mengisahkan Azim seorang pemandu lori..mempunyai isteri bernama Suri dan juga seorang anak perempuan yang comel...mereka tinggal di sebuah perkampungan...Azim berkawan rapat dengan Tasnim dan Wan...mereka berdua ini boleh lah di kategorikan sebagai pengangkung tegar...*senyum*
pada awalnya..Azim tidak menghiraukan perbuatan sahabat mereka ini..kerana faham ianya salah di sisi agama...walaupun susah Azim tetap berusaha mencari rezeki untuk keluarga...biarpun selalu bertengkar dengan isteri akibat selalu kekurangan wang dapur...sikap anak perempuannya mirip perangai Azim...*senyum*.
Tasnim dan Wan...merata tempat mereka pergi untuk mengangkung...Tasnim dan Wan telah berkahwin...Tasnim mengangkung kerana mahu ingin kaya lagi...untuk memenuhi kemahuan si isteri...Wan pula..sanggup berhutang dengan along kerana ingin bermain judi...
satu hari...Azim mengikut Tasnim dan Wan pergi ngangkung..hanya sekadar ingin tahu...bak kata orang...tidak kenal maka tidak cinta bukan? akhirnya Azim pun terjebak...tanpa pengetahuan si isteri...
Azim mendapat peluang untuk mencari wang lebih..beliau perlu menghantar barang ke Kelantan...dalam perjalanan ke sana..entah bagaimana..ternampak kelibat anaknya di dalam sebuah hutan....dia mengikut kelibat si anak...akhirnya berjumpa dengan seorang bomoh...bomoh ngangkung juga....
tetapi bomoh ini...hebat juga...banyak pantang larang yang perlu Azim patuh...Azim pun pulang ke kampung halaman bertemu si isteri berbekalkan kain merah...diberikan oleh bomoh yang dijumpa di Kelantan...Azim seorang bapa yang penyayang menjadi pembengis....sehingga sanggup menampar anak perempuannya..kerana si comel itu bermain dengan kain merah...
dalam masa yang sama..sewaktu ingin mencuci baju...si isteri terjumpa kertas nombor ekor..hancur luluh perasaan si isteri...isteri Tasnim mengetahui perbuatan suaminya..dan meminta suaminya berubah..isteri Wan pula...tidak tahu Wan berjudi...sehingga suatu hari Along datang menyerang...
mereka bertiga di hantui oleh wajah-wajah hantu yang sering mengekori mereka...akibat daripada perbuatan mengangkung...
pelbagai cerita lucu dan seram sepanjang cerita ini..tidak kering gusi lah...asyik ketawa sahaja...terdapat pengajaran juga...jadinya...aku seronok dengan cerita ini...penghabisan cerita...? tidak akan aku ceritakan...rugi bagi siapa yang tidak menonton Ngangkung...
*sumber gambar dari pakcik google..*
terima kasih kerana sudi ada di sisi saya...
No comments:
Post a Comment