~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Showing posts with label xde mud. Show all posts
Showing posts with label xde mud. Show all posts

Friday, August 3, 2012

ermmm...terkilan

rasanya...aku dah lama sangat tak menaip...ermmm...kenapalah kan? idea tu banyak...ada je benda nk aku share kan...tapi apa kan daya...mood nk menaip...agak kurang...ada je aku masuk blog ni tetiap hari...tapi aku tak menaip apa pn....cuma melawat...


mood nak raya?
memang tak ada...sebabnya...
gaji aku tak masuk untuk bulan ni...
korang bayangkan...orang lain sibuk shopping raya...aku?
mampu tengok je beb...x mampu aku nk beli..
padahal list dh ada...sakit juga hati...tapi...apa aku boleh buat???
aku malas nk salahkan sesapa...tp tolong beringat lah lepas ni...supaya tak jadi pada orang lain...


orang yang menguruskan gaji pulak...mungkin kau tak penah rasa apa yg aku rasa...cube kau kne sekali...baru kau tahu kan? tinggi rendah langit yg kau pijak...*sumpah aku geram*


tapi tak pe lah...isu gaji tu...aku kira dah selesai je...malas nak pk..abes savings aku selama ni..yg aku simpan..untung aku meniaga..apa semua...sume dah tak de...sbb cover gj aku yg tak dapat...aku berani yakin lah...even gj for the next month masuk double...aku tetap tak boleh nk topap...saving aku tu...ermmm... #terpaksa pasrah


tu bab gaji...bab kereta pulak...satu hal...
selama ni..aku servis kt EON...tp wat kje dh mcm ape lah...sane bocor...sini licking...geram pulak aku...ermm...bayar mahal2 kot..tak kan lah tak perasan tu semua...aku ni perempuan...tugas kau..untuk bgtau aku...psl kete aku...


ni dh smpi kt si dia...kete aku mcm2 penyakit...baru 4 thn tu...itu 1st time aku sebis kt lua...baru nmpk kisahnya...memang terkilan sgt2...amat yg sangat...beribu dh kot aku abes utk sebis kt EON...hasilnya...macam gitu lah jugak..dari bajet aku 150 je utk sebis kete...dah menjangkau 500....mana aku nk cekau duet?? dengan tak dpt gj nye...serik betul lah...ni nk blk kg lg...bwk kete lg..duet lg...hadoihhh lah....


ble kne benda2 cmni lah..wat aku rasa semak sgt2...smpi aku malas nk pk...lantakkan apa nak jd...


mood nk raya..memang ke laut...#maaflah


aku dh tempah mcm2..tp nk bayar pakai ape???? malu betul...




entah

Wednesday, October 5, 2011

Sedih di hari lahir

eerrr...nape eh?

entah la..

aku sendiri tak tau...

tapi memang rasa jauh hati sangat...

eermm...

hepi....datang lah...

biar sedey ni pergi...

tak mo la camni...

dah besarkan...

errmm...








thank you

Tuesday, May 10, 2011

MAAF

blog aku ini sudah berhabuk untuk jangka masa yang lama...tidak pernah aku meninggalkan blog selama ini...aku ada menjengah...tetapi tiada rasa mahu berkongsi cerita baru....tiada rasa mahu menaip...

banyak perkara berlaku sepanjang aku mendiamkan diri dalam dunia blog ini...antaranya ialah:

- Makcik kesayangan aku sudah selamat menjadi isteri orang
- Selamat hari Mama
- kehidupan aku yang semakin gembira
- hujung minggu yang di lalui bersama si dia dan rakan-rakan...

tampalan selepas ini akan aku ceritakan satu persatu...secara terperinci itu...tidaklah...hanya berkongsi apa yang ada...

apa-apa pun...aku mohon maaf kepada pelawat blog aku...kerana tiada cerita terbaru untuk kalian...selepas ini aku akan cuba untuk menjadi rajin seperti dahulu...*ketawa*


Monday, March 7, 2011

Rasa Mahu Menaip

Kalau perasan...aku sudah lama tidak menaip..bercerita tentang kehidupan aku...perjalanan harian aku...hurmmm..kenapa ya???

Malas pun ya...

Lagipun...kehidupan aku tidak seperti dahulu...jika dahulu terlalu gembira...seronok...ke sana ke mari...tetapi tidak pada waktu sekarang...kehidupan aku hanya berjalan tenang seperti biasa-biasa...tiada perkara terlalu seronok ataupun terlalu gembira...cukup sekadar mampu mengukir senyuman... *senyum*

Mahu bercerita tentang Perasaan;
Aku rasa tidak perlulah...aku sekarang bergerak mengikut arus...arus sekarang terlalu tenang...hingga tiada apa yang berlaku...masa depan pula..tidak perlu diceritakan...memang tidak nampak apa-apa..

Mahu bercerita tentang Kerjaya;
Tidak perlu juga..kerana aku masih mencari rezeki di sini..dan juga masih menanti peluang pekerjaan yang baru...sampai bila aku disini..aku juga tidak pasti...

Mahu bercerita tentang rakan, sahabat, kawan;
Tiada apa..semuanya sama sahaja seperti dahulu....

Mahu kata kehidupan aku semakin bosan...tidaklah sampai begitu..

*cuma ada perkara yang aku ingin kongsikan bersama..tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya...*

tidak mengapalah...biarkan sahaja..



rindu

Friday, January 28, 2011

Sepi + Suram = Tenang@Senyum

Aku suram untuk 2 3 hari ini...mengapa? jangan di tanya...

Aku
sudah penat untuk berbalah...lebih kepada belajar menerima keadaan dengan cara yang lebih matang...jika itu membuatkan aku menjadi lebih dewasa...


Aku perlu hilangkan sifat negatif yang sentiasa mengalir dalam diri ini...

Aku tidak perlu lagi untuk merasa kecewa dalam apa jua perkara...

Aku tidak perlu hiraukan apa jua yang berlaku selepas ini...walaupun ianya berkenaan dengan diri aku...diam lebih baik..

Aku
mengikut segala aliran hidup dengan tenang walau terkadang bergelora...


Aku perlu belajar menerima takdir...jika itu yang terbaik...

Aku
perlu faham...setiap yang berlaku ada hikmahnya...


Aku tetap dengan cara aku...

Aku
tidak hiraukan cara orang lain..jika cara orang lain itu menyakitkan hati aku sekalipun...aku tidak perlu melenting...sebab mereka dengan cara mereka...

bagi aku..cukup sekadar melayan apa sahaja yang berlaku di depan mata aku daripada aku memberontak...mengamuk tidak tentu pasal..secara tidak langsung akan menyakitkan hati semua orang...secara tidak langsung juga akan membuatkan orang rasa menyampah dengan aku...

2011 tahun untuk aku mengenali diri dan mengajar diri untuk menjadi lebih matang...

Hentikanlah
perangai kebudak-budakan


Hentikanlah sifat mudah marah

Hentikanlah
sifat yang terlalu mudah mengenakan hukuman kepada seseorang


Hentikanlah
sifat yang sukar memaafkan


Hentikanlah
sifat yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain


Hentikanlah
segalanya Nursha...

Berusaha menjadi Si Comel Nursha @ Chomel (nama BBM aku) yang lebih matang dan terbaik untuk semua orang...

Berusaha !!
Berusaha !!


*senyum*





Ikut sahaja keadaan...

Tuesday, January 11, 2011

AJL 25

Baru terasa mahu mengulas berkenaan dengan AJL25

Mengapa ya? aku juga tidak berpuas hati dengan keputusan juri...bagi aku..ada yang lebih layak untuk bergelar juara...Hafiz juga tidak layak bagi aku...apa yang membuatkan juri begitu tertarik...entah la...

sewaktu persembahan Ana Rafali...aku tidak menonton televisyen...sibuk membalas pesanan ringkas seorang teman...pada mulanya sahaja nampak gah...tetapi lama kelamaan semakin bosan...walaupun Ana Rafali pada malam itu sangat comel...

bak kata ayah :
mahu tahu persembahan seseorang itu bagus atau tidak...
mahu tahu suara seseorang itu sedap atau tidak...
jangan menonton semasa seseorang itu membuat persembahan..

sekiranya kamu tertarik untuk melihat persembahan dan mahu tahu siapakah penyayi tersebut...itu bermakna...memang seseorang itu berbakat..

tetapi...

jika kamu tiada rasa apa-apa semasa berlangsungnya persembahan itu...bermakna...
memang persembahan yang kurang menarik dan suara kurang lunak...
(ada betul kata ayah)

berbalik pada Ana Rafali, awal persembahan...aku tertarik...lama kelamaan menjadi bosan...sudahnya menumpukan 100peratus kepada pesanan ringkas rakan aku...
Hafiz
persembahan Hafiz juga begitu...cuma terkejut pada gimik di mana Hafiz ditembak..itu sahaja..lain-lain tiada....

oohh ya..kali ini..memang semuanya perlu tukar baju ya semasa membuat persembahan? macam tiada gimik lain..aku sungguh bosan..

Faizal Tahir...

memang dia terbaik...aku begitu teruja melihat persembahannya...aku sangkakan yang dia terjatuh di dalam air itu..hanya lakonan..maklum la..di layar putih kan? tetapi apabila dia naik semula ke atas di mana tempat dia berdiri sebelum ini..dalam keadaan basah...aku terkejut...terus menghantar pesanan ringkas kepada rakan:

aku : dia jatuh dalam air betul ke tadi?
rakan : iyalah
aku : ooohh..ingatkan tipu-tipu..
rakan : hahahahaha

aku tidak mahu mengulas artis lain...persembahan biasa sahaja...itulah sebabnya tidak lekat di dalam ingatan aku...hurmmm...

ada orang lain yang sepatutnya menyandang juara itu...


tetapi tidak mengapa...sudah tertulis pada malam itu rezeki berpihak kepada Ana Rafali...

sumber gambar : google



laparrrrrr

Thursday, December 30, 2010

Bosan

hari ini aku MC...esok pula cuti umum...lusa sudah sampai hujung minggu...aduhh..masa aku terbuang macam tu sahaja...apa yang aku perlu buat ya>?

melayan MukaBuku juga sudah menjadi bosan....

melayan YM juga menjadi bosan....

yang aku tahu...aku bosan...

hendak keluar...tidak rajin...tiada teman...makanya...

duduk di rumah sahaja...






entah

Monday, December 13, 2010

Tidak Kesampaian

alahaiii.....

tidak berkesempatan pula mahu bercerita di sini...

maafkan aku....





seronok?

Saturday, November 27, 2010

Entah laaaaa......

kalau mahu cakap..

aku rasa....penat boleh?
aku rasa....sakit hati boleh?
aku rasa....bengang boleh?
aku rasa....macam-macam lagi...

bercelaru gila lah....




--------------------------

Monday, November 22, 2010

jika ini takdirnya....

aku redha setelah berusaha semahunya untuk memperoleh apa yang aku mahu...aku tidak akan mengaku kalah terlebih dahulu...

oleh sebab itu...aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya...perlu menerima pandangan orang di sekeliling aku...perkara yang boleh di ubah....akan aku ubah...mana yang tidak boleh di ubah...aku akan cuba memperbaikinya supaya menjadi lebih baik dari sekarang...

aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar...biar apa pun yang berlaku..aku tetap dengan dirinya...mengharungi badai yang ada...

tegur la kami jika ada perkara yang tidak senang di pandang mata...bantulah kami mengubah apa yang perlu..agar kebahagiaan itu milik kami...




tolong lah berkelakuan seperti biasa...jangan ungkapkan kata-kata yang bisa menumpahkan lagi airmata aku ini...

Friday, November 19, 2010

jangan lukai lagi

ya Allah...

aku mohon kepadamu...kurniakan aku kebahagian..berikanlah aku petunjuk...


hati aku jangan dilukai..
perasaan aku jangan dihiris...
kasih sayang aku terhadap dirinya...jangan dipudarkan...


KAU berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya....berikanlah aku kebahagian di hujung jalan kelak...

tunjukkanlah aku jalan sekiranya dia adalah pilihan untuk aku....




apa jua terjadi...orang tetap sayang dia...

Tuesday, November 16, 2010

Sepi

ermmm...pejabat mulai sepi..tinggal aku sahaja di sini...yang lain sudah mula bercuti...terasa juga ya apabila semuanya memohon tarikh cuti yang sama...

jika bersesak-sesak di pejabat ini...boleh jadi gaduh juga...bila tiada seorang...kekosongan itu terasa...

tapi tidak mengapa lah...esok kan hari raya...semestinya mereka mahu bercuti..

aku?

ohh..tidak perlu untuk mengambil cuti...kerana mama ayah dan adik-adikku akan datang ke sini...jadi aku menanti sahaja ketibaan mereka...semoga semuanya selamat....




nanti jumpa ya?

Thursday, October 14, 2010

-

aku tiada 'mood'...sehinggakan tajuk tampalan cerita pun tidak letak...

maaf ya...blog aku sejak kebelakangan ini agak tidak seronok...

tampalan juga...seperti tiada motif sahaja aku rasa..

jadi aku mahu biarkan dahulu blog ini..sehingga ianya bersawang..

maaf...



tiada mood, maaf

Tuesday, September 28, 2010

Tea Break - Kena maki di pagi hari...

Ya...aku sangat sibuk pada hari ini...untuk menguruskan dokumen bos aku..semakin dekat tarikhnya...semakin sakit kepala aku di buatnya...huh....penat sungguh..

ini dapat aku mencuri masa seketika...sebab sedang menunggu panggilan telefon dari dia...bos...boleh tak cepat sedikit telefon sha semula..ini kerana masih banyak kerja lain yang sha perlu lakukan...

mahu berkongsi sedikit kisah yang berlaku di pagi hari tadi...

lebih kurang jam 815am aku menelefon seorang Professor ini...tidak semena-mena aku di herdik...terkesima aku seketika...aku menelefon hanya di suruh oleh bos untuk meminta pengesahan berkenaan penyertaan beliau ke London...tetapi...ini yang aku perolehi...

oleh kerana pagi-pagi hari telah mendapat habuan sebegitu...sampai ke sudah...perasaan aku masih lagi tidak stabil...

ooohh..manusia...tau lah aku engkau berpangkat tinggi...tetapi jangan melayan orang sedemikian rupa...hurmmmm....*sayu*


terima kasih kerana bersimpati
terhadap saya malam tadi...*senyum*
saya memang begitu...sejak dari
dahulu lagi...jangan risau...

Sunday, September 26, 2010

Mahukan Yang ini...sempena hari lahir ku...

dengan tidak disangka-sangka telefon bimbit yang aku gunakan sekarang iaitu model nokia N95 telah rosak...sudah berjanji dengan mama akan menggunakan telefon bimbit itu selama 5 tahun...apakan daya...telefon bimbit itu sekarang baru berusia 2 tahun dan telahpun sampai ajalnya...

hurmmmm...

aku sudah pergi ke kedai telefon bimbit bertanyakan harga yang perlu di bayar jika mahu membaiki telefon itu...rm 150 sahaja...aku tidak ada masalah untuk membayar dengan harga itu...tetapi bila di fikirkan semula...mungkin sahaja setelah beberapa hari menggunakan telefon bimbit yang telah dibaiki ianya akan rosak semula...

aduyaiiiii......

tidak ingat pada waktu bila...selepas maghrib...duduk bersantai...sambil menonton televisyen...tangan aku mencapai akhbar...mahu menyelak muka suratnya...dapat di baca..sementara televisyen menyiarkan iklan sedang waktu berita disiarkan...

tiba-tiba...aku terpandang iklan telefon bimbit...aku jatuh minat...iaitu nokia E5...aku memang meminati nokia sejak dari mula-mula aku mengenali telefon bimbit...pernah sekali aku menggunakan sony ericson...hanya beberapa bulan sahaja...aku menukarkannya kepada nokia semula..tidak serasi gamaknya...

lantas hati sudah terpaut dengan model tersebut...4 5 hari selepasnya..aku bersama rakan...pergi ke kedai telefon bimbit..untuk melihatkan harganya...rm850..original set...hurmmm...murah bagi aku.....tetapi masih tidak mampu untuk memlikinya dalam masa yang singkat ini....tapi aku perlukannya...

hurmmmmmm..

aku perlu mengumpul wang untuk mendapatkan telefon bimbit e5 itu....memakan masa beberapa bulan...

rakan-rakan yang mengenali...harap dapat menghubungi aku....kerana senarai nombor kalian telah hilang akibat kerosakan telefon bimbit yang aku alami...

hari lahir aku akan menjelang tiba tidak lama lagi...ada sesiapa mahu hadiahkan ini....??? aku amat menginginkannya...


mahukan hadiah ini....jika boleh...

Friday, September 17, 2010

aku diam saja

malam tadi aku dan si dia menonton wayang...cerita yang kami tonton ialah senario asam garam...hurmmm...mahu buat sinopsisnya pun aku tiada ingin...apatah lagi untuk bersembang mengenainya...jadi aku diam saja...

mud beraya masih ada...cuma tiada tempat mahu di tuju...jadi aku diam saja...

kerja yang tertangguh semasa cuti....membuatkan cuti aku tidak setenang orang lain telah aku sempurnakan hari ini...dapatlah aku menghela nafas lega...tiada yang mahukan pertolongan ku...jadi aku diam saja...di bilik sendiri...

ramai sahabat, rakan dan taulan...menanyakan status aku...sama ada masih keseorangan ataupun sudah berpunya...jadi jawapan yang tepat aku berikan....aku diam saja...

cuaca dingin menular dalam perhubungan aku...tiada apa yang dapat aku lakukan...tiada apa yang aku mahu lakukan...jadi aku diam saja...mengikut arus perubahan masa yang setiap saat berubah...

perbualan dengan seorang teman melalui YM..

teman : sha....rindu kamu sangat2...selamat hari raya maaf zahir dan batin...
aku : ya atul...rindu kamu juga...selamat hari raya maaf zahir dan batin kembali...macam mana duduk di hospital selama 1 malam...?
teman : ok saja...tiada masalah...cuma...tapi...
aku : kenapa?
teman : MA yang jaga saya tu kacak la..
aku : laaaaa...budak ni
teman : sha...tau kawan kita seorang dh bertunang
aku : ya...ada juga dengar cerita
teman : saya tengok di FB dia...tunang macam tua sahaja...macam laki orang
aku : biarkan lah..sudah jodoh dia..

aku pergi meninggalkan untuk menyelesaikan tugas ku....(aku diam saja)



terima kasih sebab belanja malam tadi...

Monday, September 6, 2010

selamat hari raya

dalam keadaan yang xbape nk ade mud nieh...

aku nk ucapkan

selamat hari raya aidilfitri...


maap zahir dan batin...

kalo de terkasar bhsa...maap kan la..

tidak disengajakan tu...

hurmmm...

aku rasa bersalah sgt...sbb salah key in borang...
dowang2 nie sume nk p oversea tp mknn dowang
aku x booking HALAL...huwaaaaa....




x de mud la...
owang dh raya dlu...

Monday, August 16, 2010

KEJE....~~~~

2 3 mgu nie....y de dlm kpala otak aku....pasai menda nie...

nak benti kje...???

cari kje laen...???

dok umh ng mama ayh....???

aku dh mls nk kje....

hurmmmmmmmmmmmmmmm.....


agk2...kalo owang x kje..bole x?

Friday, August 13, 2010

Mud Kurang

asek teringat kat black...

nti msti black pk cmnie..

"time aku sehat sume syg aku..

time aku sakit...bg owang jg..."

x nk la black pk cm tu...

jap lagi owang p amek black yer...

doc x bg kua pon...owang amek gk

black bwak balik...luke tu owang

leh cuci kan...rajin2 mkn ubt ye

black..bia cepat sehat...leh men lompat2

lagi kat mah...ade gk aku kawan gado...

sangat wendu kat black... :(


ermmm...nk black.....

Tuesday, July 20, 2010

xtau la nape mesti cmnie....

xtau la nape...angin aku 2 3 4 arini x bape nk baek....awan kat lua tu cerah je...tp awan aku ni...mendung...x de nye nk cerah...nape nth...nk kata bulan ngambang...lepas suda...tp mood still x ok....

salah ckp sket...buruk padahnye...tarik muke...muncung panjang sedepa...x nk ckp...even sepatah pon...tuh la pangai aku...sejak azali...hurmmm..time tu...jgn la gngu...(ms nie pon tgh dlm situasi cm tu)

kesnye bermula...ms mlm bile nth...aku kua ng si dia...memula dia tnye...downtown time nie parking susah x....aku tgk jam..dekat kol 12am...aku ckp...ikut luck la...kalo de...de la...kalo x de...kne carik la...aku ckp lg..jom la p...

ermm..dia jawab...mls la nk p...aku....alaaaaaaaaaa......:( :( :(

dia dengan xde perasaan....wat derk jer....hurmmm...

keesokan harinye...aku ckp kat si dia...owang nk carik camera la nk bawak nek cameron...dia ckp gune handycam dia...tp batry dah kong...dia suh aku beli sendri kalo nk guna...aku ckp...belikan lan...dia ckp..mahal beno nye batry tu...

aku plak...hurmmmmmm....ok... :( :( :(

keesokan harinye lagi...a.k.a mlm td...aku on9 ym...nk sent file kat atul...dia on9...status aku masa tu...'BONGOK BETUL'...dia tnye sape bongok...aku jawab sape2 la...dia reply....owang tnye leklok...aku jawab...dah tu pe mslh nye...dia terus sign out....

(aku sbnrnye tgh hangen sgt2 ng si dia...dia x penah pujuk aku..x pndai nk amek ati aku...x penah bg ape y aku nk...segalanya x penah...kadang2 mkn ati jugak la dengan pangai dia...smpi aku nek give up...penah je pk utk..................................)

perlu ke pangai dia cm tu...setiap owang y aku kenal sume nye pangai sama...huh...dr dlu smpi la skg...paling x pn...pujuk la aku sket2...bukan susah pn...takut nti aku dh mls nk pk...aku wat derk jer ng si dia....


busan...lantak p la...