~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Saturday, February 12, 2011

Akhirnya......HOSNI MUBARAK TUMBANG....!!!

Allahuakbar...Allahuakbar...

baru semalam aku siarkan cerita mengenai HOSNI MUBARAK ini..

akhirnya..dia terpaksa mengalah...

Alhamdulillah...


[BH] KAHERAH: Berikut reaksi pemimpin dunia sebaik peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir, sekali gus mengakhiri demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu selama 18 hari.

Amerika Syarikat "Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka...suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang," kata Presiden Barack Obama. "Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. "Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir," katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mahu proses peralihan kuasa di Mesir harus dilakukan dengan 'telus, lancar dan aman'. Beliau juga mahu melihat negara itu menjalankan proses pilihan raya yang 'bebas, adil dan berwibawa'.

Iran
"Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan," kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. "Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini."

Russia
"Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerjaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Reuters
P/s: Reaksi DCM: Semoga roh atau semangat rakyat Mesir itu berjangkit kepada rakyat di negara Islam yang lain.


kredit penuh : disini...

6 comments:

adan said...

semoga kerajaan mesir menggunakan sistem KHILAFAH..

nursha410 said...

insyaallah..

doakan yang terbaek buat mereka

zuhimi said...

jangan bersekongkol dengan israel lagi sudah...

nursha410 said...

mintakkn jgn la

Liyana Lunia said...

jahat kan dia T______T tapi kasihan lah kita bila kerajaann baru je berhabis duit bwk dorg balik msia, lepas tu dorg kene balik sne blik cz sana dh aman.w wuwuwuw

// wahh dh berjaya buat ehhh?congratss

nursha410 said...

x pe..yang penting rakyat kite selamat balik kat cni..semua ni kan kte x rancang...

pe y jd tu dh ketentuan dia...dugaan la utk pelajar2 mesir tu...

harapkan dorang tabah lah hadapi dugaan utk mndptkan ilmu ni..

liyana...berjaya wat ape eh???