Aku sudah penat untuk berbalah...lebih kepada belajar menerima keadaan dengan cara yang lebih matang...jika itu membuatkan aku menjadi lebih dewasa...
Aku perlu hilangkan sifat negatif yang sentiasa mengalir dalam diri ini...
Aku tidak perlu lagi untuk merasa kecewa dalam apa jua perkara...
Aku tidak perlu hiraukan apa jua yang berlaku selepas ini...walaupun ianya berkenaan dengan diri aku...diam lebih baik..
Aku mengikut segala aliran hidup dengan tenang walau terkadang bergelora...
Aku perlu belajar menerima takdir...jika itu yang terbaik...
Aku perlu faham...setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Aku tetap dengan cara aku...
Aku tidak hiraukan cara orang lain..jika cara orang lain itu menyakitkan hati aku sekalipun...aku tidak perlu melenting...sebab mereka dengan cara mereka...
bagi aku..cukup sekadar melayan apa sahaja yang berlaku di depan mata aku daripada aku memberontak...mengamuk tidak tentu pasal..secara tidak langsung akan menyakitkan hati semua orang...secara tidak langsung juga akan membuatkan orang rasa menyampah dengan aku...
2011 tahun untuk aku mengenali diri dan mengajar diri untuk menjadi lebih matang...
Hentikanlah perangai kebudak-budakan
Hentikanlah sifat mudah marah
Hentikanlah sifat yang terlalu mudah mengenakan hukuman kepada seseorang
Hentikanlah sifat yang sukar memaafkan
Hentikanlah sifat yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain
Hentikanlah segalanya Nursha...
Berusaha menjadi Si Comel Nursha @ Chomel (nama BBM aku) yang lebih matang dan terbaik untuk semua orang...
Berusaha !!
Berusaha !!
*senyum*
Ikut sahaja keadaan...
No comments:
Post a Comment