~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Friday, April 22, 2011

Perkataan GILA??!

"penat GILA"

"lapar GILA"

"cantik GILA"

"banyak GILA"

"jauh GILA"

hah! apa lagi perkataan gila ini sesuai digunakan?

apa kamu semua ingat perkataan ini amat sesuai ke???

ada 1 situasi berlaku di rumah aku;

adik mimi : banyak GILA lauk ni...
ayah : hah! apa gila-gila...ambil ni ayam GILA..nasi GILA....semua GILA...elok sangatlah guna perkataan yang tak faedah tu??? belajar dekat mana?? dari siapa?? ayah tak nak dengar dah perkataan GILA ada dalam rumah ni...bagus sangat la tu...huh!
aku : diam *terkedu*

ermm..pandangan aku la kan..mungkin bagi kita yang muda remaja ni...perkataan GILA itu adalah biasa...tapi bagi orang dewasa dan tua...seperti ayah aku...mereka pastinya akan merasakan perkataan itu tiada adabnya..kurang ajar...dan kasar...

dulu ada 1 ayat...yang biasa adik aku gunakan...dia sama sekali tidak bercakap begitu dengan ayah...cuma dengan abang dan kakak nya sahaja...iaitu  "ada aku kisah!" 

hah~
itu lagi buat ayah aku naik hangin.."elok sangat lah tu...bahasa kurang ajar"!
sampai sekarang kami adik beradik tidak berani menyebut perkataan itu lagi...

bila di fikirkan semula...ada betulnya teguran itu...jika tidak di tegur...ianya akan sebati dengan kehidupan kita...kurang ajar remaja semakin berleluasa...kurang ajar mereka...bukan seperti zaman aku dahulu...dalam kurang ajar...biadap...masih ada hormatnya kepada orang tua....masih sedar diri...

zaman sekarang?? haih~ memberontak kuat...

makanya...di sini..apa kata...kita kurang sedikit penggunaan perkataan GILA itu??

boleh kan? *senyum*

aku sekarang pun...amat jarang menggunakan perkataan itu...setelah di tegur oleh ayah...terima kasih...ada sebab kenapa dan mengapa orang tua, ibubapa kita menegur sesuatu...fikirkan semula..mereka lebih banyak makan garam dari kita...



yuhuuuuuu

No comments: