~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Wednesday, October 20, 2010

Makan Lagi

tampalan kali ini mahu bercerita tentang makan-makan bersama rakan pejabat...

hajat di hati mahu meriahkan suasana sahaja...tidak sangka pula akan dibelanja sempena hari lahir aku dan ida..

terima kasih ya...~!

KAK LIZA dan GEE...
baru perasan la...selama menyepi ini...aku banyak makan rupanya...*ketawa*



asyik sahaja dengan makan kan?

bersama rakan Langkawi

pada hari bila ya....~!?

hurmmm...aku pun sudah lupa..aku dan rakan@Langkawi...ingin makan stimbot...tetapi orang agak ramai di sana...jadi kami putuskan untuk makan Domino Pizza sahaja...kerana aku mempunyai kupon Domino Pizza...

setelah membeli...kami makan di Putrajaya...

2 pizza bersaiz sederhana
3 atau 4 ketul kepak ayam
2 tin air

itu sahaja gambar yang ada....


sudah tahu akan hal ini bukan?

Stimbot - Maeps Restoran

sepanjang aku berblog...tajuk tampalan yang sering menjadi tumpuan ialah yang ini...MAEPS RESTAURANT...ramai yang ingin mencari tentang stimbot...tapi tampalan aku menceritakan jamuan berselerak (buffet) berbuka puasa...

mengapa ya?

popular juga restoran ini...walaupun ianya terletak di tempat yang tersorok...tidak ramai yang mengetahui kewujudannya...sedang aku yang orang Kajang ini pun..baru sahaja mengetahui tentang restoran ini...itupun setelah diberitahu oleh
sahabat baik aku...


semasa aku datang tempoh hari...tidak ingat hari apa...keadaan di restoran ini sedang di ubahsuai...agak bising juga suasana di situ...dek kerana kerja-kerja pertukangan yang sedang dijalankan...

aku mencadangkan kalian datang selepas waktu pejabat...kerana waktu itu masih belum ramai pelanggan...dan nak makan pun tenang...tidak perlu berebut-rebut...tetapi apabila menjelang lepas maghrib...orang semakin ramai...kerusi yang tadinya kosong...di penuhi manusia...*ketawa*

keadaan masa itu...sudah tidak tenang...hingar bingar dengan bunyi suara sana sini...aku tidak gemarkan situasi begini...siapa yang sudah lama mengenali aku...tahu bagaimana adanya aku...oohh ya...sebelum aku terlupa..surau disediakan...kalian boleh bersolat di sana...


tentang makanan pula...aku boleh berikan 5 bintang daripada enam...*ketawa sopan*...sebabnya..memang sedap..tambahan pula ada juga makanan sampingan seperti ayam goreng...kueyteow...nasi goreng...dan lain-lain...

tempat sayur-sayuran untuk stimbot dan pelbagai jenis mee...mihun..dan lain-lain..
salad yang disediakan...buah-buahan juga ada...ini tempat ais kacang @ ABC...(ada bezakah ABC dan ais kacang..jika ada..sila beritahu aku)di antara air minuman yang disediakan...air kosong juga ada...ini pula tempat makanan sampingan..gambar tidak aku perincikan..kerana rakan aku telah lama menunggu aku untuk mengambil hidangan...ini sahaja yang sempat aku rakamkan...

pencuci mulut juga sedap..ada buah-buahan tempatan...buah-buahan dari luar negara...aiskrim juga ada...sangat sedap...kegemaran aku...

air rebusan untuk stimbot...ada tomyam dan juga sup..2 2 memang terbaik...aku lebih gemarkan tomyam...isi-isi untuk stimbot memang sangat banyak...oohh..pendek kata....datang dan rasalah sendiri...*senyum*....
aku datang ke sini...kerana mendapat baucar semasa buka puasa yang lepas...ini gambarnya...
hurmmm....nombor hubungan pula...jika tidak salah yang ini...012-3131091...kalian boleh la menghubungi nombor tersebut...(aku menyiarkan iklan secara tidak langsung)

jika nombor yang aku berikan itu salah...maklumkan pada aku ya..~!

setelah puas makan...inilah hasilnya...


TINGGALKAN KOMEN ANDA..
JIKA BERMINAT DENGAN TAMPALAN INI...DAN JUGA SEKIRANYA ANDA ADA MENGAMBIL NOMBOR TELEFON YANG TERTERA...



bila hendak pergi?