dan jugak yang 1 lagi...
Friday, January 27, 2012
Jom Shopping lagi...
dan jugak yang 1 lagi...
Monday, April 4, 2011
Anak Perempuan atau Anak Lelaki???
- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Monday, March 28, 2011
Adam & Hawa
Thursday, March 17, 2011
Arak?? Air Tin??



sudah tengok gambar?aku cukup tidak gemar apabila ianya di susun begini..
bukan apa...jika seperti kita...dewasa..dapat membezakan...
jika kanak-kanak??? mereka dapat bezakan..mana yang boleh mana yang tidak...
hendak menjual tidak salah...tapi minta di asingkan...jangan letak berdekatan dan bersebelahan begini...
kecewa...rakyat Malaysia beragama Islam...tidak peka dengan perkara macam ini...
patut la budak-budak sekarang semakin maju ke hadapan..kalah aku...
haih~
betul kan?
Friday, March 11, 2011
Al-Fatihah dan Maksudnya
sedang aku berjalan-jalan di blog tadi...tiba-tiba terbaca ini di blog Blue Riders....kisah dia panjang...tapi yang aku ingin ingatkan..hanya ini...MAKSUD AL-FATIHAH..
AYAT PERTAMA ;
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
AYAT KEDUA;
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
AYAT KETIGA;
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
AYAT KEEMPAT;
Yang Berkuasa di Hari Pembalasan
AYAT KELIMA;
Hanya Engkaulah Yang Kami Sembah, Dan Hanya Kepada Engkau Kami Memohon Pertolongan
AYAT KEENAM;
Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus
AYAT KETUJUH;
Iaitu Jalan Orang-orang Yang Telah Engkau Berikan Nikmat Kepada Mereka; Bukan (jalan) Yang Engkau Murkai dan Bukan Pula (jalan) Mereka Yang Sesat..
ermm...ada yang tidak hafal?
kamu?
Saturday, February 12, 2011
Akhirnya......HOSNI MUBARAK TUMBANG....!!!
baru semalam aku siarkan cerita mengenai HOSNI MUBARAK ini..
akhirnya..dia terpaksa mengalah...
Alhamdulillah...
Amerika Syarikat "Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka...suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang," kata Presiden Barack Obama. "Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. "Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir," katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mahu proses peralihan kuasa di Mesir harus dilakukan dengan 'telus, lancar dan aman'. Beliau juga mahu melihat negara itu menjalankan proses pilihan raya yang 'bebas, adil dan berwibawa'.
Iran
"Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan," kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. "Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini."
Russia
"Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerjaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Reuters
kredit penuh : disini...
Friday, February 11, 2011
Mesir 'MELETOP'
aku sangat tertarik dengan artikel ini...iya ramai yang sudah maklum akan krisis ini...tetapi aku tetap ingin berkongsi...
LIHATLAH DUNIA...
apabila ISLAM Bersatu...
Rakyat Mesir mengangkat tangan tanda bantahan ketika mendengar ucapan Presiden Hosni Mubarak yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen ketika berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Mubarak mencetuskan kemarahan apabila berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Naib Presidennya, Omar Suleiman tetapi penunjuk perasaan kecewa apabila menjangkakan pemimpin itu akan meletak jawatan selepas keadaan bertambah genting dua minggu lalu.
AFP melaporkan…
Kaherah: Pemimpin utama pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei memberi amaran semalam bahawa negara itu akan “meledak” dan meminta tentera supaya menyokong orang ramai selepas Presiden Hosni Mubarak enggan meletak jawatan.
Puluhan ribu rakyat berkumpul di tengah Kaherah Khamis, menaruh harapan supaya Presiden itu mengumumkan dia akan meletak jawatan tetapi sebaliknya mendengar bahawa Mubarak menyerahkan kuasa Presiden kepada Timbalannya, Omar Suleiman.
Mereka dijangka melancarkan tunjuk perasaan terbesar di Mesir hari ini bagi menuntut supaya Mubarak melepaskan jawatan dengan segera selepas dia menyerahkan kuasa kepada Suleiman tetapi enggan meletak jawatan.
Sambil menyifatkan ucapan Mubarak sebagai “penipuan” besar, ElBaradei memberitahu CNN bahawa penunjuk perasaan “amat marah” kerana apa yang mereka harap supaya Mubarak menyerahkan kuasa kepada kerajaan perpaduan akan membawa Mesir ke arah demokrasi.
“Tiada seorang pun rakyat Mesir yang bersedia untuk menerima Mubarak atau timbalannya. Apa yang saya bimbangkan kini akan mencetuskan keganasan,” katanya.
ElBaradei meminta pihak tentera supaya menyelamatkan negara itu daripada huru hara..
Kredit penuh : di sini...
*Ya Allah..kau bantulah saudara kami di sana...selamatkan lah mereka...bukakanlah hati tentera mereka supaya bersatu dengan rakyat untuk menumbangkan pemimpin yang angkuh itu..*
Tuesday, February 8, 2011
Arnab
berbakat,
senang didampingi,
rendah diri,
tidak sombong,
tidak mudah ditipu,
bercita-cita tinggi,
sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan.
Orang yang lahir pada tahun Arnab juga merupakan seorang yang :ramah,
keluar dan lebih menyukai menemani orang lain.
Mereka juga lebih memilih untuk menghindari konflik.
Dalam situasi konflik,
Arnab memberi pendekatan tenang dan dengan memberi pertimbangan untuk pihak lain.
Tahun: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999Kredit to : blog barang-barang lama
10 Tanda di Lamun Cinta
- Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu. Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas. Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya. Bagi yang masih belajar, byk assignment yang tidak/lambat siap keran asyik melayan perasaan.
- Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai. Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
- Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya
- Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam yang gelap supaya anda boleh menghubungi sidia sekadar mahu mengucap selamat malam.
- Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe. Tidak tidur pun takper.
- Anda dan si dia menjadi bayang-bayang-anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja
- Dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar dgnnya siang dan malam.
- Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.
- Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.
- Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dgn boyfriend lagi syok!
Kredit to : 10 Tanda Dilamun Cinta | MalaysiaSensasi.Net
aku tidak lah sampai begitu jadinya...masih boleh berfikir secara waras..ada lah 2 3 nombor yang kena pada aku... *senyum*
kamu bagaimana sayang?
Thursday, January 13, 2011
alamak....
aku ada menyalin tampalan info dari blog lain...
sudah di beritahu kepada tuan punya blog...
tetapi malangnya...
aku terlupa mahu meletakkan link blog tersebut di blog aku..
tidak aku kreditkan...alaahhaiii...
maaf sekali lagi...
sekarang sudah terlupa...yang mana 1 di ambil dari blog yang berkenaan...
takut bertukar...hurmm..
maaf sekali lagi...
lepas ni...saya tak kan lupa dah...
Monday, January 10, 2011
Air Kosong
1. Sejurus bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR.
2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN ataupun MINUM apa-apa untuk tempoh 45 minit.
3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Setelah menikmati sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apa untuk tempoh 2 jam.
5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas perlahan-lahan.
Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit/konstipasi (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. Tuberculosis (90 hari)
7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.
Monday, December 27, 2010
Jika Dahulu Begini...Tetapi Sekarang.....??!
sedang aku kebosanan melayan bila agaknya akan berahkir hari isnin ini...aku terjumpa senaskah majalah lama...MILENIA MUSLIM....oohh keluaran Disember 2009...hampir genap setahun majalah ini...
aku mengambil majalah ini kerana tertarik dengan tajuk "RM3000 masih tidak cukup, Fobia hidup di bandar besar"
hurmmm...tidak aku nafikan...sekarang ini perbelanjaan semakin meningkat...aku yang hidup bujang ini pun sangat terasa akan situasi tersebut..ini kan pula orang yang sudah berkeluarga....ermmm...entahlah...sampai bila-bila situasi ini tidak akan berubah...selagi tiada 'perubahan'...lakukanlah mana yang termampu...
tetapi kali ini bukan mahu bercerita tentang itu...mahu bercerita tentang tajuk yang mula-mula aku letak di atas...sekali pandang aku terus tertarik...terus membaca isi kandungan artikel tersebut...hurmm...aku setuju 101 peratus...
lihat sahaja situasi di sekeliling kita....
jika dahulu...
mak ayah menjegilkan mata...
anak-anak sudah bagaikan penyu...
mahu di sembunyikan kepala...kerana takut...
tetapi sekarang...
mak ayah menjegilkan mata...
anak-anak melawan..
malah lagi besar jegilnya...
jika dahulu...
sekali mak ayah cakap..
JANGAN...anak-anak..
tidak akan sama sekali melakukan perkara yang di kata JANGAN itu...
tetapi sekarang....
makin di larang...makin menjadi...
(sudah besar lah kononnya,mahu merasakan sesuatu yang baru)
jika dahulu...
mak ayah tunjuk sahaja rotan ataupun penyangkut baju mahupun tali pinggang...
anak-anak sudah menggigil ketakutan...
tetapi sekarang....
anak-anak lebih hebat...
sehingga sanggup menikam mak ayah sendiri...
jika dahulu....
bla bla bla...banyak lagi...tidak mampu aku tuliskan...
tetapi sekarang...
bla bla...banyak lagi...tidak mampu aku tuliskan...
bagi aku...
anak-anak sekarang terlalu manja...sehingga tidak boleh di tegur langsung...walau sepatah...masing-masing diberikan ilmu setinggi Universiti lulusan dalam atau luar negara...tetapi hasilnya tidak semenggah...hurmmm...malah lebih bijak dari mak ayah nya..
apakah mereka tidak ingat..dari mana datangnya duit untuk menyara mereka belajar...hasil titik peluh siapakah?? mereka hanya masuk ke kelas yang lengkap berhawa dingin mahupun kipas...tidak mengapa ianya cukup selesa untuk seorang pelajar...tidak langsung memikirkan sebarang masalah...bila tiada duit..telefon sahaja mak ayah...minta masukkan duit..kerana ingin makan...huh!...makan kah atau berbelanja sakan?
aku memang nampak situasi ini di sekeliling aku..tidak terkecuali adik-adik aku...hurmm..aku risau kiranya tingkah laku mereka begitu...
mak ayah bergolok gadai menjual itu dan ini...untuk bagi anak itu segulung SIJIL, DIPLOMA mahupun IJAZAH...jika tinggi lagi DOKTOR FALSAFAH....tetapi si anak..hampir lupa..di mana kaki berpijak..di mana langit di junjung...kesian mak ayah...
tercapai cita-cita si anak...jika mak ayah mahu menegur....jawapan balas yang di terima...'' mak apa tahu? duduk di kampung''...pedih hati mak apabila mendengar itu...hurmmm...
hurmmmm...buat perubahan mana yang boleh....
mak ayah tinggi darjatnya...jangan sesekali membelakangkan mereka...dengar kata mereka untuk hidup yang cerah masa depannya...dan juga senang dunia akhirat...
belajar cara menghormati orang tua...atau orang yang lebih tua....diam mereka tidak bermakna mereka setuju...perlu bijak memahami apa di dalam fikiran mak ayah...
cukup panjang tulisan kali ini...maafkan aku...sedikit beremosi...
maaf ganggu kamu sedang bekerja...
Monday, December 20, 2010
Tuesday, November 30, 2010
ini yang POPULAR lah!
sudah tengok?sepanjang aku berblog....tampalan yang sering menjadi tumpuan ialah berkenaan MAEPS RESTORAN dan juga STIMBOT....
dari sehari ke sehari...bilangan semakin meningkat...memang aku menanti saat tampalan itu mencecah 100..akhirnya....semalam....telah pun menjadi kenyataan....*senyum*
maafkan saya...awak itu...benda senang pun susah mahu lakukan...
inspira
tengok dahulu gambar ya....







memang aku berkenan dengan kereta ini pada awalnya...tetapi apabila sudah bertentang mata...tidak pula jatuh ke hati ya...aku juga hairan...mengapa begitu? sedang di dalam gambar dan televisyen...aku begitu teruja untuk memilikinya...bentuknya yang terlalu besar...membuatkan minat aku hilang serta merta...jadinya..ambil gambar sahaja...buat kenangan...
gambar syahmi...minat sungguh dia dengan kereta ini...
syamimi..muka menjadi sedemikian rupa..setelah di marahi oleh aku..abang ingin bergambar..dia juga teringin sama...haissshhhh adik ku...terasa kasihan pula bila melihatkan senyuman yang mahu di ukirkan itu semacam mahu dan tidak sahaja...maafkan kaklong ya adik....
tidak minat lah kereta ini...
Monday, November 29, 2010
ASSALAMUALAIKUM
gunakan....ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum”dan…Jawab salam- “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”
dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM"
salah
(ini juga yang aku selalu dengar)
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”
Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Sekian, semoga ada manfaatnya.
cakap hendak masukkan duit...*ketawa*
Monday, November 22, 2010
ini yang perlu || ini yang terbaik... lakukanlah...
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
kita buat sama2..lihat apa hasilnya...ya?
Thursday, November 11, 2010
Nuffnang || Baru Belajar
2 hari yang lepas aku meletakkan iklan nuffnang ini...adakah betul cara aku itu...jika salah..tolong perbetulkan aku ya...? maklumlah baru belajar...
aku meletakkan iklan nuffnang bukan lah untuk mendapatkan wang semata-mata...tetapi aku ingin mencuba sesuatu yang baru....setelah asyik melihat kejayaan orang lain..aku pun mahu juga..jadi aku berusaha untuk memahami apa itu nuffnang...
sebabnya...aku tidak akan sekali-kali melakukan perkara yang aku tidah faham...setelah betul-betul faham..yakin...baru aku berani melangkah ke anak tangga yang satu lagi...
makanya..terhasillah iklan nuffnang di sebelah kanan itu...hasilnya? belum ada lagi..mungkin belum masanya..iyalah dalam proses pembelajaran kan...jadi jangan di fikirkan sangat tentang itu...
Thursday, August 19, 2010
Hari-hari dalam Islam
Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada Perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
tazkirah di hari khamis...saje kongsi info...jalan2 td...tgk ade article bez lak..
so x salah kalo nk share...



