~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Monday, January 31, 2011

Perlu Kuat

saat tampalan ini keluar...

rasanya...aku dalam perjalanan menuju ke Kedah..pulang ke kampung halaman...

jika si dia ada membaca blog ini...aku mahu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala pengorbanan yang telah dilakukan sebelum ini...

saat ini...akal aku sedang memikirkan...betulkah lelaki menzahirkan cinta dan sayangnya melalui perbuatan? aku boleh terima kah?? aku perlu belajar menerima....

tatkala hujan renyai malam tadi...air jernih di pipi aku juga mengalir Tenang...tidur dalam tangisan...membaca pesanan ringkas setahun yang dahulu..dikirim oleh si dia...hati aku bagai dihiris...sungguh berbeza dengan sekarang...jauh beza....

jam 3 pagi..mata baru boleh pejam sepenuhnya...

tetapi tidak mengapa...pendamkan sahaja....segalanya telah tertulis...

buat si dia...doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik...




lagi sekali terima kasih....

Terbaik

masih ingat lagi dengan tampalan ini? Telefon bimbit rosak

akhirnya...inilah yang menjadi pilihan kami...

BLACKBERRY BOLD 9700

aku masih belum pandai guna sepenuhnya...

yang mana satu aku punya?

yang mana satu si dia punya?

kalian agaklah sendiri ya...*senyum*




terima kasih sekali lagi...

Selangor Melawan Kelantan

Baiklah aku mulakan dengan cerita aku pergi makan-makan sebelum menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam...

Jam 11pagi aku ke pejabat...tujuan utama..semata-mata mahu mengecas telefon bimbitku...aduhaai...kenapalah cuai sangat...sampai pengecas tertinggal di pejabat...

Jam 2ptg...aku bertolak pergi mengambil si dia...jadi...masih terlalu awal bukan..singgah makan-makan dulu...makanan yang telah aku idamkan sekian lamanya.....*senyum*

dua set...ayam dan daging...

alahai...terbalik pulak dah...

akhirnya..selesai sudah...

Selesai makan...berpusing-pusing mencari bank...malangnya..tidak jumpa...hurmmm...terus sahaja ke stadium....dalam perjalanan...ini lah kerja aku...

mengabdikan gambar tiket...*ketawa*

Sampai sahaja di perkarangan stadium....

Wahh...ramai orang ye...aku juga mahu mencari 2 pasang jersi untuk Syahmi dan juga Syazwan...Syamimi...tidak perlu lah...kamu bukan minat bola pun kan>?

Masuk sahaja ke dalam stadium...mengambil tempat di atasssss sekali...*senyum*...ini lah kerja aku...perkara pertama aku lakukan...

masih kosong...

sudah penuh

Aku tertarik dengan gelagat dan aksi ini...

huhuhuh...semangat betul kamu adik...bertuah dapat menjejakkan kaki ke stadium...akak dulu tidak pernah sama sekali...

oooppss...dahaga pula...

walhalnya..Selangor sudah pun kalah pada tika ini..penyokong masih lagi bersuka ria...bagus bagus...

lagi dan lagi...aku turut menjadi mangsa keadaan...*senyum*

Lirik lagu...boleh menyanyi jika tahu....diiringi dengan muzik Selangor Fans Club kot...rasa nya betul la itu nama dia...entah..kalo salah..harap maaf lah....mereka membawa gendang dan segala macam perlatan muzik...iya..tidak bosan aku duduk di situ..cuma...perlu tahan telinga sahaja...tetapi seronok..

Akhirnya...kemenangan berpihak kepada Kelantan...tidak mengapa...adat perlawanan bukan...ada kalah...ada menang...

Tapi aku betul-betul tidak puas hati dengan corak permainan Selangor...aduhaiii...mengapa kalian jadi begitu...si botak itu sahaja yang asyik mencari bola...yang lain?

Kecewa dengan aksi mereka...

Habis bola..singgah di Bangi...si dia mahu makan..lapar katanya...

Selepas itu..pulang ke rumah...

Gambar aku? tidak perlulah..di MukaBuku sudah ada beberapa keping...tengah gemuk...tidak suka mengambil gambar sangat...*ketawa*





terima kasih

Makin Gelap

Jalan yang aku tempuh makin lama makin gelap walau acap kali aku mempamerkan wajah gembira di depan khalayak ramai..

Hakikatnya sedih di hati..jiwa menangis siapa yang tahu kan?

Semakin perit apabila sifat dingin mula menguasai..semakin besar luka yang telah sedia ada apabila rasa sayang semakin berkurangan dan hampir hilang..

Ya Allah..
Tabahkan hati hamba Mu ini..
Kuatkan iman aku terhadap Mu..
Tunjukkanlah jalan kepada ku..
Pimpinlah aku..

Aku sayang Kamu

Sent from Nursha's BlackBerry®

Sunday, January 30, 2011

Selangor vs Kelantan

Nantikan ulasannya..dan gambar yang lebih banyak..
Sent from Nursha's BlackBerry®

Terlalu Terbuka..

Lihat sahaja gambar ini..aku ternampak di sebuah pasaraya..

Terkejut juga..benda sebegini rupa pun boleh dijual..

Iya..aku tahu..itu adalah penyangkut baju..tetapi mengapa begitu gambarnya..

Budak-budak yang selama ini tidak tahu..sudah menjadi tahu..oohh yaaa..pendidikan seks telah pun diajar di sekolah-sekolah..

Bagi aku..penyangkut tersebut tidak perlu dijual..kerana gambarnya agak kurang enak untuk di pandang..

Biarlah mahu kata aku tidak berfikiran terbuka atau apa sahaja..aku tetap tidak suka penyangkut baju ini dijual..

Hurmmm


Sent from Nursha's BlackBerry®

Tidak nampak atau tidak faham bahasa?

Kalian lihatlah..sudah terang lagi bersuluh..

Dilarang membelok ke kanan..tetapi masih ramai melakukan perbuatan yang salah itu..

Rakyat Malaysia bukan?
Hurmmm *kecewa*....


Sent from Nursha's BlackBerry®

Friday, January 28, 2011

Sepi + Suram = Tenang@Senyum

Aku suram untuk 2 3 hari ini...mengapa? jangan di tanya...

Aku
sudah penat untuk berbalah...lebih kepada belajar menerima keadaan dengan cara yang lebih matang...jika itu membuatkan aku menjadi lebih dewasa...


Aku perlu hilangkan sifat negatif yang sentiasa mengalir dalam diri ini...

Aku tidak perlu lagi untuk merasa kecewa dalam apa jua perkara...

Aku tidak perlu hiraukan apa jua yang berlaku selepas ini...walaupun ianya berkenaan dengan diri aku...diam lebih baik..

Aku
mengikut segala aliran hidup dengan tenang walau terkadang bergelora...


Aku perlu belajar menerima takdir...jika itu yang terbaik...

Aku
perlu faham...setiap yang berlaku ada hikmahnya...


Aku tetap dengan cara aku...

Aku
tidak hiraukan cara orang lain..jika cara orang lain itu menyakitkan hati aku sekalipun...aku tidak perlu melenting...sebab mereka dengan cara mereka...

bagi aku..cukup sekadar melayan apa sahaja yang berlaku di depan mata aku daripada aku memberontak...mengamuk tidak tentu pasal..secara tidak langsung akan menyakitkan hati semua orang...secara tidak langsung juga akan membuatkan orang rasa menyampah dengan aku...

2011 tahun untuk aku mengenali diri dan mengajar diri untuk menjadi lebih matang...

Hentikanlah
perangai kebudak-budakan


Hentikanlah sifat mudah marah

Hentikanlah
sifat yang terlalu mudah mengenakan hukuman kepada seseorang


Hentikanlah
sifat yang sukar memaafkan


Hentikanlah
sifat yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain


Hentikanlah
segalanya Nursha...

Berusaha menjadi Si Comel Nursha @ Chomel (nama BBM aku) yang lebih matang dan terbaik untuk semua orang...

Berusaha !!
Berusaha !!


*senyum*





Ikut sahaja keadaan...

Wednesday, January 26, 2011

Satay Willy

Jemput makan ya...
Sent from Nursha's BlackBerry®

Senyum lah + Jaga Adab

pengawal keselamatan atau lebih di kenali sebagai jaga...

susah sangatkah untuk kalian melemparkan senyuman?

bukan perlu dibayar pun kawan...

perlu pilih kasih untuk mengangkat tangan ataupun melemparkan senyuman?

kereta besar di beri keutamaan...tangan kalian diangkat dengan senyuman lebar di wajah...

kereta kecil pula...tangan kalian tidak diangkat..malah memandang dengan muka yang penuh syakwasangka...aku juga kakitangan di sini...

hurmm..kecewa dengan sikap kalian...aku tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain...aku tidak pernah diajar begitu...tetapi..

apabila kalian bertindak kurang ajar...maka aku dengan rela hatinya akan mengajar kalian...mulut aku susah untuk melawan kata apabila aku di jadikan bahan lawak...aku diamkan sahaja...bila ia kena pada gayanya...

jika tidak kena pada gaya...kalian harus menerima kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut aku...

si dia selalu cakap.."lawan sahaja...diam buat apa..."

aku pula lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dan mengaku kalah...mengaku kalah itu tidak bermakna aku lemah....jika itu boleh menenangkan suasana dan tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan...maka eloklah begitu sahaja...

*maaflah..sudah terkait dengan cerita yang lain pula...geram semalam masih belum hilang akhirnya terluahkan di sini...aku tidak menceritakan segalanya..cukup sekadar kiasan*




oohh...BBM kamu baru di terima...

Takziah

Semalam mendapat khabar berita sedih...mengenai pemergian cikgu disiplin aku yang paling garang di Sekolah Menengah Teknik Temerloh...

masih terbayang...wajahnya yang garang
masih terngiang...suaranya yang menjerit
masih ternampak...senyum yang dilemparkan

semuanya diibaratkan diputar kembali di dalam kepala aku ini...segala kenangan bersama arwah muncul secara tiba-tiba...iya walaupun aku dan dia tidak lah serapat mana...tetapi sifat tegas yang terserlah pada dirinya...membuatkan aku akan ingat sampai bila-bila...

Takziah kepada Nadia Mohamad...adik kepada arwah Ramlan Mohamad, Guru Disiplin SM Teknik Temerloh...yang juga...rakan sekelas aku...

boleh dapatkan pautan di sini dan di sini...

hurmm..

Al-Fatihah...

Pening

semalam ber BBM dengan si dia...

aku : hari Sabtu saya hantar kereta ya?
si dia : bila nak ambil kereta?
aku : ambil ke hantar?
si dia : ambil la...
aku : hah?
si dia : ye lah...dia ambil orang kat sini bawa kereta dia..bawa orang pergi rumah dia..lepas itu baru ambil kereta makcik...
aku : hari tu..dulu rancang macam ni ke?
si dia : iya lah...
aku : ermmmmmmmmmm...ok
si dia : kenapa?
aku : yang saya faham...saya bawa kereta makcik pergi rumah dia...lepas itu dia hantar saya balik...
si dia : hahahahahahahahha...sama juga...kereta makcik...
aku : diam la!
si dia : ok ok...tak gelak dah...
aku : sengal


hahahaha...aku sememangnya begitu...



saya letih sangat malam tadi...

Naik Lagi?

oohhh...sangat lama aku menyepi...bukan tiada cerita yang aku ingin kongsikan...tetapi penyakit M aku..mula menular...hurmmm...

kisah sebelum-sebelum biarlah ianya menjadi kenangan buat aku...(sudah banyak lupa kisahnya)*senyum*

ohh ya...petang semalam menemani makcik mencari kain yang sesuai untuk dia...usai semuanya...perut berkeroncong...makcik mengajak untuk makan di KFC...aku pun mengikut sahaja...

semasa beratur di kaunter...aku ternampakkan ini...

oohhh....sangat terkejut aku...mengapa mesti naik...*kecewa*

makan sahaja lah...

(aku kalau mahu berdebat ataupun bercakap tentang hal ini...memang tidak akan jumpa penghujungnya...malah satu persatu bukti akan aku sertakan...huh)




terima kasih kerana memahami...

Wednesday, January 19, 2011

Lemas?

dalam perjalanan ke pejabat aku terlihatkan ini...

aku : makcik....!
makcik : kenapa?
aku : nak ambil telefon bimbit...
makcik : buat apa?
aku : tu...tengok tu...
makcik : alahaiii...

alahaai.....rosak bahasa melayu aku....rosak bahasa Malaysia...
siapa lah agaknya ya yang menulis perkataan tersebut...cis...!!!




tidak mengapa

Tuesday, January 18, 2011

YES,,,,Berjaya....!!!

ekekeke...

sebenarnya sudah lama aku ingin menukar header blog ini...

dari sehari ke sehari....tidak juga jadinya...

bukan apa...bila mood tiada...maka hasilnya juga tidak memuaskan...

sekarang lihat lah hasilnya..baru berjaya...seronok...

tetapi...besar sangat la ya...

tidak mengapa...aku kan comel...*ketawa*




hai awak...

Monday, January 17, 2011

Perlu kah?

masa untuk menyunting...

hurmmm....gambar ini aku rakamkan di sebuah pasar malam yang terletak berhampiran dengan kawasan rumah aku...

aku perhatikan mereka...

> benar-benar cacat

> sukar untuk berjalan

di dalam fikiran aku :

> mereka datang menaiki apa?

> siapa yang menghantar mereka?

aku memang menyampah apabila pemandangan aku dicemarkan oleh perkara-perkara begini..aku jadi meluat..aku jadi saki hati...bukan nak cakap aku sombong...tapi benda-benda ini semua tidak masuk dek akal..kalau betul mereka cacat...bagaimana mereka boleh datang ke tapak pasar malam ini?

sudah tentu ada orang yang menghantar mereka...

makanya...jangan harap kalian dapat duit aku walau sesen pun...alahaiii..kejam nya aku..iya memang pun...aku terpaksa buat begitu...

aku hanya menderma pada saluran yang betul dan benar-benar memerlukan...aku bukan lah terlalu baik hati untuk menderma kepada orang yang entah siapa-siapa...

sumpah aku benci orang yang memperalatkan orang lain demi kepentingan diri sendiri...!!!

mereka yang tidak bersalah ini menjadi mangsa keadaan...hurmmmm...


Sent from Nursha's BlackBerry®



terima kasih ya..

Kena Marah???!

sesiapa yang mempunyai akaun MukaBuku aku....sudah tentu dapat mengetahui tentang aku sangat seronok untuk bekerja pada hari ini...hurmmm....tetapi....

rentetan hari Isnin :


bangun lambat : 645am

keluar rumah lambat : 730am

sampai pejabat lambat : 755am (sebenarnya sudah jam 8am..jam thumb print dilewatkan)


di foyer pejabat:

"kenapa kau ikut jalan tu? tak nampak anak panah? penat-penat buat anak panah...tapi kau main jalan saja...lainkali tengok dahulu..kalau bertembung dengan kereta lain...macam mana?!"
aku:
"errrr...hurmm...baik lah Encik R*****...maafkan saya.."

"(masih lagi membebel...)"

aku :

(dalam hati) : blah sahaja...malas layan..peduli apa aku..ramai lagi yang salah jalan la...ramai lagi staff kau yang tidak nampak anak panah tu....RETI????!


pagi-pagi lagu sudah menaikkan darah aku yang sememangnya sudah lambat pada hari ini...aku tidak kisah kalau mahu menegur...tapi? cara tu...kenalah betul...jangan gunakan aku dan kau...guna kan I dan YOU...itu sudah memadai...baiklah...aku akur...itu salah aku...





serabut sangat...

Saturday, January 15, 2011

Makan-makan dengan si dia

masa untuk menyunting....:

sampai sahaja di rumah selepas makan di Restoran Abdullah Chan...aku segera mandi...dan bersiap untuk keluar dengan si dia...keluar kali ini tiada motif...sahaja mahu berjalan-jalan dan menghabiskan duit (si dia) *ketawa*

si dia mempunyai tujuan..untuk mencari stokin..malangnya...TIADA...jadinya..kami makan ini sahaja...lokasi : Alamanda....aku makan 1 potongan..selebihnya si dia...*senyum*

Baiklah..petang tadi makan nasi ayam..malam pula makan Pizza Hut..bersama si dia..

Akan aku ceritakan kemudian..

Sent from Nursha's BlackBerry®




kenyang tak?

Makan-makan

bila ya? hurmmm

pada hari sabtu aku keluar bersama makcik..mahu mencari baju katanya..pergi ke Kajang, Bangi dan Bandar Teknologi...sudahnya..bukan baju yang di beli...tetap seluar...terus hantar potong...ishhhh...seluar aku makcik terpotong pendek...sudah la singkatnya bukan main..huh..

selepas itu...kami pergi ke Bangi....makan di sini...


suasana dalam restoran

minuman yang aku pesan = RM 2.50

suasana di dalam restoran

teh cina...makcik punya = RM2

apalah nama menu ini..aku sendiri tidak pandai untuk menyebut... =RM 6.50

yaa...ini aku punya..hehehehe = RM 5

itik panggang = RM 16

alhamdulillah...dah siap makan...

nampak dalam bungkusan yang di sebelah kanan?

itu adalah itik panggang yang tida habis..banyak la...

ada juga aku bungkuskan air kedondong asam boi untuk si dia = RM2.50

Akan aku ceritakan kemudian..
Kerana gambar ini dimuat naik menggunakan BB..
Agak susah untuk aku menaip..


Sent from Nursha's BlackBerry®




apa rasa kedondong asam boi
*ketawa*