~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Monday, May 30, 2011

Nur Kasih The Movie

errrr....bila ya pergi menonton cerita ini...bersama siapa lagi...si dia lah kan...teman setia kehulu kehilir...*ketawa*

dapat tempat duduk kembar 6...aku dan si dia hujung sekali...selebihnya perempuan...makanya...si dia la duduk belah dalam...(malu dia cakap)

sinopsis...

mengisahkan tentang kisah rumahtangga Adam dan Nur...Aidil dan anak-anak juga Bonda tercinta....

(adehhh..lupa...!!)
Adam masih bahagia dengan Nur...Nur disahkan mengandung...malangnya...dia keguguran...maka mereka membawa diri ke Jordan...
untuk Nur mencari ketenangan...semasa di Jordan...mereka mengalami kemalangan keretapi...Nur dan Adam terselamat....
tetapi cincin perkahwinan mereka...hilang....Adam segera kembali ke tempat mereka kemalangan....di carinya cincin...tetapi malangnya...tidak berjumpa...tiba-tiba ribut pasir datang ke arah tempat Adam...Adam sempat melarikan diri...tetapi mengalami kemalangan dengan kereta yang di pandu...Adam diselamatkan oleh 2 orang budak...

Dalam masa itu....Nur tidak keruan...hilang punca...tetapi masih tabah...dan berusaha mencari Adam..sehingga terpaksa memohon bantuan Aidil...usaha mereka mengalami kesukaran...Aidil menyarankan agar Nur berehat...di hotel...kerana dia di sahkan mengandung...tetapi Nur berdegil...tetap juga mahu mencari Adam...mereka meneruskan perjalanan...akhirnya mereka berjumpa dengan salah seorang budak yang menyelamatkan Adam...akhirnya Nur berjaya menjumpai Adam...mereka pulang ke Malaysia...

Adam dan Nur mempunyai sebuah sekolah swasta...mereka menguruskannya...Adam mengajar budak-budak yang kurang ilmu agama...supaya mereka berubah ke arah yang lebih baik....dalam pada itu Adam merasakan  kurang sihat...
sampai satu tahap...Adam jatuh sakit...masa inilah bermula konflik...Aidil mengambil alih tugas Adam...mengajar budak-budak di sekolah swasta itu...ada seorang pelajar lelaki yang rapat dengan Adam...(nama dia aku lupa) budak itu makin lama..makin berubah ke arah kebaikan...dia datang melawat Adam...dan menjadi penderma kepada Adam...

Ada seorang pelajar perempuan...juga seorang yang liar...teman lelaki dia....tidak menyukai apabila perempuan ini menghadiri kelas agama itu...setiap hari dia diugut....

satu hari...dia terserempak dengan Aidil dan ingin memberitahu suatu perkara...tetapi malangnya jadi pergaduhan...budak lelaki tadi yang kebetulan lalu di kawasan tersebut..cuba membantu Aidil...malangnya...dia terbunuh...
Aidil terselamat dan terus ke hospital...sewaktu itu Adam akan menjalani pembedahan...akhirnya semua kembali seperti biasa...

Aidil sering teringat kepada arwah isterinya yang terlibat dalam kemalangan kereta di perumahan mereka...Aidil sangat merindui arwah isterinya..mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata...lelaki dan perempuan....
Adam sihat seperti biasa...Aidil juga...anak-anak semakin membesar...mereka bahagia hingga ke tua...sampai juga ajal Adam di depan mata Nur...Nur pasrah...tetapi mengalami sedikit gangguan jiwa....
Aidil sentiasa berada di samping Nur...akhirnya...ingatan Nur dapat dikembalikan...sekian....


*gambar semua pakcik google*

hahahah...sikit sahaja sinopsisnya...mana yang ingat sahaja...tetapi lebih kurang itu lah...

sedih? tidak berapa...tetapi keluar juga airmata aku...

dari 5 bintang aku bagi 3.5 je...cukup la kan???



terima kasih kamu...

Monday, May 23, 2011

akhirnya...berjaya...

sejak zaman sekolah aku memang terkenal dengan kaki novel...tanya sahaja dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku...1 dorm masa di asrama sekolah dahulu...1 bilik semasa di POLISAS...1 rumah sewa sewaktu belajar di POLISAS dahulu...haih~ mereka semua sudah kenal dengan sikap aku yang asyik dengan novel..

apabila umur menginjak dewasa...masa aku juga semakin kurang...novel ada yang aku beli...tidak berusik walaupun sedikit...masih seperti baru beli...haih~ kesian novel itu...

ini bukti aku kaki novel :

agak-agak boleh baca tak? terbuktikan aku ni kaki novel...wani merujuk kepada aku... ;)

aku sudah ada novel Lagenda Budak Setan...aku beli semasa aku masih bersekolah...*terbaek* aku juga tahu ada sambungan untuk novel itu...iaitu Katerina...puas aku mencari...merata tempat..sudahnya...aku putus asa...aku biarkan sahaja...mungkin 1 hari nanti akan juga keluar keluaran yang baru..

akhirnya kesabaran aku berbaloi...

hampir 4 bulan aku membuat pesanan di MPH Alamanda...untuk buku Katerina...kisahnya aku boleh membuat pesanan ini...

*semasa itu heboh di panggung wayang kisah Lagenda Budak Setan..waktu itu juga baru aku tahu...selepas Katerina masih ada sambungannya iaitu Kasyah Lagenda Berakhir...;) aku dengan nekadnya mahu mencari 2 buah novel tersebut...pada waktu itu aku bersama Si Dia dan Ijat...pergi ke MPH Alamanda...malangnya..aku hanya dapat Kasyah Lagenda Berakhir.. ;( ada seorang pekerja MPH memberitahu aku supaya membuat pesanan untuk buku Katerina...pihak MPH akan cuba untuk mendapatkan buku itu...aku pun pergi membuat pesanan*
gambar ini dirakam oleh Ijat...sewaktu menunggu untuk membuat pesanan buku Katerina..

akhirnya...

petang semalam dapat panggilan daripada MPH Alamanda...menyatakan buku aku sudah sampai...dengan nekad mahu keluar seorang diri untuk pergi ke Alamanda...tiba-tiba dapat panggilan dari si dia :

si dia : buat apa?
aku : guling-guling
si dia : wahh..meriah...
aku : mesti la..tiada kerja...*ketawa*
si dia : kat bawah ni..
aku : hah! tipu..
si dia : jom keluar
aku : ke mana?
si dia : mana-mana je la..
aku : Alamanda boleh?
si dia : Baskin Robbins... okay..
aku : *ketawa*
si dia : dah..pergi siap..nanti orang sampai...
aku : kat mana tu?
si dia : KESAS
aku : baiklah...

berjaya jugak aku mendapatkan buku Katerina ini...tapi? bila mahu membacanya???? *sedih*



terima kasih sayang

Wednesday, May 18, 2011

Kongsi

cuti wesak semalam..aku ingat melepak di rumah sahaja...

tiba-tiba...

si dia : tinted mahu?
aku : bila?
si dia : hari ini?
aku : hah?
si dia : tak nak tak apa
aku : nanti saya datang
si dia : ok

choiii...

tak ada maknanyalah...tinted dalam panggung wayang je...tengok cerita kongsi...*gelak*

aku tak pasti...tak tahu macam mana mahu buat sinopsis cerita ini..yang mampu aku cakap hanyalah....kelakar yang tak berapa nak kelakar...cerita kosong...tiada plot...bahasa yang entah apa-apa...terlalu kasar...banyak yang di censored kan...itu sahaja yang aku mampu katakan...

aku kalau tengok wayang...aku mahu...

masuk nothing
keluar something

haaa...macam tu la...masa mula-mula masuk...tak tau cerita apa..bila keluar...baru tahu...macam Merong Mahawangsa...

tapi dalam Kongsi...aku tak dapat tu..

bagi sesiapa yang berkobar-kobar mahu tengok cerita ini..aku nasihatkan...lupakan sahaja..

dari 5 bintang...aku bagi 2..

huh..!

Aishiteru KAMU


sayang kamu..!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru



okay...
semua sudah lihat lencana di atas....ermm....kesemua lencana itu pernah ditampal, dijahit dan sebagainya di tudung aku...

aku pernah menimba ilmu di semua tempat yang tersenarai...aku berbangga kerana mempunyai banyak sekolah...dan mempunyai ramai guru...

aku akui, zaman persekolahan amat aku rindukan...apakan daya...manusia semakin dewasa...perlu tinggalkan sekolah dan membina hidup yang sempurna...

GURU;
tetap di sana menjadi penunggu yang setia di setiap sekolah...
menerima pelajar baru saban waktu...

kasih, sayang dan ilmu yang dicurahkan...
tiada bandingnya...
tiada kurangnya...

di sekolah...GURU sebagai ibubapa...

GURU;
mempunyai semangat yang tinggi...kesabaran yang tiada tandingnya....untuk menghadapi ragam pelajar...yang bukan sedikit bilangannya...tetapi tetap setia menjadi pengajar...

walau diherdik...
walau dicaci...
walau dimaki...
walau di benci...
walau hati disakiti...
walau perasaan di lukai..
walau apa sekali pun...

GURU
tetap menanti dengan penuh senyuman....
mendepangkan tangan...
menerima anak muridnya dengan penuh kasih sayang...

KINI,
adakah lagi GURU seperti itu,

Sukar untuk di temui...

aku harapkan..kepada bakal GURU...mengajar lah seikhlas hati...seperti GURU dahulu...kerana zaman sekarang pelajarnya lebih bijak dari GURU...
gunakan pendekatan sewajarnya...
bukan menggunakan kaki dan tangan... 
itu hanya akan meninggalkan dendam..

walau apa terjadi...
ilmu yang telah dicurahkan akan aku bawa sampai mati...

TERIMA KASIH GURU...

SELAMAT HARI GURU...


saya sayang cikgu saya lah!

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Mama

yeaayyeehhh...terlambat sudah....
tetapi tidak mengapa...di mukabuku sudah banyak ucapan aku untuk PuanJamaliah....
oooyeaahhh...
sayang mama ketat-ketat...
*ketawa*


ma, 


hendak buat ucapan sudah banyak di mukabuku...mama pun sudah membaca semuanya...makanya...tidak perlulah kaklong hurai panjang lebar bukan...ngeeeeh!


sekejap!


mahu kongsikan yang ini....


haaaaa...sudah lihat?????
sempena hari mama yang lalu...
telah aku gunakan nama mama untuk BBM aku...
*ketawa*




selamat hari mak...
untuk mak kamu juga ya..

MakCik Selamat Menjadi Isteri Orang

pada tarikh 1 Mei 2011...


makcik...sudah bergelar puan...lihat sahaja gambar-gambar yang ada...










selamat....


S.E.N.Y.U.M






kita bila???

MAAF

blog aku ini sudah berhabuk untuk jangka masa yang lama...tidak pernah aku meninggalkan blog selama ini...aku ada menjengah...tetapi tiada rasa mahu berkongsi cerita baru....tiada rasa mahu menaip...

banyak perkara berlaku sepanjang aku mendiamkan diri dalam dunia blog ini...antaranya ialah:

- Makcik kesayangan aku sudah selamat menjadi isteri orang
- Selamat hari Mama
- kehidupan aku yang semakin gembira
- hujung minggu yang di lalui bersama si dia dan rakan-rakan...

tampalan selepas ini akan aku ceritakan satu persatu...secara terperinci itu...tidaklah...hanya berkongsi apa yang ada...

apa-apa pun...aku mohon maaf kepada pelawat blog aku...kerana tiada cerita terbaru untuk kalian...selepas ini aku akan cuba untuk menjadi rajin seperti dahulu...*ketawa*