunyai MukaBuku...!

kelakar? huh..!

sudah mesti...iya...aku tidak mempunyai FaceBook @ FB...@ MukaBuku...acap kali aku berkira-kira...mahu atau tidak membuat MukaBuku ini...adakah ianya keperluan semasa...

rakan 1 : eh sha...ada MukaBuku? boleh aku tambah kau sebagai kenalan....
aku : tiada
rakan 1 : kolot..dunia sudah maju la..

aku : iya..

sepupu : Long...ada MukaBuku...nanti tambah angah sebagai kenalan ya...?
aku
: tiada...

sepupu : wah..gadis macam kaklong tiada MukaBuku..mustahil lah..

aku
: iya lah..tiada...

sepupu : hey...kamu itu gila teknologi baru..mana mungkin tiada MukaBuku...

aku
: mahu cakap berapa kali ya?

sepupu : ok ok...

rakan 2 : sha..kenapa tidak mahu membuat laman MukaBuku....?
aku
: malas

rakan 2 : tak kan lah...?

aku
: ya

rakan 2 : tapi kan sha..ramai rakan kita ada MukaBuku ini...senang untuk menghantar berita terkini...
aku
: telefon bimbitkan ada...hantar sahaja pesanan ringkas..lagi mudah aku rasa...
rakan 2 : macam tu pula
aku : iya ...
rakan 2 : >>>>.......

rakan 3 : sha, mahu tanya sedikit...boleh?
aku
: ya

rakan 3 : kenapa tiada MukaBuku...?

aku : saja
rakan 3 : mana boleh saja

aku
: suka hati aku lah...

rakan 3 : buat lah sha..mudah...rakan-rakan lain semua sudah ada..hanya kamu...tiada dalam senarai tanda (tag) kami...

aku
: tidak mengapa...

rakan 3 : memang tidak mahu la ni?

aku
: iya...

rakan 3 : keras betul hati kamu ya..mesti ada sesuatu ni..kalau tidak mana mungkin kamu mengelak untuk mewujudkan laman MukaBuku kamu..

aku
: tiada apa..sengaja tidak mahu..

rakan 3 : ok..

oohh...mengapa ya? ramai benar yang sudah bertanyakan hal ini kepada aku...tetapi jawapan aku tetap sama...
cuma.....

kebelakangan ini...seperti ada sesuatu yang mendesak aku supaya mewujudkan laman MukaBuku ini...macam diperlukan sangat-sangat untuk aku membuatnya..tetapi apakah ia? hurmmm..masih tidak tahu..mahu atau tidak...





dia sudah ada MukaBuku...

No comments: