~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Tuesday, January 11, 2011

AJL 25

Baru terasa mahu mengulas berkenaan dengan AJL25

Mengapa ya? aku juga tidak berpuas hati dengan keputusan juri...bagi aku..ada yang lebih layak untuk bergelar juara...Hafiz juga tidak layak bagi aku...apa yang membuatkan juri begitu tertarik...entah la...

sewaktu persembahan Ana Rafali...aku tidak menonton televisyen...sibuk membalas pesanan ringkas seorang teman...pada mulanya sahaja nampak gah...tetapi lama kelamaan semakin bosan...walaupun Ana Rafali pada malam itu sangat comel...

bak kata ayah :
mahu tahu persembahan seseorang itu bagus atau tidak...
mahu tahu suara seseorang itu sedap atau tidak...
jangan menonton semasa seseorang itu membuat persembahan..

sekiranya kamu tertarik untuk melihat persembahan dan mahu tahu siapakah penyayi tersebut...itu bermakna...memang seseorang itu berbakat..

tetapi...

jika kamu tiada rasa apa-apa semasa berlangsungnya persembahan itu...bermakna...
memang persembahan yang kurang menarik dan suara kurang lunak...
(ada betul kata ayah)

berbalik pada Ana Rafali, awal persembahan...aku tertarik...lama kelamaan menjadi bosan...sudahnya menumpukan 100peratus kepada pesanan ringkas rakan aku...
Hafiz
persembahan Hafiz juga begitu...cuma terkejut pada gimik di mana Hafiz ditembak..itu sahaja..lain-lain tiada....

oohh ya..kali ini..memang semuanya perlu tukar baju ya semasa membuat persembahan? macam tiada gimik lain..aku sungguh bosan..

Faizal Tahir...

memang dia terbaik...aku begitu teruja melihat persembahannya...aku sangkakan yang dia terjatuh di dalam air itu..hanya lakonan..maklum la..di layar putih kan? tetapi apabila dia naik semula ke atas di mana tempat dia berdiri sebelum ini..dalam keadaan basah...aku terkejut...terus menghantar pesanan ringkas kepada rakan:

aku : dia jatuh dalam air betul ke tadi?
rakan : iyalah
aku : ooohh..ingatkan tipu-tipu..
rakan : hahahahaha

aku tidak mahu mengulas artis lain...persembahan biasa sahaja...itulah sebabnya tidak lekat di dalam ingatan aku...hurmmm...

ada orang lain yang sepatutnya menyandang juara itu...


tetapi tidak mengapa...sudah tertulis pada malam itu rezeki berpihak kepada Ana Rafali...

sumber gambar : google



laparrrrrr

No comments: