~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Wednesday, March 30, 2011

Minyak THANA?

Sent from Nursha's BlackBerry®

Bawa Kereta,Pusing-pusing atas Jalanraya???

apa kes lah kan???

mahu kata tidak berpelajaran...tidak boleh juga...tetapi..jika tidak tahu...tidak pasti lebih elok diam sahaja...haih~ manusia...

begini kisahnya...aku bersama rakan ada membuat kerja di IKRAM...sedang menunggu kerja selesai...sempat juga la berbual kosong...

rakan : sha, nak tau tak?
aku : apa dia?
rakan : hari tu...orang pergi temuduga...
aku : lepas tu?
rakan : penemuduga tu tanya la...belajar kos apa..? orang jawab la..Kejuruteraan Lebuhraya...lepas itu...penemuduga tu...gelak terbahak-bahak...macam orang gila...
aku : motif???
rakan : dia cakap dekat orang..."kamu belajar jurusan ni....bawa kereta, lepas itu pusing-pusing lebuhraya tu lah...kalau balik kedah, dapat diskaun la ya??"
aku : mengongnya..bodoh~!
rakan : tu la sha...geram orang tau...dia boleh gelak kuat-kuat macam tu...orang nak terangkan lebih-lebih pun takut dia tidak faham...mahu nanti lagi pening...bukan apa sha...tau la dia tu orang bahagian pentadbiran..tetapi tidak perlu la gelakkan orang sampai macam tu skali...bangang~!
aku : memang pun...

haih~...aku tidak dapat membayangkan perkara itu...apa tidak tahu langsung kah penemuduga itu tentang KEJURUTERAAN LEBUHRAYA?????

rasanya eloklah tanya kepada incik google...

bangang~!

aku tahu tidak baik menggelarkan orang sedemikian rupa...tetapi...apa boleh buat..penemuduga itu sendiri yang menyerlahkan kebangangannya....



hai kamu...

Monday, March 28, 2011

Kenapa Tak Balas?

Yang aku perasan la kan...kalau kita ikut mana-mana artis popular punya MukaBuku ke...Twitter ke..atau apa-apa sajalah...ada artis yang tidak pernah membalas walau 1 pun komen peminatnya...tetapi tidak dinafikan...ada juga yang rajin membalas...aku suka yang ini...mmuaahh....*senyum*

paling tidak pun...1 sudah ckup...ini tidak...sampai beratus-ratus komen...tetapi artis tersebut...tiada balasan...hanya meletakkan status dan diam 1000 bahasa...

Mengapa begini ya???

apa rasa peminat anda?
kalau saya...tentu meluat...komunikasi 2 hala tiada...bosan lah~!
saya juga akan rasa tidak dihargai...bukan banyak pun...1 sudah cukup lah!~
biarpun komen tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa...tetapi tidak salah kalau membalas secara rambang...

sibuk sangat kah kalian???
kalau sibuk tidak perlu membuat status...memberitahu akan keadaan anda...
peminat rasa tidak di hargai tahu??

tahulah kamu artis contoh...tetapi takkan 1 komen pun susah...
aku pun sudah naik menyampah...status semua bagus-bagus...tetapi tuan punya status??? 
diam 1000 bahasa...perlukah begitu??

jika minta pendapat...
ratusan pendapat diperolehi...1 komen ucapan TERIMA KASIH...tiadakah???
susah agaknya mahu menaip perkataan itu...haih~

errmm...aku tidak gemar begini...komunikasi antara peminat dan artis tiada...hanya di laman sosial sahaja kalian dapat berinteraksi dengan orang yang selama ini kalian perlukan...mungkin kalian masih tidak sedar...tidak mengapa...Insyaallah...suatu hari nanti terbuka hati kamu wahai artis..

ini mungkin pendapat aku sebelah pihak...aku tidak menuduh sesiapa...tetapi jika ada yang terasa...maaf..tiada niat...hanya mahu meluahkan apa yang terpendam selama ini...Terima Kasih...



haih~

Masa kecil 2

Kisah kedua pula...

sedang asyik berbasikal..di kawasan taman perumahan yang majoritinya Cina...sudah mesti ada anjing...

berbasikal ke hulu....ke hilir...pusing-pusing...senang hati...

tiba-tiba..

Wolf!! wolf!! Wolf!!

haih~ terperanjat beruk aku dibuatnya tahu?

ingatkan apa lah kan...aku pun membuka kayuhan 1000...mengayuh basikal selaju mungkin...

tetapi

kepala toleh kebelakang...mahu melihat jarak anjing dengan aku...punya lah takut...kayuh sudahlah laju...mata lihat kebelakang pula...haih~

mujur tiada kereta waktu itu...

sudahnya...bercumbu aku dengan pokok....basikal entah ke mana....

huwaaa...sangat sakit tahu???

tapi tu lah kan..bila kenang kembali...semuanya menjadi kenangan terindah untuk masa sekarang...masa kena...memang sakit...luka berdarah...sakit...tetapi semakin menginjak dewasa...kenangan seperti ini yang selalu bermain di fikiran...

*SENYUM*



kamu pula bagaimana??

Masa Kecil 1

Sedang menjamu selera tengahari tadi...tiba-tiba secara tidak sengaja..bercerita tentang perihal masa kecil...

cerita aku (1)

pada umur berapa ya?? aku sendiri sudah lupa...tapi perkara ini memang masih segar dalam ingatan aku...Dekwan mahu belajar menunggang motosikal..aku dengan yakinnya dan rela hati mengajar dia...pada mulanya memang agak kekok...lama kelamaan...biasa sahaja...dia sudah pandai mengawal motor...

aku pun dengan bahagianya melihat pemandangan sekeliling...

tiba-tiba...

dengan tidak semena-mena...Dekwan memulas minyak...dan secara otomatiknya..motor laju ke depan...dan tidak sempat untuk menekan brek (yela..kaki aku kan panjang) pendek lah!

makanya...kami berdua bertapa di dalam longkang..haih~

bukan lah reti sakit pun kan..gelak terbahak-bahak...sampai mahu pecah perut di buatnya...

alahaii adik...

setelah puas gelak...bergegas bangun...dan pulang ke rumah...sudah maghrib...jika tidak nanti ayah akan bertukar jadi singa@mengamuk...

sampai sahaja di rumah...kami mandi-mandi...dan berehat di dalam bilik..tidak menceritakan kepada mama dan ayah tentang perkara yang berlaku petang tadi...sudahnya kantoi juga...>!!

ayah : eh...mana mudguard motor nih???

kami 2 beradik...diam 1000 bahasa....*ketawa* (takut kena marah) kami kan berani...

Adam & Hawa

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

credit to : syok.org

Friday, March 25, 2011

Selamat Tinggal

Zizan Raja Lawak ft Dina

rasanya...sudah lama aku tidak kongsikan video bukan??

hanya ini yang dapat mencuit hati aku..

pertama kali tengok...tergoda terus...

sangat-sangat menyentuh perasaan...

walaupun pendek..tapi isi video klip sangat padat...

terus terkesan di hati..tahu???



tengok la

Thursday, March 24, 2011

“CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL"

So sy terangkan syarat2 nye..

1) Mestila folower sy , yg blom jd folower-sila folow sy ea. - DONE

2) Wat entry bertajuk “CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL" - DONE

3) Letak banner spt diatas dalam entry itu dan link twos ke entry ini. - DONE

4) Letak pic anda memakai tudung; TAK KISAH..PAKAI TDG BAWAL PUN OK..janji kemas, simple, dan tudung yang korang suke pakai. =)

DONE

5) Bagitau serba sedikit nape anda suke pakai tudung spt dalam gambar .

suka pakai tudung ini adalah kerana tidak perlu digosok dan sesuai dengan semua warna baju dan jenis pakaian yang di pakai..! - DONE

6) Second last, tag at least 2 kwn anda

sahabat baik

dieabella

7) Lastly, tinggalkan link entry anda di comment entry ini ok..senang sy nk terjah.

HMM @ Hikayat Merong Mahawangsa

Selesai urusan di Temerloh...

aku dan Dekwan...pulang ke KL...

dalam perjalanan...
aku : wayang mahu>?
dekwan : ok juga
aku : HMM?
dekwan : haa...ok...

dalam perjalanan, aku melihat website GSC da TGV..

niat di hati mahu menonton di The Mines...apakan daya...cerita itu hanya ditayangkan pada jam 7malam...

terusnya ke Alamanda sahaja....

sinopsis terus la...

Mengisahkan seorang anak gelandangan bernama Merong Mahawangsa...di tahan di Goa..kerana membawa lari anak dara yang berketurunan Raja di Goa...akhirnya Merong terlepas dari hukuman kerana berjaya menewaskan orang kuat di Goa...
google
Dalam masa itu, Rom dalam perjalanan ke China untuk mengadakan perkahwinan Putera Rom dan Puteri China...tetapi malangnya...2 daripada 3 kapal, karam...akibat ribut di tengah laut..makanya..pihak Rom singgah di Goa untuk mendapatkan bantuan..malangnya Goa tidak percaya kepada Rom..

Putera Rom...suka dengan karakter Merong...lalu mengajak Merong untuk membantu baginda...mereka meneruskan perjalanan...berjumpa dengan Laksamana China di sebuah pulau yang tidak bertuan...setibanya mereka...mereka disambut baik oleh China..

Pada malam itu, Puteri China cuba untuk melarikan diri..dan akhirnya terserempak dengan Putera Rom..perkara yang mereka takuti selama ini, iaitu tidak mendapat kebebasan selepas berkahwin...tidak menjadi kenyataan..kerana mereka mempunyai dan mahukan cara hidup yang sama...akhirnya mereka jatuh cinta...
google
Keesokan harinya..mereka diserang oleh Geruda...Geruda sangat jahat dan kejam...ramai yang terbunuh...yang terselamat hanya Merong, Putera Rom dan Laksamana China...Puteri dan inangnya..di culik oleh Geruda...

Merong diselamatkan oleh pawang yang bernama Pak Kesum, dia mempunyai seorang anak bernama Embok..sementara menunggu luka Merong sembuh...Pak Kesum ada bercerita mengenai asal usul Geruda...akhirnya Merong dapat tahu..mak dia, Lang..sudah mati di tangan Geruda...
google
Kata Pak Kesum, "2 kampung berpecah belah, jika disatukan pasti dapat menentang Geruda"..setelah sihat...Merong berguru dengan Pak Kesuma...mengetahu syarat dan pantang larang kampung yang satu lagi...akhirnya Merong di tabalkan menjadi Raja di Negeri yang di beri nama Langkasuka...setelah berjaya menewaskan orang kuat di kampung satu lagi...

Mereka menyiapkan diri dan kelengkapan yang perlu untuk menentang Geruda...dalam pada itu...sampailah Rom dan China yang memerlukan bantuan Merong untuk mendapatkan semula Puteri China...

Tibalah masa...menentang Geruda...Ketua Geruda dan anak muridnya kebal dek kerana tangkal...tangkal anak buahnya dapat diambil, hasil usaha Puteri China...

Mereka berlawan dan hampir menang...tetapi malangnya...tentera Geruda masih ramai...dan mereka tidak mampu untuk menang...dalam pada itu juga...tentera China dan Rom tiba...akhirnya Geruda dapat dikalahkan..

Anak murid Geruda mati di bunuh oleh Merong...Laksamana China mati di tangan anak murid Geruda...Putera Rom dan Puteri China terselamat...
google
Hampir meraikan kegembiraan...Merong di tikam dari belakang oleh Ketua Geruda, Taji...

Mak Merong selalu berpesan...
"sampai masa tibanya waktu, redup hati kamu berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"

akibat di tikam dari belakang...maka Merong menikam menggunakan senjata yang sama untuk membunuh Taji...mereka mati bersama dengan satu senjata yang sama...

fuhhh...

sekian sinopsis aku...



bila mahu>?

Tuesday, March 22, 2011

Bolehkah kalau begini???

entah lah kan...

2 3 minggu kebelakangan ini...
segalanya tidak betul...
segalanya berpusing 360 darjah...
segalanya menjadi tidak betul...

aku???
manusia juga...
ada buat salah...
semua manusia buat salah...

aku???
mahu perli memperli...
memang aku tidak pandai...
paling tidak aku hanya mendiamkan diri...
itu jalan yang terbaik...

sebab aku sedar....tahap aku berada di mana...
aku tidak setinggi mereka...sebagus mereka...

terkadang...apa yang kita perli pada orang...
akan berbalik pada kita tanpa kita sedari...
sebabnya..semasa memperli...kita akan rasa...
diri kita yang TERBAIK...
kerana berjaya membuat sekeping hati yang bergelar kawan....
terluka ataupun terasa...

tidak mengapa...dunia milik DIA...
balasan secara tunai...

persahabatan yang telah aku jalinkan...aku akan jaga dengan sebaiknya...mungkin di sini bukan tempat aku...mungkin aku memerlukan suasana baru...Ya Allah...beri lah hambamu ini peluang untuk merasakan suasana baru...yang lebih baik dari yang sedia ada jika aku layak untuk memilikinya...



teras hati tahu??

Monday, March 21, 2011

Terima Kasih Ekin

Sent from Nursha's BlackBerry®

Friday, March 18, 2011

Kuari JKR Kg Awah


jam 654 pagi..aku sudah terpacak di pejabat..menunggu bas..kali ini bukan aku yang menguruskan lawatan ini..pelajar yang uruskan...

memang terbaik..bas lambat..aku diamkan sahaja...bos bising...aku? buat tidak tahu sahaja...

sudah la janji dengan kuari jam 9pagi...pelajar itu pula tidak memberitahu pihak kuari atas kelewatan mereka tiba...aku? diam sahaja...

tengahari buta..matahari terpacak atas kepala...jalan-jalan dalam kuari..sangat seronok tahu???

haih~~

oohh ya...ini rakan aku..Zura nama dia..peneman aku semasa ke sana...

jam 6petang tiba semula di pejabat...balik ambil makcik..

haih~ terlalu banyak perkara yang membuatkan aku marah berlaku...hurmmm...tetapi aku diamkan sahaja..mereka yang uruskan...mereka buat lah sampai habis...


Sent from Nursha's BlackBerry®

Thursday, March 17, 2011

Stoking Pink!!

haih~~

semalam...satu hari aku berada di makmal...


membuat kerja...apabila berada di makmal..perlulah memakai kasut..apabila memakai kasut..perlu jugalah memakai stoking kan???

makanya...aku pakai la..sehingga sampai di rumah..sementara menunggu Dekwan sampai...aku buka lah kasut...tinggalkan stoking..dan pakai selipar biru...


Dekwan sampai..terus la pergi makan..orang sekeliling pandang, jeling, pandang tidak puas hati..ape kes!!


aku pun buat tak reti sahaja...

selesai makan..aku pergi isi minyak kereta...turun bersama Dekwan...lagi orang pandang-pandang..senyum-senyum...kenapakah???

...sekali aku tengok...


tu diaaaaaaaaaaaaaa....stoking aku menyerlah sungguh warnanya...haih!~~















comel kan?

Arak?? Air Tin??




sudah tengok gambar?

aku cukup tidak gemar apabila ianya di susun begini..

bukan apa...jika seperti kita...dewasa..dapat membezakan...

jika kanak-kanak??? mereka dapat bezakan..mana yang boleh mana yang tidak...

hendak menjual tidak salah...tapi minta di asingkan...jangan letak berdekatan dan bersebelahan begini...

kecewa...rakyat Malaysia beragama Islam...tidak peka dengan perkara macam ini...

patut la budak-budak sekarang semakin maju ke hadapan..kalah aku...

haih~




betul kan?