~ $aYaNg KaMu -Wendu Kamu~


Daisypath Anniversary tickers

Pengikut Saya....tQ...

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Kung Fu Panda 2

alahaiiii...gila lawak betul...

sakit perut...macam nak pecah...

lawak memang terbaik...

dalam lawak-lawak pun...ada motifnya...

memang terbaik...

daripada 5 bintang aku bagi 5.5...ok???

sangat berkualiti cerita ini...dalam kita sibuk gelakkan si panda ni..ada bahagian-bahagian yang menyentuh perasaan...

kalau siapa tengok kung fu panda 1..tak perlu cerita lebih-lebih...sebab mesti sudah kenal dengan semua kawan-kawan panda ni...

sinopsis:

mengisahkan ada seekor pahlawan merak sangat sombong angkuh...beliau akan mengambil alih takhta ayah dia...apa nama kota entah...sudahnya...dia di buang negeri...kerana terlalu sombong dan berjanji akan membuat seluruh rakyat China akan sujud pada kaki dia...mengambil masa berpuluh tahun lamanya...
dalam masa itu...dia ada membuat 1 senjata yang akan memusnahkan kung fu..(meriam)...untuk membuat meriam tu...dia menggunakan segala besi dan logam yang ada...sehingga kan ke setiap pelusuk kampung...dia cuba juga dapatkan logam...dengan apa cara sekalipun....(jahat dia ni)
merak jahat

ada satu kampung di serang...dan pada itu Po and The Gang datang untuk menyelamatkan keadaan...hampir berjaya menewaskan mereka...tiba-tiba Po melepaskan musuh dengan begitu mudah...ada sesuatu yang mengganggu fikiran Po..

rakan lain pelik dengan sikap Po...tetapi mereka diamkan sahaja...

Po di panggil oleh Mahaguru Sifu...membawa berita Kota (lupa nama) tersebut akan diserang...masa itu...Mahaguru Sifu sedang berlatih kungfu Keharmonian Dalaman...maka Po and The Gang diarahkan membantu rakyat di sana...
semasa dalam perjalanan...Po tidak mampu untuk melelapkan mata...membebel sorang-sorang dia...sedangkan rakan lain sedang tidur...akhirnya Tigger bangun dan bersembang dengan Po..dan bertanyakan kepada Po...mengapa begitu mudah dia melepaskan musuh semalam...Po tiada jawapan...

Po sebenarnya bermain dengan perasaan sendiri...apabila dia sedar bahawa dia bukan anak kandung kepada bapa dia sekarang (angsa)...Po keliru dengan identiti diri sendiri...disebabkan itu dia boleh melepaskan musuh dengan mudahnya selepas ternampak satu lambang merah yang pernah di lihat semasa di kecil dahulu...

akhirnya mereka sampai...Po juga dengan mudah melepaskan Lord Shen tu...rakan-rakan lain musykil sangat...akhirnya Tigger buat keputusan...Po tak perlu serta dalam misi kali ini...dan dia tinggal di penjara bersama pahlawan Lembu dan juga Buaya...dalam waktu yang sama rakan-rakan lain sedang memburu Lord Shen tu...
pengikut Lord Shen

Po..akhirnya bergerak sendiri..tanpa rakan-rakan...lawan punya lawan...dalam masa yang sama mendesak Lord Shen supaya beritahu perkara sebenar..malangnya...Po kalah...dan dihanyutkan arus sungai...tetapi diselamatkan oleh tukang tilik yang sebelum ni...di paksa menjadi pengikut Lord Shen...tukang tilik di lepaskan oleh Lord Shen...
Po menenangkan diri...dalam masa yang sama tukang tilik mengubati Po...Po tercedera semasa berlawan dengan Lord Shen...dalam pada itu juga...Po telah menjumpai identiti dirinya...dia berjaya...dan dapat menerima hakikat...

dengan segera Po pergi mencari Lord Shen untuk menghentikan keganasan itu...Po nampak rakan-rakan yang lain telah menjadi tawanan Lord Shen...lawan lawan lawan....rakan-rakan Po telah dibebaskan dengan kecekapan masing-masing...

mereka berlawanan....Po dengan yakin menewaskan Lord Shen itu...Lord Shen pelik...kenapa Po boleh menjadi sekuat itu dan tidak takut seperti sebelumnya...akhirnya Po memberitahu...perkara silam mengenai dirinya telah diketahui...dan dia boleh menerima hakikat...

mereka berjaya menewaskan Lord Shen...YES!!...


*gambar pakcik google bagi*


tapi masa ending...ayah Po hidup lagi la...mesti ada Kung Fu Panda 3...yeaaayeehhh...best best best..


dapat cawan besar dengan bayaran rm15...huh! mahal! tapi nak juga...comel!...*ketawa*








pirates of carribean bila?

Monday, May 30, 2011

Nur Kasih The Movie

errrr....bila ya pergi menonton cerita ini...bersama siapa lagi...si dia lah kan...teman setia kehulu kehilir...*ketawa*

dapat tempat duduk kembar 6...aku dan si dia hujung sekali...selebihnya perempuan...makanya...si dia la duduk belah dalam...(malu dia cakap)

sinopsis...

mengisahkan tentang kisah rumahtangga Adam dan Nur...Aidil dan anak-anak juga Bonda tercinta....

(adehhh..lupa...!!)
Adam masih bahagia dengan Nur...Nur disahkan mengandung...malangnya...dia keguguran...maka mereka membawa diri ke Jordan...
untuk Nur mencari ketenangan...semasa di Jordan...mereka mengalami kemalangan keretapi...Nur dan Adam terselamat....
tetapi cincin perkahwinan mereka...hilang....Adam segera kembali ke tempat mereka kemalangan....di carinya cincin...tetapi malangnya...tidak berjumpa...tiba-tiba ribut pasir datang ke arah tempat Adam...Adam sempat melarikan diri...tetapi mengalami kemalangan dengan kereta yang di pandu...Adam diselamatkan oleh 2 orang budak...

Dalam masa itu....Nur tidak keruan...hilang punca...tetapi masih tabah...dan berusaha mencari Adam..sehingga terpaksa memohon bantuan Aidil...usaha mereka mengalami kesukaran...Aidil menyarankan agar Nur berehat...di hotel...kerana dia di sahkan mengandung...tetapi Nur berdegil...tetap juga mahu mencari Adam...mereka meneruskan perjalanan...akhirnya mereka berjumpa dengan salah seorang budak yang menyelamatkan Adam...akhirnya Nur berjaya menjumpai Adam...mereka pulang ke Malaysia...

Adam dan Nur mempunyai sebuah sekolah swasta...mereka menguruskannya...Adam mengajar budak-budak yang kurang ilmu agama...supaya mereka berubah ke arah yang lebih baik....dalam pada itu Adam merasakan  kurang sihat...
sampai satu tahap...Adam jatuh sakit...masa inilah bermula konflik...Aidil mengambil alih tugas Adam...mengajar budak-budak di sekolah swasta itu...ada seorang pelajar lelaki yang rapat dengan Adam...(nama dia aku lupa) budak itu makin lama..makin berubah ke arah kebaikan...dia datang melawat Adam...dan menjadi penderma kepada Adam...

Ada seorang pelajar perempuan...juga seorang yang liar...teman lelaki dia....tidak menyukai apabila perempuan ini menghadiri kelas agama itu...setiap hari dia diugut....

satu hari...dia terserempak dengan Aidil dan ingin memberitahu suatu perkara...tetapi malangnya jadi pergaduhan...budak lelaki tadi yang kebetulan lalu di kawasan tersebut..cuba membantu Aidil...malangnya...dia terbunuh...
Aidil terselamat dan terus ke hospital...sewaktu itu Adam akan menjalani pembedahan...akhirnya semua kembali seperti biasa...

Aidil sering teringat kepada arwah isterinya yang terlibat dalam kemalangan kereta di perumahan mereka...Aidil sangat merindui arwah isterinya..mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata...lelaki dan perempuan....
Adam sihat seperti biasa...Aidil juga...anak-anak semakin membesar...mereka bahagia hingga ke tua...sampai juga ajal Adam di depan mata Nur...Nur pasrah...tetapi mengalami sedikit gangguan jiwa....
Aidil sentiasa berada di samping Nur...akhirnya...ingatan Nur dapat dikembalikan...sekian....


*gambar semua pakcik google*

hahahah...sikit sahaja sinopsisnya...mana yang ingat sahaja...tetapi lebih kurang itu lah...

sedih? tidak berapa...tetapi keluar juga airmata aku...

dari 5 bintang aku bagi 3.5 je...cukup la kan???



terima kasih kamu...

Wednesday, May 18, 2011

Kongsi

cuti wesak semalam..aku ingat melepak di rumah sahaja...

tiba-tiba...

si dia : tinted mahu?
aku : bila?
si dia : hari ini?
aku : hah?
si dia : tak nak tak apa
aku : nanti saya datang
si dia : ok

choiii...

tak ada maknanyalah...tinted dalam panggung wayang je...tengok cerita kongsi...*gelak*

aku tak pasti...tak tahu macam mana mahu buat sinopsis cerita ini..yang mampu aku cakap hanyalah....kelakar yang tak berapa nak kelakar...cerita kosong...tiada plot...bahasa yang entah apa-apa...terlalu kasar...banyak yang di censored kan...itu sahaja yang aku mampu katakan...

aku kalau tengok wayang...aku mahu...

masuk nothing
keluar something

haaa...macam tu la...masa mula-mula masuk...tak tau cerita apa..bila keluar...baru tahu...macam Merong Mahawangsa...

tapi dalam Kongsi...aku tak dapat tu..

bagi sesiapa yang berkobar-kobar mahu tengok cerita ini..aku nasihatkan...lupakan sahaja..

dari 5 bintang...aku bagi 2..

huh..!

Thursday, March 24, 2011

HMM @ Hikayat Merong Mahawangsa

Selesai urusan di Temerloh...

aku dan Dekwan...pulang ke KL...

dalam perjalanan...
aku : wayang mahu>?
dekwan : ok juga
aku : HMM?
dekwan : haa...ok...

dalam perjalanan, aku melihat website GSC da TGV..

niat di hati mahu menonton di The Mines...apakan daya...cerita itu hanya ditayangkan pada jam 7malam...

terusnya ke Alamanda sahaja....

sinopsis terus la...

Mengisahkan seorang anak gelandangan bernama Merong Mahawangsa...di tahan di Goa..kerana membawa lari anak dara yang berketurunan Raja di Goa...akhirnya Merong terlepas dari hukuman kerana berjaya menewaskan orang kuat di Goa...
google
Dalam masa itu, Rom dalam perjalanan ke China untuk mengadakan perkahwinan Putera Rom dan Puteri China...tetapi malangnya...2 daripada 3 kapal, karam...akibat ribut di tengah laut..makanya..pihak Rom singgah di Goa untuk mendapatkan bantuan..malangnya Goa tidak percaya kepada Rom..

Putera Rom...suka dengan karakter Merong...lalu mengajak Merong untuk membantu baginda...mereka meneruskan perjalanan...berjumpa dengan Laksamana China di sebuah pulau yang tidak bertuan...setibanya mereka...mereka disambut baik oleh China..

Pada malam itu, Puteri China cuba untuk melarikan diri..dan akhirnya terserempak dengan Putera Rom..perkara yang mereka takuti selama ini, iaitu tidak mendapat kebebasan selepas berkahwin...tidak menjadi kenyataan..kerana mereka mempunyai dan mahukan cara hidup yang sama...akhirnya mereka jatuh cinta...
google
Keesokan harinya..mereka diserang oleh Geruda...Geruda sangat jahat dan kejam...ramai yang terbunuh...yang terselamat hanya Merong, Putera Rom dan Laksamana China...Puteri dan inangnya..di culik oleh Geruda...

Merong diselamatkan oleh pawang yang bernama Pak Kesum, dia mempunyai seorang anak bernama Embok..sementara menunggu luka Merong sembuh...Pak Kesum ada bercerita mengenai asal usul Geruda...akhirnya Merong dapat tahu..mak dia, Lang..sudah mati di tangan Geruda...
google
Kata Pak Kesum, "2 kampung berpecah belah, jika disatukan pasti dapat menentang Geruda"..setelah sihat...Merong berguru dengan Pak Kesuma...mengetahu syarat dan pantang larang kampung yang satu lagi...akhirnya Merong di tabalkan menjadi Raja di Negeri yang di beri nama Langkasuka...setelah berjaya menewaskan orang kuat di kampung satu lagi...

Mereka menyiapkan diri dan kelengkapan yang perlu untuk menentang Geruda...dalam pada itu...sampailah Rom dan China yang memerlukan bantuan Merong untuk mendapatkan semula Puteri China...

Tibalah masa...menentang Geruda...Ketua Geruda dan anak muridnya kebal dek kerana tangkal...tangkal anak buahnya dapat diambil, hasil usaha Puteri China...

Mereka berlawan dan hampir menang...tetapi malangnya...tentera Geruda masih ramai...dan mereka tidak mampu untuk menang...dalam pada itu juga...tentera China dan Rom tiba...akhirnya Geruda dapat dikalahkan..

Anak murid Geruda mati di bunuh oleh Merong...Laksamana China mati di tangan anak murid Geruda...Putera Rom dan Puteri China terselamat...
google
Hampir meraikan kegembiraan...Merong di tikam dari belakang oleh Ketua Geruda, Taji...

Mak Merong selalu berpesan...
"sampai masa tibanya waktu, redup hati kamu berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"

akibat di tikam dari belakang...maka Merong menikam menggunakan senjata yang sama untuk membunuh Taji...mereka mati bersama dengan satu senjata yang sama...

fuhhh...

sekian sinopsis aku...



bila mahu>?

Thursday, December 16, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

entah tidak tahu mengapa aku begitu teruja mahu menonton filem ini...puas aku usahakan untuk dapatkan tiket..dari Alamanda terus ke The Mines...alhamdulillah...dapat juga...si dia juga bergegas pulang dari kerja...untuk tiba di tempat aku pada waktu yang telah di tetapkan...

akhirnya...kami pun masuk ke panggung...

hurmmmm....aku berikan 1 bintang daripada 5....iskkkk...

aku tiada rasa mahu mengulas filem ini...KERANA...aku tertidur semasa di dalam panggung...sedih bukan?

tapi itulah hakikatnya....filem bosan kedua yang aku tonton..jika dahulu..cerita lakonan The Rock itu...apa ya tajuknya? ada di dalam tampalan yang lepas...

tempat duduk yang kami pilih...Seat Couple..kerusi cukup besar dan selesa untuk TIDUR...huh!!

aku dan si dia entah berapa kali terlelap...

cerita ini mengisahkan...kejadian di sebuah kampung...yang di hantui oleh hantu kak limah...kak limah tu bukan hantu..dia hidup lagi la..cuma jadi orang gila...rangka yang mereka jumpa..itu rangka orang gaji kak limah...

ramai bomoh yang datang kerana ingin membantu mengusir hantu kak limah itu..tetapi semua tidak berjaya...memang la..sebab bukan hantu...haiiyaaaa...

akhirnya...awie itu yang bercinta dengan hantu...hishh...sudah aku agak dari awal...kak limah di tangkap semula...dan di masukkan ke hospital sakit jiwa...

kesimpulannya...siapa yang gemar akan lawak bodoh boleh lah menonton cerita ini...bagi yang kurang minat seperti aku...hurmmm..lupakan sahaja..sudah tentu akan membazirkan duit kalian..lebih baik makan mcD daripada menonton filem ini...iskkk...

filem kali ini aku yang pilih...tentu-tentu tidak seronok...hurmmm




maafkan saya ya....

Tuesday, December 14, 2010

Ngangkung

aku mahu ceritakan sedikit sinopsis Ngangkung ini..

mengisahkan Azim seorang pemandu lori..mempunyai isteri bernama Suri dan juga seorang anak perempuan yang comel...mereka tinggal di sebuah perkampungan...Azim berkawan rapat dengan Tasnim dan Wan...mereka berdua ini boleh lah di kategorikan sebagai pengangkung tegar...*senyum*

pada awalnya..Azim tidak menghiraukan perbuatan sahabat mereka ini..kerana faham ianya salah di sisi agama...walaupun susah Azim tetap berusaha mencari rezeki untuk keluarga...biarpun selalu bertengkar dengan isteri akibat selalu kekurangan wang dapur...sikap anak perempuannya mirip perangai Azim...*senyum*.

Tasnim dan Wan...merata tempat mereka pergi untuk mengangkung...Tasnim dan Wan telah berkahwin...Tasnim mengangkung kerana mahu ingin kaya lagi...untuk memenuhi kemahuan si isteri...Wan pula..sanggup berhutang dengan along kerana ingin bermain judi...

satu hari...Azim mengikut Tasnim dan Wan pergi ngangkung..hanya sekadar ingin tahu...bak kata orang...tidak kenal maka tidak cinta bukan? akhirnya Azim pun terjebak...tanpa pengetahuan si isteri...

Azim mendapat peluang untuk mencari wang lebih..beliau perlu menghantar barang ke Kelantan...dalam perjalanan ke sana..entah bagaimana..ternampak kelibat anaknya di dalam sebuah hutan....dia mengikut kelibat si anak...akhirnya berjumpa dengan seorang bomoh...bomoh ngangkung juga....

tetapi bomoh ini...hebat juga...banyak pantang larang yang perlu Azim patuh...Azim pun pulang ke kampung halaman bertemu si isteri berbekalkan kain merah...diberikan oleh bomoh yang dijumpa di Kelantan...Azim seorang bapa yang penyayang menjadi pembengis....sehingga sanggup menampar anak perempuannya..kerana si comel itu bermain dengan kain merah...

dalam masa yang sama..sewaktu ingin mencuci baju...si isteri terjumpa kertas nombor ekor..hancur luluh perasaan si isteri...isteri Tasnim mengetahui perbuatan suaminya..dan meminta suaminya berubah..isteri Wan pula...tidak tahu Wan berjudi...sehingga suatu hari Along datang menyerang...

mereka bertiga di hantui oleh wajah-wajah hantu yang sering mengekori mereka...akibat daripada perbuatan mengangkung...

pelbagai cerita lucu dan seram sepanjang cerita ini..tidak kering gusi lah...asyik ketawa sahaja...terdapat pengajaran juga...jadinya...aku seronok dengan cerita ini...penghabisan cerita...? tidak akan aku ceritakan...rugi bagi siapa yang tidak menonton Ngangkung...



*sumber gambar dari pakcik google..*






terima kasih kerana sudi ada di sisi saya...

Thursday, December 2, 2010

Harry Potter Deathly Hallows

yaaaa....aku sudah menonton cerita ini...bintang? 3 daripada 5 boleh kah>? sebabnya? aku tidak tahu hujung pangkal cerita...*ketawa*

kalau tengok tajuk...Deathly Hallows kan...aku sudah tahu apa yang di maksudkan dengan cerita tersebut...mari..aku ceritakan sedikit berkenaan dengan Harry Potter ini..


pada awal cerita...
Harry, Hermione, Ron...muka sedikit sedih...Hermoine terpaksa memadamkan ingatan ibubapanya terhadap dirinya...begitu juga Harry dan Ron..(aku tidak tahu mengapa buat begitu) di rumah,Harry sedang dia melihat akhbar-akhbar lama berita berkenaan kematian orang-orang yang paling di sayangi...

baiklah aku ringkaskan...*aku tidak tahu bagaimana mahu mula bercerita* berdasarkan fahaman aku ya... ada tiga benda yang perlu di cari oleh mereka bertiga..iaitu...

Loket (ada 2...1 sudah ada di tangan mereka..semasa bersembunyi dari Voldemort)

Pedang ( untuk memusnahkan loket yang 1 lagi)

Deathly Hallows (mancari maksud Deathly Hallows)


Loket
di pakai oleh seorang perempuan jahat...berambut pendek..aku tidak tahu siapakah namanya...Harry dan Rakan-rakan menyamar menjadi orang dewasa...situasi di mahkamah...Ron menyamar menjadi suami kepada si tertuduh...
Hermione bertukar rupa menjadi pembantu kepada perempuan jahat...Harry...menyamar jadi apa ya...*entah* Harry berlegar-legar di ruang mahkamah...berhampiran dengan tertuduh dan Ron...Harry ternampak Loket...dengan pantas, Harry menggunakan magik, Hermione merentap Loket dari perempuan jahat itu...setelah mendapatkannya..mereka keluar dengan segera kerana hantu jahat..ingin menangkap mereka...mereka berjaya keluar dari situ...
Pedang
mereka berkhemah di banyak tempat sambil mengkaji perkara-perkara yang mungkin berlaku...banyak perkara terjadi semasa mereka berkhemah...Loket mereka pakai secara bergilir...ini kerana jika sesiapa memakai loket itu...akan menjadi seorang yang pemarah..dan akan bercakap dengan jujur...akibatnya..Ron dan Harry bergaduh...Ron meninggalkan Harry dan
Hermione...setelah berlawan dengan orang-orang Voldemort...mereka tiba di suatu hutan beku...kayu sakti Harry patah semasa berlawan...Hermione yang lakukan...malam menjelang...Harry menyuruh Hermione tidur...dia yang akan berkawal dengan menggunakan kayu sakti Hermione...tiba-tiba...Harry ternampak 1 cahaya...dan mengikutnya menuju ke arah tasik...akhirnya ternampak pedang..di dasar tasik...ada terjadi sedikit konflik di sini...Ron menyelamatkan Harry daripada lemas...setelah jumpa pedang...Loket dimusnahkan..tanpa pengetahuan Hermione(dia tidur).
Deathly Hallos
ada simbol tegak,segitiga dan bulat...puas mereka mencari maksud bagi simbol tersebut...akhirnya mereka berjaya..


tegak = kayu sakti yang paling kuat

bulat = batu ajaib
segitiga = jubah halimunan
bila di gabungkan..

(ada cerita disebalik semua ini)

jadi lah seperti ini...

selepas mereka mendapat tahu akan maksud tersebut..orang-orang Voldemort datang menyerang...mereka berjaya melepaskan diri...
tetapi malangya di tangkap oleh penyamun hutan....dan di bawa menghadap kepada Mudblood...pada waktu ini....Hermione..diseksa...dan ada tanda MudBlood di lengan kiri dia...Harry dan Ron...di penjara di bilik bawahtanah...bersama dengan tahanan lain..antaranya Luna dan Goblin...tiba-tiba Dobby ada...Dobby menyelamatkan mereka semua...dan mereka muncul di sebuah pulau...Dobby terkena kayu sakti MudBlood...akhirnya mati...*sedih* sob sob sob....mayat Dobby disemadikan...

Voldemort akhirnya mendapat kayu sakti yang paling kuat itu...dan




HABIS.....
!!!!!

haishhh...sambungan lagi...aku memang tidak minat menonton cerita begini...huhhuhu...aku juga baru tahu..si dia mengikuti cerita ini..dari awal siri sehingga sekarang...*senyum*

bukti tiket....(kejap lagi akan aku masukkan)





*SENYUM*