~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Showing posts with label ofis. Show all posts
Showing posts with label ofis. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Penghujung Julai

wawawawawawa....


penghujung Julai sudah...tapi aku masih tidak menaip satu habuk pun dalam blog kesayangan ini...banyak perkara terjadi...terlalu banyak dalam masa sebulan ini...memang niat di hati hendak berkongsi...apakan daya...aku tiada nafsu untuk menaip...


ini pun di sebabkan sudah penghujung Julai...semak punya semak...tengok punya tengok...senarai untuk bulan Julai...satu pun tiada...apa lah nak jadi dengan aku ni kan..???


di dalam blog ini...memang aku tak ada kemaskini cerita terbaru...tetapi di dalam MukaBuku..sentiasa ada....kejap lagi aku kongsikan gambar-gambar yang berkaitan...


kita mula dengan pemergian nenek kesayangan aku...

semuanya telah selesai...aku amat rindukan arwah... ;( Al-Fatihah


cerita seterusnya...aku dan rakan-rakan...menjadi wonder pets...kerana menyelamatkan seekor burung yang tersesat masuk ke dalam ofis ini...Bos aku juga tidak ketinggalan membantu burung tersebut...akhirnya burung tersebut berjaya di selamatkan..psstt...bos aku rajin...tengok apa dia dah buat...(ermm..banyak pula masa dia ya???)
selepas itu...aku dan rakan-rakan pergi makan di Maeps Restaurant... 



aktiviti kedua...bermain boling... ;)



sekian...wassalam..

Monday, April 4, 2011

Kerja Makmal

taraaa....inilah kerja aku...
2 3 minggu di makmal...
bertapa...
sampai muka sudah pun bertukar warna..
gelap...hitam...(macam bos dah) hahahha


beberapa kerja yang aku lakukan...dan gambar sempat dirakamkan...

Sent from Nursha's BlackBerry®

Friday, March 18, 2011

Kuari JKR Kg Awah


jam 654 pagi..aku sudah terpacak di pejabat..menunggu bas..kali ini bukan aku yang menguruskan lawatan ini..pelajar yang uruskan...

memang terbaik..bas lambat..aku diamkan sahaja...bos bising...aku? buat tidak tahu sahaja...

sudah la janji dengan kuari jam 9pagi...pelajar itu pula tidak memberitahu pihak kuari atas kelewatan mereka tiba...aku? diam sahaja...

tengahari buta..matahari terpacak atas kepala...jalan-jalan dalam kuari..sangat seronok tahu???

haih~~

oohh ya...ini rakan aku..Zura nama dia..peneman aku semasa ke sana...

jam 6petang tiba semula di pejabat...balik ambil makcik..

haih~ terlalu banyak perkara yang membuatkan aku marah berlaku...hurmmm...tetapi aku diamkan sahaja..mereka yang uruskan...mereka buat lah sampai habis...


Sent from Nursha's BlackBerry®

Thursday, March 10, 2011

Selamat Hari Lahir Kak Liza

layankan sahaja gambar-gambar di bawah...

aku kalau jumpa kamera...begini la rupanya...haih

lagi...

yang ini agak sopan...

mmuuaahh...sayang cik cokelat comel

kami

ini budak ha...
sopan lagi

cantikkkkk

lagi sekali..

gambar ada...terlalu banyak....ada di dalam MukaBuku Cik Ida...ini cuma sebahagian...




kamu kamu kamu

Wednesday, October 20, 2010

Baju Korporat

baju ni..kalo tidak salah aku..kami tempah pada 2 bulan yang lepas..kalo salah..maafkan aku ya...baju ini kami sarungkan ketika ada syaraha inugral...Professor di tempat aku bekerja ini...

bertemakan merah hitam ya...

aku tertarik dengan ini....
gambar sepanjang syarahan berlangsung...aku tiada..kerana aku berada di pejabat...


comel kah saya ?

Makan Lagi

tampalan kali ini mahu bercerita tentang makan-makan bersama rakan pejabat...

hajat di hati mahu meriahkan suasana sahaja...tidak sangka pula akan dibelanja sempena hari lahir aku dan ida..

terima kasih ya...~!

KAK LIZA dan GEE...
baru perasan la...selama menyepi ini...aku banyak makan rupanya...*ketawa*



asyik sahaja dengan makan kan?

Friday, October 8, 2010

Cerita Basi - Rumah Terbuka Rakan Pejabat

pada hari yang sama..pada sebelah petangnya pula..aku dan rakan-rakan pergi ke rumah terbuka Dr. Farah... tidak banyak sangat makanan yang ada..kerana aku sampai pun sudah petang...jadi ini sahaja gambar-gambarnya... aku tidak mengambil banyak gambar kerana sibuk menikmati kesedapan tosei...itu kan salah satu kegemaran aku...*senyum* teman setia...mengikut aku sampai ke sini ya...lihat sahaja aksinya...
mak kak liza juga ada..ooh ya..itu pemandu kacak..di sebelah kiri mak kak liza..tetapi sayang..tidak pandang kamera pula.. aku dan juga gee..tidak dapat di pisahkan lagi... kami bertiga juga tidak dapat dipisahkan..Ida sahaja yang tiada... tidak pasti...mengapa aku menjadi sedemikian rupa...lihatkan sahaja ya..


maaf kerana tidak lama di rumah kamu.. memberi peluang pula kepada rakan- rakan kamu yang lain untuk menjamu selera..

Tuesday, October 5, 2010

Hadiah yang Nursha Dapat

baiklah...masih bercerita mengenai hari lahir aku...tahun ini yang paling tidak dapat aku lupakan..kerana apa yang aku inginkan...telah aku perolehi semasa hari lahir aku pada kali ini...

aku telah lama mengingkan seutas jam tangan...alhamdulillah..aku perolehi...
aku juga menginginkan sebuah kamera...cemburu melihat rakan lain mempunyai itu..jadi aku diam sahaja..kerana aku tahu..belum mampu untuk membeli...kerana masih ada tanggungan lain..alhamdulillah...aku dapat juga hadiah ini..
sahabat di pejabat menghadiahkan anak patung yang sangat comel...

hadiah dari si dia...(terima kasih banyak-banyak...) sayang kamu...

telah aku gunakan kamera ini..aku bawa ke mana sahaja aku pergi...aku sangat seronok...
*perlu mencari bag tangan yang besar sedikit supaya muat untuk membawa kamera ini di mana sahaja aku pergi....*


sekarang mahu bercerita mengenai hadiah jam tangan...

perbualan aku bersama rakan baik..

sedang aku sibuk menyiapkan kerja...tiba-tiba aku dapat pesanan ringkas...
-weiii...ada simpan resit bank hari itu...? nanti aku datang ambil..macam-macam hal la bank ni..-

aku membalas pesanan ringkas tersebut...
-ada..masih dalam simpanan aku...baiklah..nanti datang pejabat aku...-

sampai sahaja dia di pejabat aku....

kawan : kau ke mana..dekat setengah jam aku tunggu...mana?
aku : ini resit..betulkan kena bayar guna akaun yang ini...kalau salah, aku minta maaf..aku tidak pernah bayar menggunakan akaun itu..hanya buat apa yang di minta kau..
kawan : ha..betul la ni...*nada yang nak marah*
aku : aku buat apa yang kau suruh sahaja..
kawan : hurmmm...nah...
aku : waahhh...apa ni...alahaiii kau ni...
kawan : eh budak ni...ambil la...Selamat Hari Lahir Kawan...!
aku : ohhh...terima kasih...
kawan : ada 2 hadiah...1 untuk Hari Lahir kau...1 lagi untuk Hari Persahabatan...bila?
aku : Hari Persahabatan...1 ogos...
kawan : betul pun...ambil lah..nak tunggu orang buat kejutan untuk aku entah bila...
aku : alaa...kau ni...terima kasih beb....
kawan : aku sebenarnya..tidak tahu macam mana nak buat kejutan untuk kau..lepas tu..aku teringatkan resit bank..aku jadikan itu punca untuk berjumpa dengan kau...
aku : pandai kau kan...saba je la aku...

ini beg yang digunakan untuk menyimpan hadiah tersebut...

isi didalam...

hadiah pertama...

bila aku buka..jujur aku cakap..aku ingat cuma ada anak patung kecil yang comel itu sahaja...

tetapi..apabila aku angkat sahaja anak patung itu...Ya Allah..terkejutnya...tak usah di cakap...kerana...(baca lah dekat situ...ada sebab mengapa aku begitu terkejut dengan hadiah ini...)
viwy_garage


ni hadiah yang kedua...sempena dengan Hari Persahabatan Sedunia...Terima Kasih Kawan...sudah hampir 17 tahun kau masih setia menjadi kawan aku...kau ialah sahabat terbaik penah aku jumpa...
aku sayang kau..


ini pula hadiah yang diberikan oleh rakan di pejabat...lihat sahaja gambarnya..

aku sedang sibuk menyiapkan kerja di bilik fail...tiba-tiba...aku menerima beg yang comel ini...

comel kan?

disertakan kad juga...tiada gambar pula..harap di maafkan...


banyak betul dapat hadiah tahun ini...tetapi KEK tiada..aku mahu kek juga...



Terima Kasih sekali lagi....