~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Tuesday, December 14, 2010

PD 2 - hari kejadian dan perjalanan pulang

aku mahu bercerita sekali lalu sahaja..kerana sudah banyak cerita tertangguh...

ooohh ya...gambar-gambar di bawah juga tiada sebarang tanda....kerana perisian itu masih bermasalah...dan juga...tiada kerajinan dari aku..

kami tiba dalam jam 10 pagi...menginap di SUNSHINE BAY RESORT...nombor telefon? aku juga sudah tidak tahu di mana aku simpan...maaf ya...aku sewa apartment 1 bilik dan juga 2 bilik...iya lah perlu di asingkan lelaki dan perempuan...huhuhu....di sini ada kolam renang juga ya...

kami mendapat bilik yang menghadap hutan..manakala..yang lelaki mendapat bilik menghadap laut...huwaaaaaa....cemburu tahu?

itu sedikit gambar berkenaan bilik kami...yang lelaki? oohh..tiada gambar...sekitar jam 12 tengahari...aku, ida, gee dan nora pergi ke Blue Lagoon...mandi laut di sana..jauh bukan...? tempat penginapan kami di Batu 2..manakala Blue Lagoon terletak di Batu 8...

cuaca di PD semasa kami sampai..sangat mendung..cahaya matahari sikit pun tiada...suram juga lah hati aku tika itu..tetapi alhamdulillah...masih boleh beriadah...cuma hujan sahaja renyai-renyai...

balik sahaja dari Blue Lagoon..kami kepenatan..aku baru sahaja mahu melelapkan mata...(masa ini yang lain-lain sudah tidur) aku cemburu tahu...si dia bising..

si dia : sudah la tu...cepat siapkan bahan-bahan untuk membakar...
aku : mengantuk...
si dia : nanti orang ramai...
aku : ye la..
si dia : orang turun dulu..jangan lambat sangat
aku : iya...(ada niat mahu sambung tidur) *senyum*

semasa membakar...
selesai membakar pada jam 7 petang mungkin...rasanya awal lagi..hurmm..tidak pasti...sempat juga la..lepak-lepak..sambil menikmati hidangan yang telah siap..hurmm..nyum nyum nyum...sedappp..aku makan tidak banyak pun...tetapi banyak lah juga...*ketawa*

berehat sehingga malam....waktu maghrib..bergilir-gilir naik ke atas..kerana barang-barang perlu di jaga..selesai isyak...dengan tidak di sangka-sangka..hujan turun dengan lebatnya...Ya Allah..mujurlah separuh barang-barang telah aku masukkan ke dalam kereta...itu pun setelah si dia membebel...

si dia : mana barang yang tidak pakai...letak sahaja dalam kereta.....
aku : biar sahaja di situ
si dia : kemas la sikit-sikit...bagi orang lain pula yang mahu guna kawasan ini
aku : ye la..nanti orang kemas...

hujan selebat-lebatnya....mujur la kami sudah siap semuanya...nasib baik juga..mulut si dia bising....*senyum* terima kasih sayang...

naik ke bilik...aktiviti bebas...iyalah..sudah hujan kan..mahu buat apa lagi...

keesokan pagi
seawal jam 7 pagi..kami semua sudah berendam di dalam laut...si dia dan juga ijat...tidak ikut sama..si dia mengalami kecederaan di kaki...bengkak juga kakinya...ijat pula..sambung tidur lagi bagus...*ketawa*...

mengukir nama di pasir...membuat penyu comel...berendam di dalam laut...menanam Gee...menaiki bot pisang juga....*ketawa* seronok...

selesai berendam lebih kurang jam 10pagi...naik ke bilik...mandi..kemaskan apa yang patut...akhirnya..kami keluar pada jam 1130pagi...tidak jadi konvoi semasa balik...ada sedikit salah faham..tetapi tidak mengapa...

psstt...

aku, si dia, gee, nora dan ijat...sambung lagi percutian..sampai sahaja di Bangi..makan tengahari..dan meneruskan perjalanan ke Alamanda...*senyum* aku mahu menonton cerita Ngangkung...Gee dan Nora..pergi berkaraoke dan mencuci mata...

jam 12malam sampai rumah...fuhhh...berjalan sakan...*senyum*...





maafkan saya kerana tidak ambil kisah tentang kaki awak sakit tika itu...isk..

No comments: