~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Thursday, September 30, 2010

Segan nk shout....???!

malas mahu bercerita kisah malam semalam...baik aku lupakan sahaja...lagi diingatkan...lagi sakit kepala aku dibuatnya....

bercerita mengenai hari ini...pagi tadi aku telah menerima email dari seseorang yang berada di U*P....*ketawa* masa itu aku sedang bersarapan pagi sambil membelek email..kalau-kalau ada email yang baru aku terima....ada satu yang menarik mata aku..untuk terus membaca kandungannya....

kandungan email...

Salam sha...
bleh pass No Phone you tak??? no aritu tah letak mana ilang plak.... search internet jumpe blog u tapi segan nak shout kat situ...ekekekeke

aku hanya mahu letakkan salinan ayat tersebut...jika aku menempelkan skrin cetak maka akan keluar alamat emailnya...tidak rajin pula aku mahu memadamkan apa yang patut...

sedang membuat tugas rasmi...terselit pula satu kisah lucu tersebut...sedang bersarapan mahu menjerit juga aku...tersedak jugalah dibuatnya...*sedang makan roti ketika itu*....setelah membaca ayat tersebut.....*ketawa*

rupa-rupanya setelah aku kaji sendiri...barulah aku perasan...jika aku meletakkan nama penuh aku di ruangan carian Google...maka akan terteralah alamat blog ini..tersergam indah juga...*mahu ketawa lagi*....

tapi tidak mengapa...itu juga salah satu cara berkomunikasi..dalam tugasan rasmi juga tidak salah bagi aku..jika ada gurauan sebegitu...



tiada apa yang mahu diperkatakan...

Wednesday, September 29, 2010

Aku perlu M.A.R.A.H..?

baiklah biar sahaja aku ceritakan masalah yang aku alami sejak hari isnin yang lalu....

pada waktu ini aku sibuk menguruskan borang penyertaan bagi universiti yang terlibat dengan pameran, BIS 2010 yang akan berlangsung di London.

Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran akan aku uruskan sambil dipantau oleh bos aku....universiti lain tiada masalah bagi aku, cukup senang dan mesra dengan aku....tidak kira semasa di talian tetap ataupun email....aku cukup selesa dengan berurusan dengan meraka....

Tetapi yang menjadi masalah bagi aku sekarang adalah berkenaan dengan satu universiti ini...sudahlah tidak mesra...malah bercakap dengan nada yang tinggi sahaja...tambahan pula aku tidak boleh bercakap dengan orang yang suka bernada tinggi...secara automatiknya aku akan jadi takut...

dari hari isnin yang lalu sehinggalah hari ini, masih belum selesai masalah dia...sudah aku siapkan invoisnya...tapi mahu pula di tukar dengan kadar tukaran syiling 5.**sedangkan bos aku menyuruh aku menggunakan nilai 5.**...tapi itu tidak menjadi masalah...kerana bos aku menurut kehendak universiti tersebut...

sudahnya...ada berlaku kesilapan lagi....nilai yang aku masukkan salah pula...ya..aku mengaku,itu silap aku...sudah aku emailkan semula pada jam 820am...tengah hari tadi, dia menghantar pesanan ringkas kepada bos aku untuk menyatakan kesalahan tersebut...selesai solat..bos memaklumkan pada aku...

banyak penyertaan yang aku uruskan...tentunya akan berlaku kesilapan...tegur secara sopan sudah pasti tidak akan mendatangakan masalah ini.....

perbualan aku bersama bos :

bos : sha, apa lagi yang tidak kena dengan U*M ini...? Apa yang salah lagi..?
aku : sha salah masukkan nilai invois...tapi sha sudah mengahantar invois yang baru..mungkin dia masih belum membaca emailnya...
bos : ok..banyak betul yang tidak kena dengan U*M ini...saya pun tidak faham...

aku balik ke bilik aku...semak email..masih tertera nama yang sama...apa lagi yang tidak kena dengan kehendakmu wahai Prof. *****.....hurmmmm.....

aduhhhh...panas betul hati aku...bila mahu selesai masalah ini...

cepat lah terbang ke London..jangan menyusahkan hidup aku lagi....



asyik tertidur sahaja sejak kebelakangan ini...
mengapa ya..??

Ohh...Ya...

sedang aku berjalan di dalam blog sendiri..baru aku perasan. Tiada langsung tampalan hari raya...ish...ish..ish...raya juga sudah hampir sampai ke penghujung...tetapi..sekeping gambar pun tiada....kesian betul pada diri aku ini...

ohh...ya..

baru teringat..gambar semuanya ada di dalam komputer riba En.Murizan...tapi tidak mengapa aku cuba lihat di dalam hp N95 aku yang sudah rosak itu...mana la tau..masih ada lagi gambar-gambar di dalamnya..mungkin juga sempat untuk aku selamatkan..

dapat lah kalian melihat aksi-aksi yang kurang sopan dari aku di pagi Syawal...*ketawa*
(tidak mengapa kan walau terlambat)




mana gambar pakai songkok tinggi 5 inch.....>???

Tuesday, September 28, 2010

~Lagu~ Kalau Berpacaran

untuk merehatkan seketika otak dan juga badan yang semakin lesu kehilangan tenaga dek kerana bertungkus lumus menyiapkan kerja tadi...maka...aku layan lagu ini buat seketika...



bila dengar sahaja lagu ini di radio...aku sangat tertarik dengan lirik nya..memang cakap terang-terangan...mahunya siapa jua akan terasa..*ketawa*

aku sediakan liriknya juga...

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



so amacam? *ketawa*

Tea Break - Kena maki di pagi hari...

Ya...aku sangat sibuk pada hari ini...untuk menguruskan dokumen bos aku..semakin dekat tarikhnya...semakin sakit kepala aku di buatnya...huh....penat sungguh..

ini dapat aku mencuri masa seketika...sebab sedang menunggu panggilan telefon dari dia...bos...boleh tak cepat sedikit telefon sha semula..ini kerana masih banyak kerja lain yang sha perlu lakukan...

mahu berkongsi sedikit kisah yang berlaku di pagi hari tadi...

lebih kurang jam 815am aku menelefon seorang Professor ini...tidak semena-mena aku di herdik...terkesima aku seketika...aku menelefon hanya di suruh oleh bos untuk meminta pengesahan berkenaan penyertaan beliau ke London...tetapi...ini yang aku perolehi...

oleh kerana pagi-pagi hari telah mendapat habuan sebegitu...sampai ke sudah...perasaan aku masih lagi tidak stabil...

ooohh..manusia...tau lah aku engkau berpangkat tinggi...tetapi jangan melayan orang sedemikian rupa...hurmmmm....*sayu*


terima kasih kerana bersimpati
terhadap saya malam tadi...*senyum*
saya memang begitu...sejak dari
dahulu lagi...jangan risau...

Monday, September 27, 2010

Cerita Basi - 2

kali ini hendak bercerita pula pasal kenduri kawen...

kenduri berlangsung di negeri sembilan...dekat sangat dengan kampung aku...Labu....alamatnya sudah aku lupa...ini sahaja gambar yang ada...

gambar tidak banyak...jadi aku sekali kan saja...mudah kerja aku...

oohh...macam itu rupanya jika aku duduk di atas pelamin...comel juga....*ketawa*

tapi perlu dikecilkan sedikit di bahagian pinggulnya...baru nampak cantik...mungkin memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan bentuk badan yang di idamkan...

gambar ada sedikit sahaja..apa orang kata...buat syarat..jadikan bukti yang kita pergi ke tempat tersebut...

ada kisah semasa mahu berangkat pulang...kami mendapat bag yang berisi kuih muih dan gula-gula...tapi aku tidak dapat bunga..sedangkan yang lain dapat bunga...jadi dengan muka tidak tahu malu...

aku dengan slumbernya...pergi berjumpa semula dengan mak ida...

aku : makcik sha nak tukar boleh...??
mak ida : kenapa...??
aku : sha punya tak ada bunga macam diaorang tu....sha nak yang macam tu..?
mak ida : haaa...sha ambil yang ini....
aku : terima kasih makcik...

*ketawa*

kenapa aku perlu bersikap sedemikian rupa...hurmmmm....

malu aku...dengan orang ramai nya...aku boleh pula buat perangai macam itu...

mujurlah rakan-rakan memahamai...kalau tidak bertambah lah lagi malu aku ini...

thnx dude...

pppssstttt....pemandu kacak yang membawa kami ke kenduri ini....heheheh...



tak marah kan....??? (puji orang lain kacak) *ketawa*

Cerita Basi - 1

banyak yang ingin aku kongsikan...gambar juga telah lama tersimpan di dalam folder masing-masing cuma tunggu masa untuk di sunting dan di siarkan di sini....

aduhhhaaii...masih juga tidak elok picnik ini...urmmm...mengganggu perasaan aku betul lah..>!

kali ini mahu menceritakan berkenaan...Kuantan...

pada 20 dan 21 September 2010...aku dan bos ada membuat kajian di sana...jadi lihat sahaja gambarnya...

disebabkan menanti gambar yang untuk disunting terlalu lama...jadi aku terangkanlah satu per satu berkenaan gambar di atas...

gambar yang ini...di hotel..nombor bilik aku 406...huhuhu...masih aku ingat...bilik sangat selesa...bilik air pula..buat aku tidak mahu keluar saja....lihat saja dekorasinya...pemilihan jubin sangat bersesuaian...nanti rumah aku...hendak buat begini juga la...bole???>

jujur aku katakan...aku sangat merindui bandar kuantan...sesampainya aku di kuantan....perasaan aku sangat teruja...melihat jalan-jalan yang sering aku lalui 5 tahun yang lalu...sungguh terharu rasanya...ermmmm...

begitu juga dengan JKR Kuari Bukit Penggorak....aku merindui tempat tersebut di mana aku di dera supaya menyiapkan projek akhir...semasa menuntut di Polisas....

gambar yang ini pula...semasa menjalankan tugas....dari jam 300pm sehingga 600pm...semuanya sudah mengaku kalah...kerana penat tidak terkata...aku? tidak lah penat mana...sebab asyik sibuk mengambil gambar....

ok....dek kerana picnik..memang sangat sukar untuk digunakan...makanya...ini sahaja gambar-gambar yang aku letakkan di sini...tidak larat mahu menunggu....

sekian...cerita basi 1...nantikan pula ceeita basi 2...


hurmmmm...nothing to say....>>>

Sunday, September 26, 2010

Mahukan Yang ini...sempena hari lahir ku...

dengan tidak disangka-sangka telefon bimbit yang aku gunakan sekarang iaitu model nokia N95 telah rosak...sudah berjanji dengan mama akan menggunakan telefon bimbit itu selama 5 tahun...apakan daya...telefon bimbit itu sekarang baru berusia 2 tahun dan telahpun sampai ajalnya...

hurmmmm...

aku sudah pergi ke kedai telefon bimbit bertanyakan harga yang perlu di bayar jika mahu membaiki telefon itu...rm 150 sahaja...aku tidak ada masalah untuk membayar dengan harga itu...tetapi bila di fikirkan semula...mungkin sahaja setelah beberapa hari menggunakan telefon bimbit yang telah dibaiki ianya akan rosak semula...

aduyaiiiii......

tidak ingat pada waktu bila...selepas maghrib...duduk bersantai...sambil menonton televisyen...tangan aku mencapai akhbar...mahu menyelak muka suratnya...dapat di baca..sementara televisyen menyiarkan iklan sedang waktu berita disiarkan...

tiba-tiba...aku terpandang iklan telefon bimbit...aku jatuh minat...iaitu nokia E5...aku memang meminati nokia sejak dari mula-mula aku mengenali telefon bimbit...pernah sekali aku menggunakan sony ericson...hanya beberapa bulan sahaja...aku menukarkannya kepada nokia semula..tidak serasi gamaknya...

lantas hati sudah terpaut dengan model tersebut...4 5 hari selepasnya..aku bersama rakan...pergi ke kedai telefon bimbit..untuk melihatkan harganya...rm850..original set...hurmmm...murah bagi aku.....tetapi masih tidak mampu untuk memlikinya dalam masa yang singkat ini....tapi aku perlukannya...

hurmmmmmm..

aku perlu mengumpul wang untuk mendapatkan telefon bimbit e5 itu....memakan masa beberapa bulan...

rakan-rakan yang mengenali...harap dapat menghubungi aku....kerana senarai nombor kalian telah hilang akibat kerosakan telefon bimbit yang aku alami...

hari lahir aku akan menjelang tiba tidak lama lagi...ada sesiapa mahu hadiahkan ini....??? aku amat menginginkannya...


mahukan hadiah ini....jika boleh...

Thursday, September 23, 2010

Sibuk

hurmmm....pada petang ini..baru sempat aku melayari blog...kerja terlalu banyak sehingga tiada masa untuk melepak seperti biasa...

bos aku akan pergi ke London selama 4 hari...jadi aku perlu menyiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk pameran nanti...alhamdulillah pada hari ini 70% sudah siap...

masih menunggu maklumbalas dari universiti lain yang mengambil bahagian di dalam pameran ini...harapkan semuanya berjalan dengan lancar...

banyak perkara yang aku ingin kongsikan bersama...tetapi apa kan daya..masa sangat mencemburui aku...gambar juga sudah lama tidak aku kongsikan..dek kerana masih mencari masa dan laman web yang sesuai untuk menyunting gambar...

aku tidak minat menyunting gambar melalui perisian...aku tidak suka...lebih selesa dengan hanya menggunakan laman web dan di sunting secara atas talian....lebih mudah bagi aku...tidak perlu aku beratkan komputer aku dengan benda-benda sebegitu...

tapi tidak mengapa...mungkin 3 4 hari lagi akan aku cari laman web yang sesuai dan mesra pengguna...harap bersabar ya...!!



maap kerana tertidur malam tadi...
tidak sempat untuk mengucapkan
selamat malam...keletihan masih
terasa sekembalinya dari kuantan...

Wednesday, September 22, 2010

MARAH...!

haaaaa....ini yang membuatkan aku hendak naik angin....selalu kalau hendak meletakkan gambar didalam blog...aku akan membuat sedikit tanda untuk menyatakan gambar itu kepunyaan aku...aku selalu menggunakan www.picnic.com...

sekarang...picnic tersebut tidak boleh digunakan lagi...apa sebabnya aku pun tidak pasti...bila aku menggunakan komputer lain untuk mengakses laman web tersebut...boleh saja...tetapi apabila menggunakan komputer aku..yang keluar...restart picnin..please clear your browser cache...

aku telah melakukan seperti yang diminta...hasilnya...tetap sama...ini telah menaikkan sifat amarah aku...huh...!

ada sesiapa tau laman web lain yang boleh digunakan untuk menyunting gambar...???

aku tidak mahu software...tidak rajin untuk memasang dan segalanya...




boleh tolong saya?

Kembali Bekerja

salam semua...

hari ini aku kembali menjalankan tugas seperti biasa..cuma kali ini waktunya sedikit awal daripada biasa...kerana bos telah meminta dokumen yang perlu untuk di bawa ke mesyuarat....

setelah semuanya selesai...

aku bersendirian di bilik...memikirkan semula perjalanan aku selama 2 hari di Kuantan...perkara pertama terlintas di dalam fikiran aku...DOUBLE STANDARD...

ya...aku tahu...aku hanya berpendidikan Diploma lepasan politeknik...bukan macam mereka semua yang masing-masing sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master dan PhD....tapi...mengapa wujudnya double standard itu...

entah la..tidak mahu berfikir panjang mengenai perkara tersebut...kerana hanya akan menyakitkan hati aku...

agaknya jika tiadanya aku bersama kalian selama 2 hari yang lepas...urusan kerja kalian tidak akan selancar ini...jadi nasihat aku...

jika berada di suatu tempat yang tinggi
jangan lupakan orang yang di bawah
ini adalah kerana
jika tiada orang di bawah
maka orang yang tinggi tersebut itupun tiada...

bukan semua orang yang berjawatab tinggi mampu melakukan kerja-kerja orang bawahan...

ye aku rasa terhina dengan layanan tersebut..

gambar akan lampirkan di post yang lain..



teramat letih....

Monday, September 20, 2010

Tiada

KE KUANTAN SELAMA 2 HARI..

X BAWAK LAPPY...

Saturday, September 18, 2010

RINDU

........rindu......
rindu datang bertandang tanpa ku pinta

merindui sesuatu
merindui seseorang
merindui suasana
merindui segalanya

tatkala seorangan di kamar
mata sukar dilelapkan
tatkala mata tidak mampu lena
rindu meneman di kala sepi

kadangkala...
aku rasa sakit teramat sangat bila rindu
menjadi teman sejati
aku rasa sakit kerna tidak mampu melempiaskan
rindu itu
aku rasa sakit terpaksa pendamkan rindu

rindu perasaan yang mesti ada di dalam jiwa
setiap insan yang bergelar manusia....


rindu kamu juga....

Friday, September 17, 2010

aku diam saja

malam tadi aku dan si dia menonton wayang...cerita yang kami tonton ialah senario asam garam...hurmmm...mahu buat sinopsisnya pun aku tiada ingin...apatah lagi untuk bersembang mengenainya...jadi aku diam saja...

mud beraya masih ada...cuma tiada tempat mahu di tuju...jadi aku diam saja...

kerja yang tertangguh semasa cuti....membuatkan cuti aku tidak setenang orang lain telah aku sempurnakan hari ini...dapatlah aku menghela nafas lega...tiada yang mahukan pertolongan ku...jadi aku diam saja...di bilik sendiri...

ramai sahabat, rakan dan taulan...menanyakan status aku...sama ada masih keseorangan ataupun sudah berpunya...jadi jawapan yang tepat aku berikan....aku diam saja...

cuaca dingin menular dalam perhubungan aku...tiada apa yang dapat aku lakukan...tiada apa yang aku mahu lakukan...jadi aku diam saja...mengikut arus perubahan masa yang setiap saat berubah...

perbualan dengan seorang teman melalui YM..

teman : sha....rindu kamu sangat2...selamat hari raya maaf zahir dan batin...
aku : ya atul...rindu kamu juga...selamat hari raya maaf zahir dan batin kembali...macam mana duduk di hospital selama 1 malam...?
teman : ok saja...tiada masalah...cuma...tapi...
aku : kenapa?
teman : MA yang jaga saya tu kacak la..
aku : laaaaa...budak ni
teman : sha...tau kawan kita seorang dh bertunang
aku : ya...ada juga dengar cerita
teman : saya tengok di FB dia...tunang macam tua sahaja...macam laki orang
aku : biarkan lah..sudah jodoh dia..

aku pergi meninggalkan untuk menyelesaikan tugas ku....(aku diam saja)



terima kasih sebab belanja malam tadi...

Wednesday, September 15, 2010

aku bekerja

motif bekerja arini -->

1. selesaikan transport utk bos aku. DONE
(talipon x leh gune...aku dh nek ats td...nk jumpe owang...tnye psl menda nie...tp sekoq pon x de...dah tu cmne...aku kne nek lg skali la...?) aku x ske jumpe2 owang ni

2. hotel DONE
(telah aku selesaikan smlm...call saje....seb la KC tu baek)

3. Invoice untuk pameran antarabangsa BIS 2010(LONDON) kire DONE la
bos tanye.....

Bos : ari jumaat u kerja kan?
aku : x tau la bos...rasanye nk p temerloh
Bos : ohhh ye ke? ermmm...
aku : aah
Bos : x pe la...kite try settle sume arini...KALO bole (aku suke ayt nie..sbb aku tau x kn bole)
aku : oraiit...tp bos ptg nie sy p temerloh anta adek..
Bos : ohh...ye ke...
aku : yes
Bos : ok..x pe la...kite try siapkan arini..
aku : OK

4. File2 pameran antarabangsa
(perlu diserahkan pada bos...dia nk cek...)

sebenarnya perasaan hendak kerja masih tiada lagi dalam hati aku...cuma perasaan aku kini sedang berbelah bagi..mahu mengikut pn.jamaliah dan en.murizan ke temerloh...tetapi masih ada kerja yang belum di selesaikan....masih ada kerja yang tertangguh....

en.murizan bersuara...pergi la kerja...selesaikan tanggungjawab..itu amanah...makanya...ada lah aku di pejabat hari ini walaupun pejabat utama masih lagi gelap...hurmmmm...

insyaallah kalau kerja selesai...aku akan pulang ke Labu pada tengah hari ini..untuk menjenguk en.murizan dan pn.jamaliah dan adik-adik berangkat ke Temerloh...

khamis aku bercuti...
Jumaat aku bekerja semula...



terima kasih tolong malam tadi...

Tuesday, September 14, 2010

Road Tour Raya 2010

1st raya = Kedahdarulaman (Baling) -en.murizan village-

2nd raya = n9darulkhusus (Labu), -pn.jamaliah village-
baru smpi dr Kedah.

3rd raya = n9darulkhusus (Palong 3, Kuala Pilah, Sri Menanti)

4th raya = lepak di rumah.........(Labu),
pnt kot....mlm td smpi mah...kol 1 pg...


5th raya = lepak di rumah...hapdate blog....(Labu)

perancangan aku sebenarnye....nk p i-city ng KLCC(petrosains)

last2 x jadi....xtau nape...aku x brapa nk ade mud...(cian adek2 aku)

aku cume sempat bawak dowang p istana sri menanti...tu pun sbb dekat ng mah arwah moyang aku...kalo x...x berjalan la dowang....sowi yer.....adek2 aku....



sok owang dh stat kje....MaLa$$$$$$$$.....

Nursha Beraya

tahun nie...baju raya aku 6 pasang..

5 baju kurung...(tempah....sume singkat) --> aku menyampah

1 jubah...(xtau nape...tingin nk kai jubah)

gbr2 nye....baru pkai 2 helai...

diet aku...TOTALLY LOST....

aku x diet langsung...makan nasi...sehari smpi 3 4 kali...huwaaaaa...

pe nk jd nie....makin gemok la aku...

lengan dh nmpk berisi....cincin dh x muat...huwaaaaaaaaaaaaaaaa....

katakan tidak pada gemok.....aku x nk gemok...nti baju2 aku sume x muat....baju aku skg nie sume dah kecik2.....x nk la gemokkkk...nti baju kne bg kt owang...



mane gbr pakai songkok tgi.....?

RAYA 2010

disebalik kisah baju raya..memula pn.jamaliah dah amek warna purple gelap...pn.jamaliah amek size:

en.murizan = L
pn. jamaliah = XL
nursha = XL
dekwan = M
amin = 12
mimi = 12

last2 aku smpi je pendang...cube la baju raya...kene tuka...tang pungkoq x muat...dekwan plak bju nye beso..amin pon sama...mimi baju nye x muat pulak...

jadinya ms tu gk p SP(sg.petani), tuka baju....size aku xde...aku frust..xtau nk watpe..

bla....bla...bla....bla....blaaa.... (pn jamaliah settle sume)

DONE...bju kaler ini....



selamat ari raya

hapdate

hahahahahaha.....aku lame sudah tidak menghapdate blog ini...pg nie aku berpeluang menghapdate...ms blogwalking td...terjumpa satu blog...sgt ringkas dan agk kelakar...hahahaha....x tahan aku d wt nya...

sok dh stat kje..nk settlekn kje y x selesai sblm cuti...*nk cuti pon x senang*huh

lepas2 nie..aku nk cte psl road tour aku berhari raya plak...dan aku tempelkan gbr2 d hari raya.

sekian.



bile nk jumpe nie...wenduuuuus...hehehehe..

Friday, September 10, 2010

Penerbangan Si Dia Lewat

ini adalah tampalan melekat...sehingga si dia menjejakkan kaki di Malaysia...

lagi dugaan untuk aku hari ini...

aduhhh...lagi berita yang menggoyahkan jantung aku...dan mempercepatkan kadar pernafasan aku...


hurmmmm...dapat pesanan ringkas di telefon bimbit ku...

si dia : orang ada berita sedih ni...
aku : kenapa? apa berita yang tak sedap?
si dia : penerbangan di lewatkan....sebab debu Gunung Merapi dah sampai kat landasan kapal terbang....
aku : lewat berapa lama?
si dia : tadi MAS telefon...cakap dalam 1-2 hari...
aku : lama juga tu..mak sudah tau?
si dia : belum...esok baru beritahu...

di dalam hati aku..hanya Allah yang tahu...mahu luruh segalanya...risau...takut terjadi apa-apa yang buruk...

Ya Allah...jauhkan lah segala malapetaka dari si dia...selamatkan lah perjalanannya...

mohon juga kalian mendoakan keselamatan si dia...





hati orang sudah terasa berat dan tidak sedap...tidak tahu mengapa...ini yang akan terjadi rupa-rupanya...sabar lah..berdoa sebanyak mungkin...mintakkan jangan ada perkara yang buruk berlaku...

Tuesday, September 7, 2010

Balik Kampungggggg

Pada malam ini, aku akan berangkat pulang ke kampung halaman. Tetapi aku sendiri musykil mengapa perasaan aku tidak seceria selalu. Jika dahulu, akulah orang yang paling gembira untuk pulang ke kampung. Tetapi kali ini sungguh berbeza.

Mama ayah nantikan kepulangan kaklong ya..!

Insyaallah. Esok pagi akan tibalah kami di Negeri Kedah.

oh ya...KAMI (aku dan makcik)

Kalian, doakan keselamatan aku sepanjang perjalanan, moga sampai dengan selamat ke arah tempat yang hendak di tuju.



balik kampung dulu

Selamat Hari Lahir

hari ni...

7 September 2010...

birthday si dia...

jadinya...aku kat cnie...nk wish..

HAPPY BIRTHDAY TO HIM..

YANG KE 29....

nk wish byk2 pon...dlm card tu

dh pnjg berjela...



epi bday...

Monday, September 6, 2010

kad raya

heheheh...aku dpt kad raya...

boss aku bagi...

ms lepas2 bg kje td...dia bg...

nie la kad nye...


kalo tgk nme kat envelope tuh...sharihan...tu nme email aku...hahahha...dia selalu 4ward kje by email...tu y igt nme tu jer...ngeeee....

x pe doc...yang penting ikhlas...thnx to Dr.Ratnasamy Muniandy...
dpt jugak sha kad raya....


kad raya utk owang....x de ke...? Hurrmmmm

adiah bday si dia



bday dia...7sept...tp aku bg adiah awal...sbb nye mlm 7 aribulan tu...aku dh berlepas ke kedah...so x sempat la nk celeb ke...ape ke...

ni adiah bday si dia...si dia suke pakai porchbag...jadi aku belikan y nie...simple aje...hurmmm...x tau la suke x...jgn mulut je ckp suke...realitinye...x suke...hurmmm...


hope suke la...

5000 & 6000




nth laaaaa....

selamat hari raya

dalam keadaan yang xbape nk ade mud nieh...

aku nk ucapkan

selamat hari raya aidilfitri...


maap zahir dan batin...

kalo de terkasar bhsa...maap kan la..

tidak disengajakan tu...

hurmmm...

aku rasa bersalah sgt...sbb salah key in borang...
dowang2 nie sume nk p oversea tp mknn dowang
aku x booking HALAL...huwaaaaa....




x de mud la...
owang dh raya dlu...

Sunday, September 5, 2010

Ermmmmmmm

Kali ni aku bersiaran dari umh nenek aku di LBJ...balik cnie anta kete la...kalo tglkan kete mah makcik kang sape plak nk tgk2 kan kete tu...huhuhuhu...
smlm...si dia msg...
'oooo...ptt la x bg tgk poshbeg....huhuhuhu'...
so thats mean dia dh bukak adiah itu...ucapan terima kaseh aku terima...
hope suke la dengan adiah tu...aku x tau nk bg ape...nk pilih y cmne...aku men beli jer...
erm...skg nie aku dok pk...aku nk balik kajang cmne..huwaaaaa..xde sape nk anta aku...adoii la...



gune adiah tu sebaik mungkin..
tlg amek kat mah wan bole x...?

Thursday, September 2, 2010

Bau Rokok...???!

td lepas smyg...aku nek lift utk naik ke tingkat 6...dlm tu ade la 3 lelaki...2 owang pompuan termasuk aku..dan sowang bb...sowang laki dan sowang pompuan dan bb tu...turun di tingkat 4...

aku...turun di tingkat 6...sepanjang perjalanan dari tingkat 4 ke 6 tu...aku duduk dekat ng sowang pakcik nie...hurmmmm...kemusykilan aku muncul di situ...

ROKOK....????

bukan la aku nk sgka buruk kat pkcik tu...tp...owang y merokok...bila bulan pose...bdn dia x de la bau rokok kuat cm tu...hurmmm....

ps tu dowang sbuk sembang2...pns la...pose plak...nk byr zakat lagi...

kesimpulannya di sini...aku x nk simpulkan apa2...memasing dah beso...bole pk mne betul mane salah...



owang tu pose x?